Selasa, 29 Januari 2008

Berhijrahlah ke arah yang lebih baik


Hijrah dari sudut bahasa berpindah, meninggalkan sesuatu tempat untuk ke tempat yang lain, berubah dari sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lain.


Dari sudut istilah pula ia merujuk kepada perpindahan atau perjalanan Nabi saw dari Kota Makkah ke Yathrib(Madinah). Nabi saw pernah bersabda “ Tiada hijrah setelah al-Fath(pembukaan kembali Kota Mekkah di bawah Nabi saw dan tentera Islam), tetapi yang ada adalah jihad dan niat”. (Hadith Riwayat Muslim).


Seperti yang kita maklum setiap insan mempunyai fitrah untuk berubah dari keadaan yang sedia ada kepada yang lebih baik. Namun begitu, ada juga yang berpegang rezeki secupak, takkan jadi segantang sebagaimana fahaman kumpulan Murji’ah. Andaikata hari ini rumah kita kecil, kalau dapat biarlah rumah kita suatu hari nanti lebih luas dan selesa. Andaikata kereta kita hari ini muat-muat untuk semua ahli keluarga, maka harapan kita kita dapat memiliki kereta yang lebih besar. Andaikata hari ini, pendapatan kita tak memungkinkan kita untuk menabung dan cukup-cukup makan, biarlah suatu hari nanti kita boleh menjadi orang yang mencukupi simpanan untuk kegunaan harian dan sewaktu kecemasan.


Selain itu, sebagai hamba Allah kita juga ingin berubah dan melihat perubahan. Ibarat lirik lagu Rindu nyanyian kumpulan Hijjaz
“ Orang-orang bertaqwa rindu akan kebenaran, kejujuran dan keikhlasan
keredhaan Tuhannya.
Orang mukmin merindukan anak-anak yang soleh, isteri-isteri yang solehah
keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran rindukan suasana masyarakat yang terjalin berlandaskan
syariah
Merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi dan dalam merindukan
keampunan Tuhannya”.

Bukankah itu harapan dan impian kita semua? Dan pastinya ia menuntut usaha dan pengorbanan yang bukan sedikit. Ia menuntut jihad ilmu, jihad pena, jihad ekonomi, jihad harta, jihad masa, jihad tenaga dan sehinggalah jihad di jalan Allah dengan mengangkat senjata dalam menghadapi musuh Islam. Ia juga memerlukan keteguhan azam, ketulusan niat dan ketinggian tawakkal kepada Allah swt.

Mutakhir ini, kita akan berdepan dengan proses untuk memilih pemimpin yang bakal menjadi wakil rakyat seterusnya menjadi pemerintah Negara kita. Ingatlah pilihanraya kali ini merupakan medan yang bakal menentukan wakil rakyat yang akan mewakili suara kita. Justeru, pilihlah wakil rakyat yang mempunyai integriti, akhlak yang sejati dan misi yang jelas dalam menjaga kebajikan rakyat.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa, Malaysia menduduki tempat ke-6 di dunia dari sudut kecekapan pengurusan dan pentadbiran awam mengatasi Negara-negara seperti UK, Thailand, Sepanyol dan lain-lain. Bagi saya kita perlu jelas, perkhidmatan awam di Negara ini berkhidmat untuk kerajaan yang memerintah. Maknanya dengan kata lain, andai Barisan Alternatif memerintah, mereka juga akan sedia dan setia berkhidmat. Justeru, pemerintah yang ada sekarang tidak boleh terlalu mendabik dada bahawa mereka pandai mengurus kerana hakikat sebenarnya yang menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan awam ialah kesemua kakitangan awam yang berjumlah hampir 1.3 juta orang.


Bagi saya, andaikata Barisan Alternatif menawarkan sebuah Negara yang berkonsepkan kebajikan, perlu kita hayati manifesto berikut. Ia tidak akan timbul jika pemerintah yang ada pada hari ini mengalami kepincangan dalam sudut menjaga kebajikan rakyat teramai. Justeru, andaikata anda ingin berhijrah melakukan perubahan, berhijrahlah ke arah yang lebih baik dalam usaha memastikan Negara kita yang tercinta ini ditadbir oleh mereka yang ikhlas ingin berkhidmat untuk rakyat dan ummat dan bukan semata-mata ada kepentingan lain. Salam pilihanraya dari saya buat anda semua. Bagi yang mengundi, undilah dengan mata hati dan bukan sekadar dengan mata kepala semata-mata!


29 Januari 2008, 20 Muharram 1429 H,
1.44 petang, Malaysia Timur.



Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude