Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bakal menghadapi tindakan tatatertib atas pertuduhan terlibat dalam kegiatan politik sewaktu pilihanraya umum lalu.
Meor Isfandi Meor Azizan, pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam dan sains politik, dipanggil membela diri di depan jawatankuasa disiplin universiti itu esok.
Malaysiakini difahamkam prosiding itu akan berlangsung mulai 10 pagi di kamar mahkamah universiti.
Meor Isfandi menghadapi dua pertuduhan, pertama memberikan kenyataan umum mengenai penubuhan dan agenda Parti Mahasiswa Negara (PMN) di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada 7 Januari lalu dan kedua, dituduh menubuhkan PMN.
Difahamkan UIA menjadikan laporan dalam format klip video yang diterbitkan Malaysiakini sebagai bukti penglibatan pelajar itu.
Sekumpulan mahasiswa ke pejabat SPR awal tahun ini untuk mendaftarkan penubuhan PMN bagi menghadapi pilihanraya umum ke-12.
PMN, sehingga kini ia belum didaftarkan, mendakwa ia mendapat sokongan 2,000 pelajar institusi pengajian tinggi.
Kira-kira 20 rakan Meor Isfandi dipercayai akan memberikan sokongan moral kepadanya di luar bangunan itu esok.
Ulasan : Cadangan Menteri Pengajian Tinggi untuk mengakiji semual AUKU perlu disegerakan. Semalam komponen Pemuda dalam Parti Gerakan juga menyokong hal yang sama. Buat seluruh mahasiswa pejuang kebenaran, jangan takut dan jangan gentar, Allah bersama anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan