Jumaat, 7 Disember 2007

PETUA-PETUA KAHWIN


Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

11.Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan

menyalahkan isteri.

16. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

17. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
18. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

19. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.


20. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA

PADAMU ".

21. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

22. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

23. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

24. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

25. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

26. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

27. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

30. Urut belakang isteri sekali sekala.

31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.

39. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

40. Seeloknya masuk tidur serentak.

41. Belai isteri sebelum pergi kerja.

42. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

43. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

44. Lakukan riadah bersama isteri.

45. Pergi berkelah sekali sekala.

46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

3 ulasan:

Ahmad Fadzli Fauzi berkata...

Salam,

Banyaknya ustaz izwan, nak buat yang mana dulu ni?? nanti tak ingat nak buat yang mana satu pulak (^_^) kalau balik kelate, SMS ler ana. Nanti ana belanja nasi kerabu.

iskandar zulkarnain berkata...

tu la buat yang termampu ajelah. Sapo deh abufadhl? Macam pernah kudengar namanya, tapi di mana ye? Apa khabar?

ici berkata...

dah hantar e-mail kat hubby about this link, heuheuehuehue

Tapi sebab nak pujuk hati dia dulu, kena la tulis...I lap u becoz of number dot dot dot. N then baru mintak, ehem, guna perkataan 'improve on' number dot dot dot.

Tak sabar tengok reply dia bila dah baca email kih kih kih

thanx

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude