SEJARAH tempat atau wadah menuntut ilmu yang dinamakan ‘universiti’ sudah bermula dari zaman Romawi kuno. Di mana Socrates, Aristotle, Plato memulakan pengajian dan pengajaran mereka.
Universiti adalah institusi pendidikan tinggi yang menganugerahkan ijazah akademik di dalam bidang tertentu di taraf diploma, ijazah sarjana, sarjana dan ijazah kedoktoran.
Sejarah pendidikan menunjukkan akademi Plato merupakan universiti yang pertama di dunia. Perkataan Latin ‘universitas’ mula digunakan di waktu zaman Romawi, yang
Kalau institusi biasa, kemungkinan Shangyang Institut yang ditubuhkan di negeri
Universiti Constantinople dianggap universiti utama yang mempunyai nilai-nilai seperti universiti di zaman moden ini seperti penyelidikan, pengajaran, pentadbiran, kebebasan akademik dan lain- lain.
Universiti Nalanda di India menarik minat pelajar dari seluruh dunia terutama dari negeri
Sekolah yang ditemui oleh Plato (ahli Falsafah Greek) di Athens telah melahirkan beribu-ribu pelajar falsafah, matematik dan gimnastik yang sampai hari ini pengajaran dan penyelidikan dijalankan. Universiti Magnaura di Constantinople (sekarang
Betapa angkuhnya Raja England Henry II waktu itu, hingga beliau melarang pelajar dari England memasuki Universiti Paris kerana beliau mahu Universiti Oxford yang didirikan pada tahun 1096 sebagai tempat mencari ilmu bagi penduduk England. Universiti Oxford telah melahirkan beribu-ribu cerdik pandai di dalam pelbagai bidang. John Locke salah seorang ahli falsafah terkenal di Inggeris dilahirkan di universiti ini.
Saya mengutip latar belakang universiti-universiti terkenal di dunia dan fungsinya adalah untuk memberi refleksi bahawa kemajuan ilmu telah lama dijalankan oleh manusia di dunia ini. Masing- masing mengejar ilmu semata-mata untuk kesejahteraan rakyatnya – malah untuk seluruh manusia sejagat. Umpamanya Charlemagne mempunyai visi pendidikan mengutamakan ilmu pertahanan yang dianggapnya paling penting untuk kelangsungan hidup rakyatnya.
Charlemagne menubuhkan akademi yang dipanggil sekolah atau Scolapalatina di Aachen (sekarang Jerman). Beliau mempunyai visi dalam pendidikan yang mengajar ilmu pertahanan yang amat cemerlang. Hingga abad ke-11 berkembang pendidikan tinggi di Eropah Timur hasil daripada pengaruh zaman Charlemangne.
Apabila Jawhar dari
Malah sewaktu Napoleon Bonarparte dibuang ke pulau
Melihat perkembangan Universiti Al- Azhar waktu itu yang membuat Napoleon Bonarparte bangga, dan terus menyamakan Al- Azhar dengan Universiti Sorbonne di Paris. Kerana menghormati nilai pengabdian ilmu, tidak ada seorang pensyarah atau profesor pun diganggu sewaktu Napoleon menduduki Mesir.
Pada abad ke-11 dibina sebuah universiti pertama bagi masyarakat Barat. Universiti Bologna, di Itali. Sehingga hari ini universiti terbabit tetap wujud dan menjadi wadah pencetus ilmu. Kemudian wujud pelbagai universiti di dunia ini yang tujuan utamanya adalah tempat untuk pengabdian ilmu.
Abad ke-18, Rusia menubuhkan universiti di dalam bidang undang-undang, perubatan, dan teologi. Kemudian muncul universiti di Jerman yang menyahut cabaran melatih pekerja untuk industri di negara tersebut. Pada abad ke-18 juga, di Amerika Syarikat (AS), Abraham Lincoln yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap ilmu, membuka kolej- kolej besar di hampir serata negeri bahagiannya seperti di Michigan, Ohio, Cornell, Maryland, Georgia, Florida, Wisconsin dan lain-lain meneroka dan membahagikan tanah yang luas untuk kegunaan membangunkan kolej-kolej pertanian. Kolej-kolej ini akhirnya menjadi universiti-universiti terkenal dan terbesar di setiap bahagian di AS ketika ini.
Sewaktu Perang Dunia Kedua, British membuat perjanjian dengan Jerman agar universiti Cambridge dan Oxford tidak dimusnahkan pada waktu perang, begitu juga pihak Jerman meminta agar Universiti Heidelberg jangan disentuh. Walaupun demikian pihak British dan Amerika telah memusnahkan bandar
Lihatlah betapa pentingnya nilai yang terletak pada status universiti. Universiti dianggap wadah peradaban bangsa. Tempat simpanan bahan-bahan ilmu kemanusiaan. Sehingga waktu perang pun tempat ini dianggap tempat suci yang tidak boleh dimusnahkan.
Hari ini, hampir seluruh dunia, universiti dipaksa memilih atau menurut respons ke arah globalisasi dan mengutamakan teknologi informasi.
Istilah-istilah seperti kampus pengajaran dan penyelidikan dan kampus elektronik sering kita dengar. Tidak kurang, universiti mesti menumpukan kepada jaminan kualiti, kecekapan pengurusan dan relevansi pasaran.
Kebanyakan universiti di negara ini telah melakukannya. Apakah tingkat kelajuan perubahan dilakukan oleh universiti di negara ini sesuai dengan mentaliti pekerja di dalamnya adalah kurang pasti.
Universiti hari ini sudah menjadi ‘supercomplexity’, ‘unpredictability’ dan ‘contestability’.
Apa pun istilah dipakai, kita memahami bahawa universiti biar sekecil mana sekalipun jumlah pelajarnya, sudah pasti menghadapi cabaran global. Universiti mesti menyahut cabaran ini. Universiti bukan sekadar menjadi hamba pengabdian kepada ilmu, tetapi menjadi wadah aktiviti moral.
Universiti adalah wadah penyemai budaya; cermin nilai masyarakat; wadah penyemai pembelajaran seumur hidup; mempertahankan moral utamanya, iaitu mendidik.
Universiti tidak boleh dianggap sebagai kilang mengeluarkan pekerja. Universiti sebaiknya bebas daripada ideologi dan tekanan politik.
Universiti mesti menjadi wadah untuk menerima apa saja kegiatan yang berbau dan menyangkut keilmuan dan intelektual. Dan universiti juga adalah tempat mengasah lahirnya pemimpin. Inilah peranan universiti.
Di Malaysia sudah banyak universiti dibangunkan, baik universiti awam atau universiti swasta. Universiti mana pun di negara ini mesti mempunyai tujuan yang sama. Sama seperti universiti lain di dunia. Cuma skop dan tanggungjawab berbeza tetapi tugas tetap sama. Dunia hari ini cepat berubah, maka mahu tidak mahu pengurusan di dalam universiti mesti turut berubah. Perubahan di negara lain turut memberi kesan pada negara kita.
Cabaran-cabaran ini mesti diterima, dan ditangani dengan saksama agar perkembangannya tetap teratur dan tersusun. Di dalam hidup ini juga seperti kata Allahyarham Hamka, “setiap kali kita bangun di pagi hari pada esoknya, merenung matahari pagi, kita akan tetap menghadapi dengan cabaran.”
Baru-baru ini Perdana Menteri
RMK-9 amat penting untuk dijayakan sepenuhnya supaya generasi akan datang, iaitu anak cucu keturunan kita dapat menikmati kemakmuran daripada kedudukan
Sesungguhnya tujuan RMK-9 dan Wawasan 2020 bukan semata-mata untuk membina bangunan-bangunan, struktur- struktur atau pencapaian teknologi tinggi tetapi adalah pada akhirnya terletak kepada pembentukan jiwa rakyat yang bersifat maju. Timbalan Perdana Menteri juga menegaskan kerajaan tetap memberi jaminan bahawa bumiputera yang masih ketinggalan akan terus diperkasa dan dibela.
Baru-baru ini ada kenyataan menyebut kerajaan akan menghantar pensyarah dari universiti awam ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke luar negara dari sekarang hingga tahun 2015 dan diharapkan universiti awam akan mempunyai 75 peratus pensyarah berkelulusan PhD. Kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM16 bilion dalam (RMK-9).
Mentaliti, sikap dan daya fikir rakyat
Belia hari ini memikul tanggungjawab yang cukup berat. Belia ada merupakan pewaris negara yang akan mengurus negara ini. Seperti kata Imam Al-Ghazali, “Belia hari ini adalah cermin kepimpinan masa depan, kalau belia hari ini rosak akhlaknya dan mengabaikan tanggungjawabnya maka hancurlah masyarakat akan datang”. Di bahu belia terpikul tanggungjawab ini.
Kalau di negara lain mereka mempunyai
Kemudian muncul universiti-universiti swasta yang berlumba-lumba mencari nama di mata masyarakat, yang turut mempunyai hasrat dan tujuan komersial semata-mata. Ini yang ditakuti.
Kalau universiti awam di negara ini diibarat seperti manusia maka tingkat kematangannya sudah jauh dijangkau, pengalaman sudah terlalu banyak ditimba. Universiti ini adalah “acuan pembentuk” generasi bangsa kita – bangsa
Kemajuan untuk mencapai taraf dunia bukan dapat dicapai dalam sekelip mata. Universiti-universiti terkemuka di dunia yang disebut sebelum ini tidak di dalam sekelip mata dapat mencapai taraf dunia.
Pengurusan di dalam universiti yang mesti bekerja kuat untuk mencapai tahap tersebut. Kualiti pendidikan dan pengurusan mesti berjalan seiring.
- PROF. DR. BUKHORY ISMAIL - pensyarah Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ulasan : Tulisan yang sangat baik dijadikan renungan bersama oleh kita semua. Universiti tempatan perlu mengelakkan berlakunya begitu banyak campur tangan politik sehingga akhirnya kualiti universiti jatuh merudum.
1 ulasan:
Dr Bukhory sememangnya seorang bijak dalam memberi pendapat dan nasihat. Sebagai anak muridnya, saya sangat bersetuju dgn beliau. Paling penting nilai ilmu yang dibekalkan oleh universiti kepada pelajar hendaklah sejajar dengan keperluan global.
Catat Ulasan