Khamis, 17 April 2008

Inisiatif bantu rakyat - Kurangkan beban kenaikan harga barang akan diumum – Najib


SUBANG JAYA 16 April -Kerajaan akan mengumumkan tiga hingga empat inisiatif dalam tempoh beberapa hari lagi bagi mengurangkan beban rakyat yang berhadapan dengan kenaikan harga barang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, inisiatif itu dilaksanakan sebagai usaha kerajaan mengurangkan masalah rakyat yang terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang akibat inflasi barang makanan dunia.

‘‘Pengumuman inisiatif itu akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi, bagaimanapun saya tidak dapat menyatakan apa inisiatif tersebut,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengetuai Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin UMNO Selangor di sini hari ini.

Pertemuan tertutup yang melibatkan kira-kira 1,000 pemimpin UMNO Selangor turut dihadiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz; Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Noraini Ahmad.

Najib mengulas mengenai harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.

Pemantauan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati ia berlaku di kawasan bandar di seluruh negara termasuk di Lembah Klang.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, inisiatif itu telah dibincangkan secara mendalam semasa mesyuarat membincangkan langkah-langkah membendung inflasi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, selain inisiatif mengurangkan beban rakyat itu jawatankuasa tersebut juga telah menentukan kaedah serta komunikasi dengan lebih baik kepada rakyat mengenai punca kenaikan harga barang.

‘‘Punca kenaikan harga barang bukan kerana kegagalan kerajaan tetapi ia adalah masalah fenomena dunia iaitu inflasi makanan dunia.

‘‘Ia juga disebabkan oleh masalah bekalan dan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menghadapi tekanan ini, malahan di negara lain keadaan lebih buruk,’’ katanya.

Pada 2 April lepas Abdullah mempengerusikan mesyuarat membincangkan langkah-langkah membendung inflasi di pejabatnya di Putrajaya.

Sementara itu di PUTRAJAYA Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, Kabinet yang bermesyuarat hari ini serius membincangkan mengenai krisis harga makanan melambung tinggi yang dikhuatiri akan memberi tekanan kepada perkembangan ekonomi negara.

Serentak itu, kata beliau, Kabinet telah meluluskan satu memorandum mengenai bentuk bantuan yang sesuai untuk disalurkan kepada petani.

‘‘Cara dan bentuknya itu terserah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

‘‘Kabinet mahu pastikan kita cukup bekalan makanan dan sekiranya ada bermasalah pada masa depan, bekalannya kelak boleh diperoleh dalam negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dunia berhadapan dengan inflasi makanan pada tahun ini berikutan keadaan ekonomi global yang tidak menentu akibat kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan harga komoditi.

Kejatuhan nilai dolar AS menyebabkan dagangan makanan yang selama ini menggunakan mata wang tersebut terpaksa dinaikkan untuk mendapatkan nilai yang sama.

Pengeluar-pengeluar makanan dunia yang menggunakan dolar AS dalam dagangan menaikkan harga kerana mahukan nilai jualan yang sama bagi mengelakkan kerugian kepada pihak pengeluar.

Inflasi makanan ini bakal dirasai oleh negara- negara Asia dan Asia Pasifik berikutan permintaan bekalan makanan yang tinggi dari negara-negara ekonomi baru muncul seperti China, India, Vietnam serta Indonesia yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

Ulasan : Kita mengharapkan agar langkah yang diumumkan nanti memberi kelegaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin.


Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude