Sabtu, 3 Mei 2008

Budaya politik 'dikir barat' punca Umno hilang kekuatan



JOHOR BAHRU, 3 Mei (Hrkh) - Politik Melayu parti pemerintah di peringkat persekutuan telah mula hilang kekuatannya apabila para pemimpinnya mengamalkan politik ala 'Dikir Barat', demikian menurut Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff.

"Pemimpin pemerintah tidak meraikan perbezaan pendapat, akhirnya apa-apa yang diucapkan pimpinan atasan akan terus diulang semula oleh orang bawahan tanpa sebarang bantahan.

"Akibatnya, wujud barisan kepimpinan parti pemerintah yang mana jurang pemikirannya amat jauh dengan rakyat. Ini menyebabkan rakyat semakin tertekan dan akhirnya mereka membuat keputusan menolak Umno dalam pilihan raya baru-baru ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kedaulatan Politik Melayu dalam Kongres Permuafakatan Melayu anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (BBK) di Persada, di sini, semalam.

Politik 'Dikir Barat' diungkapkan beliau ketika merujuk sikap pimpinan Umno yang hanya bertindak mengulang semula segala yang diucapkan oleh pimpinan atasan mereka tanpa sebarang bantahan.

"Apabila semua ini mula wujud, akhirnya ramai orang jadi takut termasuklah saya sendiri," kata beliau.

Selepas pilihan raya 2008, menurut beliau, Umno hilang kekuatan dan ada dua sindrom berhubung hal ini yang disifatkannya Pakatan Rakyat dilanda sindrom 'gila kuasa�, sementara Umno dan BN pula mempunyai sindrom takut 'hilang kuasa'.

"Tapi, adakah benar bahawa hal ini membuktikan bahawa Melayu hari ini telah hilang politiknya? Ia memang tercabar jika dilihat daripada perspektif Umno saja. Walhal, suara orang Melayu tetap ada dalam Parlimen. Sebenarnya, orang Melayu cuma terpecah kepada tiga parti.

"Apa pun, saya ingin berhujah bahawa apa yang dinamakan sebagai 'kedaulatan politik' tidak terletak kepada parti Umno, PAS dan KeADILan. Ia sebenarnya terletak kepada apa yang dinamakan sebagai 'Malay Politic' (Politik Melayu).

Menurutnya, Politik Melayu itu berkait rapat dengan kontrak sosial antara orang Melayu bersama bangsa bukan Melayu sekali gus membabitkan Raja-raja Melayu.

Sementara itu, dalam sesi pembentangan yang sama, Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata hal kedaulatan politik Melayu itu ada kaitan dengan kedaulatan ekonomi Melayu.

"Bangsa Melayu sebenarnya gajah perkasa di hutan yang akhirnya dirantai oleh penjajah, ditambat pada sebatang pohon kayu yang kuat dan dirantai dengan rantai besi yang kuat.

"Gajah ini berulang-kali cuba melepaskan diri dan akhirnya tidak berjaya. Sampai suatu ketika, ia berasa dirinya tidak akan berjaya kerana sudah berulang-kali tidak berjaya,� katanya yang menyifatkan gajah jenis ini akhirnya akan bertukar menjadi Gajah Sarkas.

Pembentangan tersebut menarik perhatian hadirin kerana pembentangan tersebut banyak menggunakan ilustrasi yang dilukis oleh kartunis terkenal, Dato' Lat.

"Saya tidak mahu lagi menunjukkan perangkaan dan data-data. Kita cuba lihat gambaran mengenai kedudukan ekonomi Melayu sebagai mana yang digambarkan melalui kritikan sosial yang disampaikan melalui kartun," kata beliau lagi.

Tambah beliau, bangsa Melayu yang disifatkan sebagai 'gajah sarkas' akan berterusan dilemahkan oleh 'rantai kecil' DEB yang menawarkan 30 peratus kek ekonomi kepada Melayu.

"Semua ini warisan penjajah yang menjinakkan Melayu dengan menyuap makanan sikit demi sedikit kepada gajah sarkas ini sehinggakan rantai kecil 30 peratus ini menyebabkan mereka berasa sangat selesa dengan kesenangan itu.

"Antara cadangan mengatasi semua ini ialah saya mengesyorkan supaya harta wakaf mestilah dimanfaatkan dengan betul dengan syarat pengurus harta wakaf ini mestilah diberi kepada yang benar-benar ahli dan bukan diberi kepada ahli politik yang telah 'dikitar semula'. Mereka ini tidak layak," katanya.

Beliau berkata, hal itu penting kerana sepotong hadis turut menyebutkan bahawa, apabila amanah itu diberi kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah saat kehancuran.

"Kita telah banyak mengabaikan amanah. Kita kerap tidak menyerahkan urusan amanah itu kepada mereka yang ahli," tambah beliau.

Ulasan : Saya bersetuju dengan kenyataan Agus Yusoff dan Ali Hashim. Apa yang penting, amanah diserahkan kepada yang ahli.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude