Sabtu, 3 Mei 2008

Kerajaan tak dapat laksana gaji minimum

Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) boleh mengadakan sehingga 100 demonstrasi jika itu yang mereka mahu lakukan jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan mereka supaya dilaksanakan gaji minimum RM1,200.

"Mereka boleh adakan 100 demonstrasi tetapi jika kita tidak boleh, kita tidak boleh...itulah hakikatnya.

"Jika kita boleh berikan, kita beri. Jika boleh, saya mahu membuatkan semua orang gembira, dengan memberikan lebih banyak wang tetapi jika kita tidak boleh, kita tidak boleh," tegasnya.

Nasihat Abdullah kepada MTUC ialah supaya mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu itu dengan pihak yang berkenaan.

Menurut laporan bernama, Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud berkata semalam bahawa MTUC akan mengadakan demonstrasi di depan bangunan Parlimen berhubung tuntutan mereka itu yang dicadangkan dua tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Stadium Putra di Kuala Lumpur hari ini, perdana menteri berkata, ia sememangnya tidak dapat dilaksanakan.

Abdullah juga melahirkan rasa terkejut dengan cadangan MTUC mengadakan demonstrasi berhubung isu tersebut di depan bangunan Parlimen Rabu ini.

Katanya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab yang mahukan sebuah negara yang berjaya, kerajaan mempunyai sebab untuk menangguhkannya dan tidak membuat pengumuman popular.

"Saya pun tak tahu (kenapa) pendekatan ini digunakan seolah-olah kita tak peduli. Bukan senang kita nak (buat keputusan). Kita telah mengkaji isu ini dengan mendalam.

"Apa sahaja yang dapat dilakukan dengan segera dan jika ianya baik, pasti kita akan lakukan. Tetapi jika kita berasa sangsi untuk memperkenalkannya sekarang, kita tidak dapat berbuat demikian.

"Saya perlu bertanggungjawab kepada orang lain dan anda tahu ini ialah inflasi. Apabila berlaku kenaikan gaji, harga (barangan) akan naik. Apa gunanya jika berikan bayaran tambahan apabila esok anda terpaksa bayar lebih bagi produk," katanya.

Ulasan : Benar, kerajaan perlu berfikir semasak-masaknya tentang tuntutan MTUC ini. Namun begitu, tidak bermaksud perlu terus mengabaikannya. Nasib ahli MTUC yang majoritinya pekerja sektor swasta perlu diperhatikan kebajikan mereka. Dalam hal ini, kakitangan awam perlu meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan mereka.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude