Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur menyambut Maulid Nabi SAW 1429 H. Dan saya sendiri di Bumi Kenyalang ini banyak mendapat jemputan ceramah. Antaranya di masjid, surau, hospital, jabatan kerajaan dan muallaf.
Apapun yang penting, kita berdoa moga dikurnia cinta kepada Nabi dan Allah, di kala umat Islam hari ini ada yang tidak menjadikan Nabi SAW sebagai idola. Saya akan ke Miri esok dan terus ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus sehingga Khamis minggu depan. Seperti biasa, anak isteri perlu ditinggalkan buat sementara dan blog ini tidak dapat diupdate buat sementara.
Salam Maulid buat semua dari saya dan keluarga di Malaysia Timur ini.
8.43 pagi, Malaysia Timur
22 Mac 2008, 14 Rabiul Awwal 1429 H.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan