Rabu, 27 Februari 2008

Fikir sebelum mengundi !




KEPALA BATAS 26 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat sekali lagi memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan pembangunan negara yang dirancang ketika ini berjalan lancar dan tersusun.

Tegas Perdana Menteri, kemenangan BN itu penting bagi memastikan rakyat dan negara, aman makmur serta selamat.

Menurutnya, dengan kuasa yang ada kelak, kerajaan dapat meneruskan pelaksanaan pembangunan koridor ekonomi termasuk di utara tanah air seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

‘‘Kita (BN) ada perasaan iaitu kita mahu negara terus makmur.

‘‘Justeru saya harap bila tiba hari mengundi, jangan pula tidak keluar rumah sebab kemenangan BN itu memberi kesenangan kepada rakyat,’’ katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di depan ahli-ahli UMNO di Bilik Gerakan BN di Permatang Tinggi C di sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Pada pilihan raya umum 2004, BN mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan apabila memenangi 199 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Abdullah menarik perhatian mengenai pembangunan di Utara yang memerlukan banyak pelaburan bagi memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Pada masa sama, kata beliau, kerajaan juga prihatin dengan soal kenaikan harga barang yang memberi kesan kepada rakyat.

‘‘Kita tahu harga minyak naik namun harga minyak di negara ini tidaklah tinggi seperti di negara-negara lain. Kerajaan memberi subsidi supaya ia tidak melambung tinggi,’’ katanya.

Begitupun, kata Abdullah, masih ada sesetengah pihak lupa atau tidak menyedari apa yang kerajaan lakukan dalam menangani isu kenaikan harga.

Sedangkan menurutnya, kerajaan juga memastikan beban yuran persekolahan dan kos membeli ubat-ubatan jauh lebih murah melalui pemberian subsidi.

‘‘Bukan itu sahaja, subsidi juga diberi untuk benih dan baja bagi membolehkan mereka yang berada dalam sektor pertanian dapat meningkatkan pendapatan,’’ katanya.


Ulasan : Saya tertarik dengan ulasan Zainon Ahmad (Pak Non) dalam rancangan isu semasa di RTM 1 malam tadi. Tegasnya :

1) Calon Barisan Alternatif perlu diberi ruang untuk berkempen dalam media massa (TV dan suratkhabar)

2) PRU ke-12 2008 ini seumpama PRU pada tahun 1986. Setelah honeymoon year Tun Mahathir pada 1982 apabila diangkat menjadi PM, pada 1986 banyak kerusi BN hilang. Dan mungkinkah ia akan berulang pada tahun 2008 setelah BN capai kemenangan besar pada tahun 2004? Kita semua yang menentukannya!





Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude