Nabi saw pernah bersabda “ Di antara tanda-tanda munafiq itu ialah apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkiri, apabila dia diberi amanah dia khianati dan apabila dia bergaduh dia melampau”. (Hadith riwayat Imam Muslim)
Bertepatan dengan musim kempen pilihanraya yang hangat berlangsung ketika ini, marilah sama-sama kita merenungi dan mengambil iktibar dari hadith di atas. Untuk semua calon yang beragama Islam, perlu diingat segala perbuatan yang kita lakukan di atas dunia pada hari ini, akan dipertanggungjawabkan di depan Allah pada hari pembalasan nanti.
Justeru, buat semua calon, berdasarkan hadith di atas, beberapa perkara wajib diambil perhatian. Di antaranya ialah :
1) Apabila bercakap dia berbohong – Buat semua calon Muslim, berkatalah yang benar walaupun perkara itu pahit. Sampaikanlah kebenaran walau ianya berlaku ke atas diri sendiri. Kita faham politik Islam atau Siasah Syar’iyyah sangat suci, tetapi biasanya ia dicemari oleh ahli politik yang tiada etika dan akhlak Islam. Lantas, politik pada waktu itu seolah-olah menjadi
2) Apabila dia berjanji dia mungkiri – Di waktu musim kempen inilah, begitu banyak janji yang ditabur demi mempengaruhi pengundi. Tidak salah berjanji asalkan ia ditepati. Walau bagaimanapun kita bimbang sekiranya ada calon Muslim yang berjanji sesuatu yang begitu hebat bayangannya di atas kertas, tetapi belum boleh dipastikan praktikalnya di
3) Apabila diberi amanah dia khianati – Mengapa semua calon Muslim tidak berusaha mencontohi pempimpin agung seperti Nabi saw, Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan ketinggian integriti dan amanah mereka ? Yang ada pada hari ini, apabila bergelar Yang Berhormat, sikap dan tingkah lakunya berubah. Dari seorang yang peramah tiba-tiba menjadi sombong. Dari seorang yang mesra tiba-tiba menjadi seorang yang sukar didekati. Seluruh cara berpakaian dan kenderaan yang dipakai berubah sekelip mata. Dari kereta yang sederhana terus bertukar kereta yang dapat melambangkan ketinggian status sebagai Yang Berhormat. Ingatlah bahawa kita hanya khadam kepada rakyat. Jadilah “Yang Berkhidmat” bukannya Yang Berhomat yang ingin dihormati sepanjang masa oleh rakyat. Rakyat kini semakin cerdik memilih yang mana kaca dan yang mana permata. Rakyat akan benci kepada pemimpin yang hanya tahu bagaimana untuk menambahkan kekayaan sendiri sehingga mengabaikan keperluan rakyat. Di antara tanda akhir zaman kata Nabi saw, “Apabila amanah dijadikan keuntungan”. Ia bermaksud ada sesetengah calon bila terpilih menjadi YB, menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk menambahkan keuntungan diri.
4) Apabila dia bergaduh dia melampau – Dalam musim kempen yang sedang hangat ketika ini, semua calon Muslim perlu mengelakkan diri menunjukkan sikap yang tidak disenangi oleh agama – iaitu panas baran dan marah tidak bertempat. Nabi saw pernah berpesan kepada sahabat dengan mengatakan “ Jangan kamu marah (yang diulang sebanyak 3 kali)”. Ini kerana sifat marah itu berpunca dari syaitan. Justeru, ambillah wuduk untuk meredakan kemarahan yang melanda. Namun demikian, perlu ada sifat marah di kala maruah Islam dan umat Islam dicabul dengan sewenang-wenangnya.
Sebagai kesimpulannya, marilah kita merenung kata-kata Saidina Ali k.w. yang pernah menukilkan untaian hikmah yang sangat bernas dan besar manfaatnya. Pesan beliau “ Dunia semakin membelakangi, akhirat semakin mendatangi, jadilah kamu putera-putera akhirat berbanding putera-putera dunia, hari ini (di dunia), hari amal tanpa balasan, hari esok (di akhirat), hari balasan tanpa amal”.
Buat semua calon Muslim, ingatlah kita semakin menghampiri detik kematian dengan berlalunya setiap hari. Dunia dan segala isi kemewahannya yang sementara itu, bakal kita tinggalkan. Tidak perlu kita berlumba-lumba untuk meraih populariti diri hanya kerana inginkan pujian di kalangan manusia. Ini kerana tempat yang lebih baik untuk menjadi “superstar” adalah di akhirat. Contohilah seorang tabi’in yang bernama Uwais al-Kharni yang dijanjikan oleh Nabi saw sebagai calon ahli syurga. Apabila Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. bertanya apa rahsianya, lalu dia menjawab “ Aku
Hari ini (di dunia), lakukanlah apa yang anda suka tetapi ingat, anda akan bertemu dengan kematian dan dibalas dengan apa yang telah anda lakukan di atas dunia. Kalau anda meraih kemenangan dalam pilihanraya ini dengan cara batil dan menyalahi batas syarak, anda mungkin selesa dan gembira seketika di atas dunia yang fana ini, tetapi tidak di akhirat. Tegas Saidina Ali k.w., di akhirat nanti merupakan hari pembalasan tanpa amal. Menangis air mata darah sekalipun, tidak mungkin anda akan dikembalikan ke dunia untuk beramal. Renungilah firman Allah di dalam Surah al-Sajadah, ayat 12 yang biasa dibaca oleh Imam pada waktu solat Subuh pagi hari Jumaat. Maksudnya “ Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu) “ Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu), maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik ; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
Buat semua calon Muslim , selamat bertanding dalam suasana yang sihat dan mengingati tanggungjawab kepimpinan bukanlah suatu kebanggaan dan kemuliaan semata-mata, bahkan ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah Rabbul Jalil. Semoga pilihanraya pada 8 Mac 2008 nanti, menjadi
Pemimpin Sejati (Album Damai Kumpulan Nasyid Hijjaz)
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya
Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah, susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama
Mendengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takabbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya
Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah
Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita
Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya
Tuhan kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan kurniakanlah pemimpin yang begini
Tuhan kurniakanlah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan