Rabu, 27 Februari 2008

Janji yang menggerunkan !


Bukit Bintang pusat pelancongan 24 jam

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Bukit Bintang, Lee Chong Meng berjanji akan menjadikan kawasan itu sebagai pusat pelancongan 24 jam jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12, pada 8 Mac ini.

Beliau berkata, usaha berkenaan bertujuan memastikan Bukit Bintang yang dikenali kawasan tiga segi emas itu, mampu menarik lebih ramai pelancong asing membeli-belah sambil berhibur di kawasan tersebut.

Katanya, usaha itu akan dilakukan sekiranya dipilih memandangkan wakil rakyat terdahulu daripada DAP di kawasan itu gagal memainkan peranan ‘menghidupkan’ Bukit Bintang khususnya pada sebelah malam.

‘‘Saya mendapati rombongan pelancongan asing hanya menghabiskan dua hari di Malaysia berbanding tiga hari di Singapura dan lima hari di Thailand.

‘‘Ini kerana premis-premis hiburan di sini ditutup lebih awal sehingga menyebabkan pelancong mudah bosan dengan Kuala Lumpur,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, Chong Meng berkata, sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat, beliau akan membawa perkara itu ke Parlimen sebelum meminta kerajaan memanjangkan masa operasi premis-premis hiburan termasuk pusat karaoke kepada 24 jam sehari bagi memenuhi keperluan pelancong.

‘‘Bukit Bintang bukan sebuah kawasan perumahan tetapi sebuah pusat bandar, maka adalah wajar untuk membenarkan pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang hari.

‘‘Saya bagaimanapun ingin menegaskan hanya pusat hiburan yang mematuhi peraturan sahaja harus dibenarkan berbuat demikian,’’ jelasnya.

Beliau juga turut kesal dengan kegagalan wakil rakyat DAP untuk mengoptimumkan potensi Bukit Bintang sebagai pusat pelancongan antarabangsa.

Katanya, daripada menjaga kepentingan rakyat, parti pembangkang itu sebaliknya lebih gemar menyemai perasaan benci terhadap kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude