Isnin, 5 Mei 2008

Politik pasca pilihan raya ke-12 serba mungkin


Daripada banyak aspek, politik Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac lalu adalah politik "serba mungkin" - the politics of possibility - khasnya bagi pembangkang.

Setelah berjaya membuat kejutan dengan merampas lima wilayah baru (Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), mengekalkan Kelantan dan menghapuskan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat, segala-galanya adalah mungkin bagi Pakatan Rakyat.

Tetapi situasi yang sama boleh berlaku kepada BN, terutama sekali Umno, jika kita bersedia berfikir di luar lingkaran dan tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang sebelum ini tidak masuk akal boleh diterima akal � yang mustahil menjadi "maaqul."

Keputusan PRU ke-12 telah menyebabkan garis pemisah antara parti pemerintah dengan pembangkang menjadi pudar dan kelabu. Ia tidak lagi hitam dan putih. Situasi ini tidak langsung memeranjatkan kerana banyak orang Umno mengundi pembangkang dan pemimpin pembangkang lebih peka kepada orang Umno daripada pembesar Umno sendiri.

Maka dalam suasana yang serba mungkin ini adalah tidak mustahil Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri September ini seperti yang didakwanya atau Abdullah Ahmad Badawi kekal menerajui Umno dan negara sehingga akhir hayatnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan pada usia 83 tahun dan selepas dua pembedahan jantung dia masih "remaja" justeru itu pada 1 Mei dia memulakan blognya � http://www.chedet.com/. Dengan sekelip mata, dia meninggalkan blogger macam saya dalam kepulan debu.

Bertitik-tolak daripada premis "serba mungkin" ini, saya tergerak untuk mengemukakan beberapa soalan dan persoalan berkaitan senario (scenario) politik tanah air kita dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Senario Pertama: Pakatan Abdullah Ahmad Badawi-Anwar Ibrahim. Nampak tidak masuk akal tetapi tidak pula mustahil.

Kalau Tengku Razaleigh Hamzah rela membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1996 dan Dr Mahathir rela menerima beliau kembali ke dalam Umno mengapa tidak Anwar membubarkan Parti Keadilan Rakyat dan Abdullah menerimanya kembali ke dalam Umno?

Tidakkah Abdullah bercita-cita meninggalkan belang (legacy) yang setanding dengan Dr Mahathir dengan membawa masuk bekas ahli Umno yang kini menganggotai PKR? Bukankah pembebasan dan kebangkitan semula Anwar berlaku pada zaman pemerintahan Abdullah?

Apakah kita sudah lupa episod Khairy Jamaluddin (kini YB) bergegas berjumpa Anwar untuk menyerahkan pasport antarabangsanya agar Anwar boleh segera menjalani rawatan di luar negara sebaik sahaja dia dibebaskan pada tahun 2004?

(Alhamdulillah, berkat doa kita semua dan kehebatan doktor-doktor Jerman, hari ini Anwar nampaknya jauh lebih sihat daripada sebelum dipenjarakan. Ada hikmah dalam setiap kejadian Allah.)

Apakah tidak mungkin Anwar membubarkan PKR dan Abdullah menerimanya kembali ke dalam pelukan Umno, dan seterusnya menamakan beliau sebagai pengganti Perdana Menteri?

Jangan lupa faktor KJ dalam senario ini.

Dan bukankah Abdullah sendiri baru-baru ini melabelkan Anwar sebagai Perdana Menteri menanti (Prime Minister in waiting)?

Senario Kedua: Pakatan Tengku Razaleigh Hamzah-Anwar? Mengapa tidak? Bukankah Ku Li berupa peneraju Umno yang instrumental kepada kemasukan Anwar ke dalam Umno pada tahun 1982?

Ku Li dan Anwar sama-sama berpengalaman "tersingkir" daripada Umno dan sama-sama berpengalaman menubuhkan parti serpihan untuk meneruskan perjuangan dan kerjaya politik mereka.

Yang mungkin kurang meyakinkan mengenai senario ini adalah kerana Ku Li bukan Presiden Umno dan bukan Perdana Menteri. Tetapi tidak mustahil beliau menjadi Presiden selepas pemilihan Umno Disember ini.

Senario Ketiga: Pakatan Ku Li-Najib. Bukankah Ku Li menjadi mentor kanan Mohd Najib Abdul Razak pada tahun-tahun awal pembabitan Mohd Najib dalam politik? Ku Li adalah antara orang kepercayaan Tun Abdul Razak.

Meminjam ungkapan kontemporari para remaja, saya yakin mereka masih mempunyai "feeling" terhadap satu sama lain. Tetapi kemungkinan senario ini menjadi kenyataan tipis kerana Mohd Najib telah bersumpah setia kepada Abdullah. Selain daripada itu, umum tidak tahu apa sebenarnya pendirian Mohd Najib.

Senario Keempat: Ku Li-Muhyiddin Yassin. Sepanjang pengetahuan saya, tiada kaitan rapat antara Ku Li dan Muhyiddin. Tetapi buat masa ini, mereka adalah dua peneraju kanan Umno yang berani bersuara dan justeru itu dilihat sebagai calon-calon yang berpotensi menerajui Umno pasca PRU ke-12. Muhyiddin adalah naib presiden Umno paling kanan dan berpengalaman.

Senario Kelima: Kekal status quo di mana Abdullah terus memimpin Umno dan Kerajaan, Umno semakin kucar-kacir, Barisan Nasional hidup segan mati tak mahu dan pemerintahan negara terumbang-ambing (moribund) � menjurus ke arah nazak.

Senario terakhir: Akibat senario kelima itu, Pakatan Rakyat, secara tidak disengajakan (by default), menjadi bertambah kuat dan Anwar berjaya �merampas kuasa� dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Masuk akal? Taaqul � boleh dibahaskan.

Dan adakah masuk akal harga beras di negeri jelapang padi (Kedah), mengikut laporan Utusan Malaysia, naik antara 15 hingga 40 peratus walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan harga beras super tempatan dikawal dan tidak boleh dinaikkan?

Akhbar itu pada 2 Mei memetik menteri berkenaan, Shahrir Abdul Samad sebagai berkata bahawa harga beras super tempatan ditetapkan antara RM16.50 dan RM17.50 bagi sekampit 10 kilogram.

Namun, kata Utusan Malaysia, tinjauannya pada 1 Mei mendapati negeri Kedah tidak terkecuali daripada mengalami kenaikan harga beras. Di sekitar bandar raya Alor Star harga hampir kesemua jenis beras naik mendadak antara 15 hingga 40 peratus.

Jadi siapa yang hendak kita percaya � bapa menteri atau akhbar Utusan Malaysia? - kadirjasin.blogspot

Ulasan : Benar seni politik adalah seni yang serba mungkin yang mungkin di luar jangkaan pemikiran kita.


Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude