Sabtu, 3 Mei 2008

Mengapa perlukan lagi permit akhbar...

Sekiranya tiada permit diperlukan untuk memulakan blog atau lamanweb, maka persoalan yang perlu diberi perhatian ialah mengapa permit mencetak akhbar masih diperlukan di Malaysia, kata presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu menegaskan bahawa kebebasan akhbar amat penting dalam demokrasi.

Tidak kira apa juga peranan dan medium tempat mereka bekerja, katanya, MCA percaya para wartawan adalah komited kepada kebebasan akhbar.

Ong menegaskan demikian dalam satu kenyataan sempena hari kebebasan akhbar sedunia hari ini.

Katanya, MCA menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk menyemak semula peruntukan membaharui permit akhbar setiap tahun

Ong berkata, undang-undang yang ada sudah mencukupi untuk mengawalselia media cetak.

Oleh itu, katanya, langkah menyemak semula keperluan membaharui permit setiap tahun, pastinya mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kebebasan akhbar di negara ini.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada pihak media kerana turut memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Katanya, pembaharuan undang-undang yang berterusan adalah penting bagi media cetak untuk terus kekal relevan dan berdepan saingan dari dunia internet.

Jika tiada permit diperlukan untuk memulakan blog atau lamanweb, Ong berkata, persoalan yang perlu diberi perhatian ialah mengapa permit mencetak akhbar masih diperlukan di Malaysia.

Ulasan : Nampaknya Ong Ka Ting berani bersuara setelah tidak lagi memegang jawatan di dalam Kabinet. Penyakit yang sama dengan Lim Keng Yik ; Penasihat Parti Gerakan. Isu ini sudah lama dibangkitkan oleh pengamal media terutamanya media alternatif.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude