Sabtu, 3 Mei 2008

Melayu tidak boleh harap parti politik saja


Orang Melayu tidak boleh bergantung semata-mata kepada parti-parti politik untuk memperjuang dan melindungi kepentingan mereka di negara ini, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang Melayu agar kembali kepada asas-asas utama permuafakatan seperti keikhlasan, pegangan terhadap adat istiadat orang Melayu dan tidak lupa asas-asas ajaran agama Islam itu sendiri.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yusri berkata, beliau membuat gesaan itu ketika membahaskan kertas kerja yang dibentangkan di kongres permuafakatan Melayu yang sedang berlangsung di Johor Bahru hari ini.

Abim sendiri, katanya, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam, akan memugarkan kembali idealisme perjuangan mereka dalam memperjuangkan bahasa Melayu, agama dan tidak mengutamakan kepentingan kelompok dan individu.

Katanya, ini adalah penting dalam usaha untuk memperkasa, memperkukuhkan dan ia menjadi teras permuafakatan orang Melayu.

Kongres itu yang bertemakan 'Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa', dihadiri lebih 1,000 peserta yang mewakili 200 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Ia dianggap antara pertemuan terbesar membabitkan orang Melayu yang pernah diadakan selepas perhimpunan yang membawa kepada penubuhan Umno lebih 60 tahun lalu.

Pembentangan kertas kerja

Kongres itu membincangkan tentang memperjuangkan hak dan kepentingan serta mempertahankan maruah Melayu ekoran semangat persepakatan yang dianggap kian ‘pudar' berdasarkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu. Kongres itu disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.

Kongres anjuran bersama oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) juga diadakan ekoran keputusan pilihanraya umum lalu yang menunjukkan masyarakat Melayu kini berpecah belah dan sedang berdepan dengan kaum lain yang lebih dominan daripada segi ekonomi dan politik.

Selain Abim, antara NGO yang menghadiri kongres tersebut ialah Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Anak Melayu Johor dan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Beberapa kertas kerja dibentangkan semalam mengenai kedaulatan politik Melayu oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga penganalisis politik tanahair, Prof Madya Dr Mohd. Agus Yusoff, diikuti pembentangan oleh Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mengenai kedaulatan perlembagaan Malaysia.

Pembentangan tersebut dipengerusikan oleh Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, ahli panel jemputan Tan Sri Mohd Ali Hashim yang mewakili Dewan Perdagangan Islam Malaysia untuk memperincikan perihal kedaulatan ekonoi Melayu. Prof Datuk Dr Zainal Kling mempengerusi sesi seterusnya mengenai kedaulatan agama, budaya dan pendidikan Melayu.

Pada hari ini, Datuk Dr. Hassan Ahmad (Yayasan Karyawan Malaysia) memperkatakan tentang kedaulatan politik Melayu bersama-sama Datuk Reezal Merican Naina Merican (presiden GPMS) dan Dr Mohd. Ruslan Mohd. Amin (Persatuan Rumpun Melayu Lahad Datu).

Ia diikuti oleh perbincangan mengenai kedaulatan perlembagaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof Datuk Ramlah Adam dari Yayasan Melaka. Pembentang kertas kerja yang akan mengambil bahagian membincangkan tajuk tersebut ialah Faris Omar, Datuk Dr Abdul Malik Munip dan pakar Undang-Undang Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Penyertaan usahawan bumiputera turut mendapat tempat dalam kongres dua hari ini terutamanya untuk memperkatakan tentang kedaulatan ekonomi Ekonomi Melayu.' Mereka yang dijemput ialah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Syed Ali Mohamed Alattas; Datuk Yahya Jalil dan Dr Alias Mohamed.

Ulasan : Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, ketuanan Melayu boleh didaulatkan hanya dengan bertunjangkan Islam. Pada waktu yang sama, tidak menafikan hak kaum lain. NGO Melayu seperti ABIM, Gapena dan lain-lain boleh berfungsi sebagai check and balance kepada parti politik yang mewakili kaum Melayu iaiatu PAS, UMNO dan mungkin juga PKR. Namun untuk sekadar menjadi pak turut kepada pihak tertentu, ia tidak sepatutnya berlaku.


Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude