Jumaat, 18 April 2008

Israel: Rais tidak peka isu Palestin

Sekumpulan badan bukan kerajaan mendesak Kementerian Dalam Negeri melarang dua warga Israel masuk ke Malaysia untuk bermain bersama pasukan bolasepak Chelsea, yang dijadual Julai ini.

Citizens International - antaranya dianggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) - menyatakan rasa terkejut apabila mengetahui menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak membantah hasrat mereka ke mari.

"Membenar masuk dua warga Israel bercanggah dengan larangan kerajaan.

"Kami menyeru Kementerian Dalam Negeri agar menguatkuasa seketat-ketatnya undang-undang (larangan itu) dan tidak mengizinkan orang Israel ke Malaysia," kata pengerusi gabungan 11 organisasi itu, SM Mohamed Idris.

Isnin lalu, Dr Rais menyatakan kerajaan boleh mengizinkan kunjungan dua warganegara Israel itu walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan regim itu.

"Kami tidak menghalang sesiapa untuk datang ke Malaysia.

"Dalam kes ini, walaupun kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel atau perdagangan secara terus dengan negara itu, kami tiada bantahan terhadap lawatan mereka," katanya.

"Mereka adalah satu pasukan sukan dengan dua warga Israel. Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah. Melainkan ada pihak yang ingin membantah, kami boleh benarkan mereka.

"Kami kena melihat kes-kes seperti ini daripada satu kes ke satu kes. Kami tidak mahu campurkan antara politik dan sukan," tambah Dr Rais.

Citizens International berkata larangan itu bertujuan menyingkirkan Israel sehinggalah ia mengiktiraf hak warga Palestin, menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan berhenti mencabuli hak asasi manusia.

"Dengan menyatakan sokongannya kepada pemain bolasepak warga Israel, Rais benar-benar tidak peka pada perasaan orang Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel dan juga majoriti rakyat Malaysia yang menentang kezaliman itu," tambah Mohamed Idris lagi.

"Israel telah mengadakan sekatan ekonomi terhadap warga Palestin yang sedia lemah bawah penaklukan Israel. Pada 2006, ia membuat serangan bom di Gaza sehingga memusnahkan jalan raya, jambatan, sistem kumbahan, sistem penapisan air dan loji janakuasa elektrik," katanya.

Seorang profesor undang-undang antarabangsa keturunan Yahudi, Richard Falk, menyatakan tindakan Israel itu menyamai tindakan Nazi terhadap kaum itu sewaktu Perang Dunia Kedua.

Mohamed Idris, yang juga presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), berkata masyarakat sivil di Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada menyarankan Israel dipulaukan seperti yang dikenakan terhadap regim kulit putih Afrika Selatan pada 1980-an.

Maka dalam senario ini, tambahnya, mengizinkan warga Israel ke negara ini bermakna "memberi isyarat salah" kepada regim itu - yakni, ia boleh melakukan kekejaman seperti Nazi di Gaza dan mencetuskan pembunuhan beramai-ramai warga Palestin.

Ulasan : Diharap semua pihak yang menentang kemasukan 2 warga Israel dalam pasukan Chelsea ke Malaysia dapat berpadu suara dan tenaga dengan menghantar memorandum kepada pihak berkenaan. Membenarkan warga Israel masuk ke negara bermakna membenarkan tindakan mereka menindas umat Islam Palestin.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude