Jumaat, 4 April 2008

Sekilas Pandangan



Salam sejahtera buat semua pembaca budiman. Sekian lama saya cuba kembali menulis, baru kini berkesempatan. Apapun saya bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah untuk terus mengupdate blog ini setiap hari, setelah selesai solat Subuh (kira-kira jam 6 pagi). Saya maklum bahawa para pembaca juga melayari Malaysiakini, Harakahdaily, Utusan Online dan lain-lain. Cuma saya hanya memilih berita-berita yang saya rasakan menarik untuk tatapan semua, lalu diberikan sedikit ulasan oleh saya. Semoga dengan usaha itu, dapat menarik minta pembaca semua untuk terus berkunjung ke blog yang kecil ini.

Berbalik kepada beberapa isu mutakhir ini, izinkan saya memberi beberapa pandangan.

1) Filem Fitna oleh Geert Wilders ; ahli Parlimen Belanda yang mempunyai agenda peribadi dalam usaha untuk memprovokasi umat Islam. Bagi saya, filem ini bukan yang pertama dan yang terakhir yang terus-menerus menghina Islam. Pastinya, ia akan diteruskan oleh musuh-musuh Islam yang lain. Persoalannya, apa tindakan yang sewajarnya dalam menangani isu ini? Saya berpandangan sedemikian :

a) Umat Islam perlu menyatakan pendirian yang jelas dengan mempunyai rasa marah kerana agama Islam dan al-Qur’an dihina begitu rupa.

b) Umat Islam perlu memboikot barangan keluaran Belanda sebagai tanda kita bertindak secara praktikal untuk memprotes tindakan biadap Wilders. Apatah lagi Keraaan Belanda hanya merasa kesal di atas perbuatan Wilders, tetapi tidak menghukumnya..

c) OIC perlu memainkan peranan yang serius dalam mengembalikan kemuliaan Islam. Sikap Oh I See dan No Action Talk Only(NATO), hanya memberikan ruang untuk musuh Islam untuk terus menghina Islam.

d) Umat Islam perlu benar-benar menjadikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai panduan utama dalam kehidupan. Akibat melalaikan panduan ini, akhirnya Allah mendatangkan peringatan kepada umat Islam seluruh dunia dengan filem Fitna oleh Wilders.

e) Mengadakan dialog dengan Wilders untuk menjelaskan segala kekeliruan yang ada pada dirinya dengan Islam. Mungkin dengan cara ini, secara tidak langsung kita dapat berdakwah kepadanya.

f) Tidak melatah dengan terus bertindak ganas, kerana inilah hasrat utama Wilders menerbitkan Fitna ; agar umat Islam marah, memberontak lalu membunuh rakyat Belanda sebagai tindak balas. Dan akhirnya membenarkan dakwaannya, bahawa al-Qur’an sebuah kitab fasis yang menganjurkan umatnya bersikap ganas dan teroris.

2) Ketidakstabilan UMNO dan desakan supaya Pak Lah untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Saya diberitahu oleh seorang sahabat tentang kesedihannya kerana Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP yang dianggap saki baki parti PAP di Singapura. Begitu juga di Perak, walaupun Menteri Besarnya dari PAS yang beragama Islam, tetapi majoriti exconya adalah dari DAP. Katanya nanti, orang Melayu menang sorak, kampung tergadai. Oleh kerana marahkan nyamuk seekor, lalu satu kelambu dibakar. Dan tegasnya, orang Melayu akan hilang ketuanan di bumi sendiri. Saya menyatakan jangan kita terperangkap dengan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya menyoal beliau, cuba lihat takrif Melayu di dalam Perlembagaan. Seorang Melayu mestilah beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya dengan budaya Melayu.

Kata Salleh Buang(seorang peguam terkemuka), apabila seorang Melayu keluar dari Islam (murtad), maka dia secara automatik bukan lagi seorang Melayu (mungkin orang Utan?). Kerana bagi beliau, tidak ada suatu bangsa yang dinisbahkan dengan agama Islam kecuali bangsa Melayu. Kata Saidina Umar, kita akan hanya mulia dengan Islam dan kita akan menjadi hina apabila menolak Islam. Maksudnya walaupun dia berbangsa Cina, India, Afrika atau orang putih sekalipun, apabila menganut Islam dan mengamalkan Islam, maka dia mulia.

Persoalannya bangsa Melayu bila diberi kuasa, mula gila kuasa. Bila diberi amanah, mula khianat. Ada PHD (Perasaan hasad dengki). Jika ada ruang, akan terima rasuah. Lalu tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac yang lepas, adalah peringatan buat orang Melayu yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka. Dan perlu diingat, segala masalah orang Melayu hanya akan selesai, jika kita ikhlas menurut panduan al-Qur’an dan al-Sunnah dan atas dasar Islam. Bukannya atas dasar bangsa semata-mata!

Sebab itu saya bertanya, bila UMNO diberi peluang untuk melaksanakan DEB selama 50 tahun, mengapa orang Melayu dan bumiputera masih tidak mendapat kek ekonomi sebanyak 30% dan merupakan bangsa yang paling miskin? Atau hanya mengayakan kroni lalu membentuk UMNOputera? Lalu bila DAP di Pulau Pinang ingin menghapuskan DEB, lalu UMNO bangkit dan marah. Bagi saya, apa yang baik dari DEB, wajar diteruskan tetapi apabila pelaksanaannya menampakkan kepincangan dan penyelewengan ia harus ditentang. Dan saya yakim, kaum lain tidak akan marah jika hak mereka diperoleh secara adil dan saksama.

Ia akan menjadi barah dan sentimen perkauman, apabila orang Melayu hanya mementingkan Melayu sahaja sehingga menafikan hak bangsa lain. Lebih malang lagi, apabila kekayaan negara hanya berlegar di kalangan orang tertentu sahaja. Ini yang salah!

Kini, apabila UMNO mula goyah kerana krisis dalaman dan desakan supaya Pak Lah untuk meletak jawatan, saya berpandangan kerana dasar perjuangan mereka tidak lagi relevan. Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Syed Hamid Albar ; jangan marahkan rakyat tetapi lihat apa yang telah UMNO lakukan hingga rakyat meluat lalu membuat undi protes dalam PRU ke-12 yang lepas. Cah keting, politik wang, berebut jawatan, budaya yes boss, gaya hidup mewah dan banyak lagi faktor semasa menyebabkan UMNO mula ditolak rakyat beserta BN. Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP-PKR-PAS mula mengambil tempat. Rakyat ingin memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah, sebagai bukti bahawa bukan BN sahaja yang layak memerintah.

Akhir kalam, kita mengimpikan sebuah negara yang baik dan sentiasa mendapat keampunan Allah. Nilai keadilan perlu ditegakkan oleh mereka yang menjadi pemerintah dan pemimpin. Dan oleh kerana itulah, pemimpin yang adil merupakan golongan pertama yang dinaungi Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana, seluruh rakyat menumpang teduh di bawah naungan keadilannya.


4 April 2008, 27 Rabi'ul Awwal 1429 Hijrah,

1.06 pagi, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude