Barisan Nasional memerlukan satu pemikiran baru yang memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia mengikut peratusan masing-masing, kata presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.
Jika tidak, bekas menteri kerja raya itu berkata, BN mungkin kecundang dalam pilihanraya umum akan datang.
Selama ini, kata Samy Vellu, beliau telah menjelaskan kepada kerajaan tentang bahayanya jika BN tidak mempedulikan masyarakat India.
"Mereka menjadi pengundi penentu di 65 hingga 70 kawasan pilihanraya. Jika mereka beralih kepada pihak lain (pembangkang), kita akan kalah.
"Tetapi kerajaan tidak percaya dan kini ia terbukti benar," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.
Beliau juga ditanya mengenai desas-desus bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menghiraukan amaran yang diberikannya tetapi lebih bergantung kepada penilaian para penasihatnya.
Beralih sokongan
Samy Vellu berkata beliau tidak percaya perdana menteri diberi nasihat yang salah.
"PM adalah seorang yang baik, beliau mengambil berat terhadap rakyat, beliau menghormati semua orang. Tetapi apa yang tidak kena adalah (mereka) yang di bawah.
"Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, lebih RM100 bilion dibelanjakan. Selepas beberapa halaman, saya nampak RM3 juta untuk masyarakat India - bagi membina sebuah pusat latihan untuk para belia yang sudahpun dalam kesulitan...
"Tetapi mesti ada satu program untuk meningkatkan status ekonomi orang India dalam bidang perniagaan, penyertaan dalam industri, lesen, sistem vendor. Semua ini harus dipertimbangkan," katanya.
Beliau turut menyentuh tentang peralihan sokongan pengundi, terutama dalam kalangan orang Melayu, kepada pembangkang.
"Undi bumiputera pergi kepada pembangkang. Mengapa? Kerana mereka berasa mesti ada kesaksamaan di negara ini... Saya tidak langsung menjangka begitu ramai (pengundi Melayu) beralih menyokong pembangkang.
"Begitu juga dengan orang India, untuk pertama kalinya menukar sokongan. Manakala undi Cina (kepada pembangkang) pula sentiasa naik turun," tambahnya.
Ulasan : Benar Samy, BN tidak lagi relevan. Dan ia mula diambil tempat oleh Pakatan Rakyat. MIC juga perlu berubah dengan anda turun dari kerusi Presiden MIC.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan