Alhamdulillah hari ini, 1 Mei 2008 genap setahun saya berada di dunia blog bersama jutaan bloggers yang lain. Sengaja saya paparkan gambar anak-anak Palestin yang syahid dan tidak berdosa akibat kezaliman Zionis Israel.
Ini kerana, apabila Menteri Dalam Negeri menyatakan kerajaan tiada masalah, agar pasukan Chelsea yang bersama mereka 2 warga Israel datang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan, kerana bagi beliau, jangan campur adukkan sukan dan politik. Beliau juga menegaskan, bahawa tidak mungkin 2 warga Israel itu mampu menyuntik doktrin mereka dalam masa yang sesingkat itu.
Persoalannya kini, bukan masa yang singkat atau tiada percampuran sukan dan politik. Masalah besar yang perlu difahami ialah, di mana prinsip serta maruah diri negara kita tatkala membenarkan warga Israel masuk ke negara kita. Bukankah kita merupakan bekas Pengerusi OIC yang menaungi negara-negara umat Islam? Bukankah kita juga yang lantang membela nasib umat Islam Palestin? Tiba-tiba sahaja, kita bertukar lunak dengan sekelip mata hanya atas alasan sukan. Sedangkan dengan jelas, dengan membenarkan mereka masuk, seoalah-olah menambahkan luka derita umat Islam Palestin yang terus dibunuh oleh Israel.
Justeru, saya berharap agar pihak pemerintah dapat menimbang balik kebenaran ini agar umat Islam Palestin benar-benar merasai umat Islam Malaysia bersama dengan mereka. Jangan apabila ada protes nanti, barulah warga Israel itu tidak dibenarkan masuk. Fikir panjang dahulu dan segala akibatnya, sebelum terus membuat keputusan. Tidak salah rasanya, kita membuat keputusan tegas di awal ini dengan tidak membenarkan warga Israel itu masuk ke negara kita.
Lupakah Menteri berkenaan tentang bantahan seluruh negara bila mana pasukan kriket Israel dibenarkan bermain di negara kita pada tahun 1997 yang lalu? Dan saya yakin, 2 warga Israel itu yang antaranya ialah Pengurus Chelsea sendiri , tiada masalah jika tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana menghormati prinsip negara kita.
Dan segala puji bagi Allah, dalam meniti usia setahun ini, blog ini telah mendapat hits sebanyak 70,000 kali dengan hampir 34,000 telaah, 59 blog reaction dan hampir 200 orang pengunjung setiap hari. Buat semua pembaca budiman dan pengunjung setia, terima kasih atas sokongan anda semua. Insya allah, saya akan terus menghidupkan blog ini selama nyawa dikandung badan. Yang penting, saya cuba sedaya upaya mengulas sesuatu isu berdasarkan fakta dan hujjah yang tepat.
Semoga Allah merahmati kita semua. Salam perjuangan dari saya buat anda semua.
5.23 pm, Malaysia Timur,
1 Mei 2008.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan