Khamis, 17 April 2008

Selangor turut desak PM undur


Gelombang desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno nampaknya berterusan ke Selangor.

Negeri itu termasuk antara empat negeri yang kini ditadbir barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Dalam pilihanraya tersebut, barisan pembangkang memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu mempertahankan 20 kerusi DUN sahaja.

Pembangkang juga berjaya merampas 17 daripada 22 kerusi parlimen di Selangor.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua-ketua bahagian di negeri berkenaan.

Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk jawatan nombor dua kerajaan dan parti.

Salah satu kain rentang tersebut berbunyi "kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno".

Manakala yang satu lagi berbunyi "segerakan peralihan kuasa! Datuk Seri Najib - presiden, Tan Sri Muhyiddin - timbalan presiden".Peralihan kuasa

Seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, pemimpin-pemimpin bahagian Umno Selangor - dalam pertemuan dengan Najib petang tadi - turut mendesak Abdullah supaya berundur.

Seorang pemimpin Umno Selangor yang menghadiri perjumpaan tersebut berkata sebahagian besar soalan yang dibangkitkan ialah mengenai perancangan Abdullah dan Najib mengenai peralihan kuasa.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata perkara tersebut telah dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut.

Bagaimanapun, Najib seperti biasa berkata "terserah kepada presiden parti untuk memutuskannya".

Ditanya sama Abdulah telah berbincang mengenai jangka masa peralihan kuasa, Najib menjawab:

"Tidak ada sebarang perancangan masa ditetapkan... bila sampai masa, kita akan beri panduan yang lebih jelas," katanya.

Ditanya mengenai pentingnya mempunyai ketetapan tempoh masa bagi melaksanakan pelan peralihan itu, Najib berkata:

"Diri saya tidak begitu... saya tidak akan mendesak, lebih baik jika ia ditentukan oleh presiden sendiri."

Mengenai perjumpaan hari ini, Najib berkata ia berjalan dalam suasana yang baik dan para hadirin komited terhadap perjuangan Umno.

Perkara lain yang dibincangkan menyentuh soal pemilihan calon, bagaimana Umno akan berurusan dengan parti-parti komponen BN dan langkah untuk menarik sokongan pengundi Cina dan India.

Menurut Najib, mereka mahu pemilihan calon dibuat berasaskan penilaian yang tepat dan terdiri daripada kalangan mereka yang boleh menang dan mendapat sokongan akar umbi.

Reaksi ahli

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditanya mengenai respons ahli Umno secara keseluruhan mengenai keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatan presiden Umno, Najib berkata mereka hanya akan membuat keputusan itu apabila tiba masanya.

"Ahli hanya akan memutuskannya bila tiba masanya, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk kami kekal bersatu kerana parti perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan survival Umno. Kita tidak boleh berpecah-belah," katanya.

Bagi memantapkan lagi BN, katanya, jawatankuasa pengurusan BN akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan mekanisme itu akan digunakan bagi membincangkan pelbagai isu dalam parti.

"Kita akan amalkan pendekatan untuk berunding dengan lebih kerap dan rapat dengan parti komponen BN," katanya.

Bagi mendapatkan sokongan parti lain pula, Umno akan merumuskan strategi bagi mencapai maksud itu, katanya, tetapi enggan mengulas berhubung cara yang akan dilaksanakan.

Sementara itu, ketua pergerakan Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata Abdullah harus memutuskan sendiri bila beliau mahu berundur.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata pendirian pergerakan tersebut ialah menyokong ketua.

Ulasan : Apakah Pak Lah akan akur dengan desakan yang semakin memuncak? Apakah Najib orang yang terbaik menggantikan Pak Lah atau Muhyiddin Yaasin? Senario yang semakin mencemaskan ahli UMNO keseluruhannya.




Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude