KUALA LUMPUR 31 Mac – Ahli-ahli UMNO mesti berani dan jujur untuk memilih serta menentukan siapa yang paling layak menerajui parti keramat itu, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.
Beliau menegaskan, keputusan pilihan raya umum lalu menuntut ahli-ahli UMNO di semua peringkat supaya melakukan muhasabah diri dan menerima realiti senario politik negara pada hari ini.
Sehubungan itu katanya, Pemuda akan akur jika ahli-ahli parti berpendapat sistem kuota pencalonan dalam pemilihan UMNO tidak lagi memenuhi matlamat untuk mengelakkan perpecahan selain hanya membolehkan pemimpin yang layak dan mendapat mandat sahaja bertanding.
Beliau menambah, terdapat tiga golongan sasar yang perlu didekati dan didengari pandangan mereka iaitu orang ramai, ahli UMNO dan ahli parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).
“Isu berkaitan sistem kuota itu menuntut parti memperhalusi dan menimbang apa yang diluah serta diharapkan oleh ahli-ahli UMNO di semua peringkat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, persepsi bahawa suara mereka tidak didengar, disekat atau diambil mudah perlu diatasi.
“Pemuda akan tetap akur sekiranya hari ini ahli-ahli berpendapat sistem kuota yang ada sekarang tidak lagi memenuhi matlamat tersebut.
“Tetapi yang penting ahli-ahli perlu berani dan jujur memilih serta menentukan siapa paling layak untuk memimpin parti keramat UMNO ini,” katanya.
Isu sistem kuota pencalonan mula diperkatakan apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan sistem kuota yang dilaksanakan semasa beliau memegang jawatan Presiden UMNO dimansuhkan kerana telah disalahgunakan pemimpin-pemimpin parti.
Katanya, sistem kuota itu disalah guna oleh pemimpin-pemimpin yang berkuasa untuk menghalang Bahagian UMNO mencalonkan orang lain dalam pemilihan parti.
Perlembagaan parti menetapkan mereka yang hendak bertanding jawatan Presiden mesti mendapat 30 peratus pencalonan daripada 191 Bahagian UMNO di seluruh negara manakala Timbalan Presiden (20 peratus), Naib Presiden (10 peratus) dan ahli Majlis Tertinggi sebanyak lima peratus.
Hishammuddin berkata, Pemuda berpendirian bahawa sistem kuota yang telah diperkenalkan sebelum ini adalah pilihan ahli dan dibentuk atas persetujuan ramai.
Katanya, untuk menolak sistem kuota itu juga, ia mestilah dipersetujui semua ahli demi kebaikan parti.
“Kalau UMNO mahu membuat perubahan dan melakukan ‘reform’, maka ia mestilah melalui proses bersama melibatkan semua ahli (secara inklusif) agar apa jua yang berlaku, semua pihak walaupun ahli biasa di peringkat cawangan dapat merasakan penglibatan mereka dalam proses ‘reform’ ini.
“Apa yang saya harapkan setiap keputusan ini akan diterjemahkan dengan rasa penuh tanggungjawab dan jujur walau apa jua kesan daripada hasil keputusan kita kelak,” tegasnya.
Berhubung pemilihan parti dari 16 hingga 20 Disember ini, Hishammuddin berkata, Pemuda mengalu-alukan mesyuarat di semua peringkat diadakan dalam suasana kekeluargaan dengan semangat untuk memberi peluang kepada semua ahli meluahkan pandangan masing-masing.
Ulasan : Persoalannya kini, adakah ahli UMNO berani untuk melakukan reform dan memilih pemimpin yang terbaik untuk menerajui mereka. Fikir-fikirkan!
1 ulasan:
секс подростков на видео http://free-3x.com/ любительское порно подростков free-3x.com/ студенты развлекаются смотреть онлайн [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]
Catat Ulasan