
Yang kedua tentang kenyataan Zila Bakarin yang akan terus berpakaian seksi walau setelah bergelar seorang isteri. Di mana ketegasan seorang suami jka sanggup membiarkan susuk tubuh isterinya menjadi tontonan orang ramai! Benarlah kata-kata Mufti Australia sebelum beliau berhenti dari jawatannya bahawa mereka (perempuan) yang mendedahkan aurat seumpama daging-daging yang terdedah yang sentiasa menarik minat kucing-kucing liar yang rakus.
Namun begitu, masih ada sinar cahaya buat artis yang telah menunjukkan contoh dengan kembalinya mereka ke pangkal jalan. Antaranya Ustaz Akhil Hayy, Noorkumalasari, Azmil Mustafa(Ali Setan), Amir Pearl, Mel dan beberapa orang artis yang lain.
Sentiasa saya ingatkan, hiburan tidak salah, bahkan berlakonlah dan menyanyilah selama mana ia menepati kehendak syarak, tidak melalaikan orang dari mengingati Allah dan mengelakkan berlakunya sentuh-menyentuh di antara yang bukan mahram. Seolah-olah hari ini nilai haga seorang artis kadangkala terlalu murah-isteri orang boleh dipeluk oleh suami orang dan suami orang boleh dirangkul oleh anak dara!
Saya bimbang dunia artis akan semakin haru biru jika tiada bimbingan agama oleh para agamawan. Kadangkala dialog dalam lakonan pun meresahkan kita kerana ada yang bercanggah dengan syarak. Justeru, kita mengaharapkan sinar baru dalam kehidupan artis Melayu Islam kita kini. Ingatlah artis besar pengaruhnya dalam masyarakat. Peminat yg fanatik akan mencontohi apa sahaja yang dilakukan oleh artis pujaannya. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, carilah sinar baru dalam kehidupan anda!
18 Januari 2008, 9 Muharram 1429 H,
12.32 tgh, Malaysia Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan