Jumaat, 18 April 2008

Hormatilah kepercayaan rakyat kepada MP Pakatan Rakyat

Kuala Lumpur, 17 Apr 2008 : Komentar Ahli Parlimen Segambut, YB. Lim Lip Eng dalam Retreat Perundingan Meja Bulat Wilayah Persekutuan Ke-2 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Hotel Istana yang baru bermula hari ini benar-benar membuatkan Ahli Parlimen Barisan Nasional panas punggung.

Ahli Parlimen muda ini berjaya menarik perhatian para audien yang hadir dengan membangkitkan sikap ‘double standard’ pihak Kementerian Wilayah yang tidak menghormati ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang dijemput ke majlis berkenaan sebagai ahli panel.

Beliau memaklumkan bahawa beliau dijemput hadir sebagai VIP tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkan kereta beliau ditempat VIP kerana tempat itu dikhaskan untuk ahli parlimen BN dan kenderaan DBKL sahaja. Oleh itu beliau terpaksa meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam di bahagian bawah Hotel.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga ditolak oleh pengawal peribadi Datuk Bandar ketika cuba mendekatinya untuk berbual.

Ahli Parlimen Putrajaya yang sampai lewat ke majlis ini menjadi panas punggung bila mendengar komen Lim yang dianggapnya sebagai perkara remeh dan ‘rubbish’. Beliau tanpa segan silu menolak untuk naik ke pentas dan terus sahaja meninggalkan majlis walaupun baru setengah jam berada disitu.

Sikap tidak ‘gentelment’ Adnan ini dikutuk oleh para hadirin hingga ada yang memanggilnya sebagai ‘rubbish MP’ ketika beliau melangkah keluar dari dewan.

Walau apa juga sebabnya beliau tidak sepatutnya keluar dan perlu berlapang dada menerima komentar dari MP lain. Urusetia program turun kecewa kerana beliau sebagai ahli parlimen BN gagal menunjukkan komitmen dan sikap yang positif didalam majlis berkenaan.

Para perwakilan persatuan, NGOs dan wartawan yang hadir menganggap bahawa beliau hari ini gagal menjalankan tugas beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya, dimana semua MP telah memberikan kerjasama yang baik dalam mengupas permasalahan di parlimen masing-masing untuk dikongsikan.

Beliau menyertai ahli parlimen Setiawangsa, yang turut gagal membawa isu-isu rakyat dikawasan parlimen mereka yang sepatutnya dikemukakan dalam sesi pembentangan isu.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan begitu kecewa dengan sikap ahli parlimen BN ini kerana mereka gagal menunjukan kesungguhan dan kerjasama walhal mereka juga yang merayu agar semua MP dapat hadir untuk berkerjasama dalam membela rakyat melalui majlis ini.

Jika inilah mentaliti dan cara mereka menguruskan kawasan mereka dan wilayah persekutuan ini secara keseluruhannya, maka tunggulah saatnya, kebajikkan rakyat akan terus terabai selepas ini.


Menteri Wilayah Persekutuan yang juga ahli parlimen wilayah persekutuan, Zulhasnan Rafique hari ini menerima satu kejutan bila mana isu-isu rakyat didalam kawasan parlimen beliau telah ‘ditawan’ oleh ahli parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali. Isu-isu berkenaan turut diutarakan sempena Retreat Perundingan Meja Bulat Wilayah Persekutuan Ke-2 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Hotel Istana yang baru bermula hari ini.

Walaubagaimana pun Dr. Lo’lo’ tidak sempat menghadirkan diri kerana masih berada di Indonesia. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB. Wee Choo Keong.

Antara isu yang dibangkitkan adalah projek-projek Kerajaan Barisan Nasional yang terbengkalai seperti projek naik taraf Dewan Serbaguna Datuk Keramat, projek Taman Tasik Datuk Keramat, projek Kompleks Pasar Datuk Keramat, projek Jejantas Pejalan Kaki (Berhadapan Stesen LRT Putra Damai) dan projek Menaiktaraf Pasar Chow Kit.

Ada antara projek ini terbengkalai sejak 10 tahun yang lalu dan anggaran kos pembinaan keseluruhan projek ini adalah melebihi 100 juta ringgit.

Selain itu, Dr. Lo’lo’ turut menyentuh tentang nasib setinggan di Kampung Indian Settlement dan Kampung Kerayong yang masih tidak terbela. Beliau meminta agar DBKL membuat satu pertemuan dengan penduduk untuk berbincang tentang rancangan pemindahan mereka memandangkan kawasan kediaman mereka kini akan dibangunkan Kerajaan.

Isu Sindiket Pelacuran, gejala Pondan dan juga Penagihan Dadah di Jalan Hj. Taib turut dibangkitkan kerana hingga kini pihak kerajaan tidak serius membersihkan kawasan ini dari aktiviti maksiat. Menteri Wilayah harus berasa malu bila mana Kuala Lumpur yang pesat membangun dan sedang berusaha menjadi bandaraya kelas pertama masih lagi dibelenggu dengan aktiviti bermoral rendah seperti itu.

Isu-isu dari PPR Desa Rejang yang berada dalam kawasan Zulhasnan turut menarik perhatian dan membuka mata semua pihak yang selama ini menganggap kawasan berkenaan tidak bermasalah kerana Ahli Parlimennya adalah menteri Wilayah Persekutuan.

Zulhasnan tertunduk bila lapan tuntutan masyarakat PPR Desa Rejang dibacakan oleh Wee. Antaranya adalah kenaikan kos penyelenggaraan bangunan dari RM 35 kepada RM 66 selepas sahaja pilihanraya berlalu. Para penduduk melihat tindakan ini sebagai tidak ‘gentlement’ dan ianya adalah usaha membalas dendam kepada pengundi yang menyokong Pakatan rakyat. Bagi mereka, ianya tidak sepatutnya berlaku jika benar DBKL ingin membela rakyat.

Penduduk juga mengadu bahawa DBKL tidak mengotakan janji untuk membayar kos perpindahan dari Flat Pekeliling ke Desa Rejang sebanyak RM1,000, pemasangan pintu besi (Grill) sebanyak RM500 dan pemasangan tikar getah RM500.

Isu ketiadaan perkhidmatan bas awam, peti pos, tempat ibadat kaum cina dan india turut dibangkitkan.

Wee mencabar Zulhasnan agar mengambil tindakan segera terhadap permintaan penduduk di Kawasan Parlimennya jika ingin kekal sebagai ahli Parlimen di masa akan datang dan kata-kata beliau ini disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin yang mendengar.

Begitulah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bekerja, walaupun isu berkenaan bukan dari kawasan parlimen mereka, tetapi ianya tetap diperjuangkan secara bersama untuk kepentingan rakyat.

Diharapkan agar pihak Kementerian dapat memberikan khidmat yang adil kepada semua rakyat walaupun mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional. Kekalahan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu harus di ambil iktibar dan Kementerian yang beroperasi mengunakan duit cukai rakyat haruslah berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk kepentingan Barisan Nasional.


*Herman Samsudeen adalah Ketua Penerangan DPP Wilayah Persekutuan dan Juga Setiausaha Politik YB. Dr. Lo'Lo' serta Koordinator bagi Semua MP Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan.


Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude