Khamis, 6 Disember 2007

Macam-macam ragam 13

PUTRAJAYA 5 Dis. – Datuk Abdul Hamid Mohamad dilantik sebagai Ketua Hakim Negara manakala Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi menggantikannya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan Abdul Hamid, 65, berkuat kuasa 1 November lalu, sementara tarikh kuat kuasa pelantikan Zaki, 62, pula akan ditetapkan kemudian.

Beliau berkata, pelantikan tersebut dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. ‘‘Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja berkenan melantik Datuk Abdul Hamid Mohamad, Presiden Mahkamah Rayuan, sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa 1 November lalu,’’ katanya.

Menurut Perdana Menteri, Mahkamah Persekutuan sedang berurusan dengan Istana Negara untuk menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan kepada kedua-dua hakim kanan itu.
“Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia oleh kedua-dua hakim kanan tersebut akan dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Agong kelak,” katanya. Utusan Malaysia difahamkan majlis itu akan diadakan pada 11 Disember ini.

PUTRAJAYA 5 Dis. – Majlis Peguam Malaysia yang terkejut dengan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi bagi mengisi jawatan kedua tertinggi badan kehakiman iaitu sebagai Presiden Mahkamah Rayuan berharap era baru akan muncul yang menyaksikan kerjasama antara badan kehakiman dan guaman dalam mengukuhkan pelaksanaan keadilan di negara ini.

Presidennya, Ambiga Sreenevasan berkata, Majlis Peguam terkejut dengan pemilihan Zaki mengisi jawatan itu memandangkan beliau baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan ada calon lain yang layak mengikut tahap kekananan dan khidmat kepada badan kehakiman.

Selain itu, katanya, Majlis Peguam juga khuatir dengan penglibatan Zaki dalam beberapa perniagaan dan pembabitannya dalam parti UMNO. Bagaimanapun, beliau percaya perasaan itu akan terhapus dengan pelaksanaan keadilan yang penuh integriti oleh hakim berkenaan kelak.
‘‘Kami percaya kekhuatiran ini bakal terhapus apabila Hakim Zaki memperlihatkan integriti dan pelaksanaan tugas kehakiman yang cemerlang kelak. Masyarakat perlu diyakinkan bahawa badan kehakiman adalah bebas daripada sekutu atau ikatan dan tiada cacat cela dalam segala aspek.

‘‘Badan kehakiman tidak boleh kembali kepada masa silam yang menyaksikan kewujudan tanggapan tentang adanya pengaruh-pengaruh yang tidak dapat diterima dalam sistem keadilan,” kata Ambiga dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ulasan : Ternyata pelantikan ini diharapkan mengembalikan integriti badan kehakiman. Namun pelantikanTan Sri Zaki Tun Azmi masih dipertikai lantaran kepentingannya bersama pemerintah.

BENTONG 5 Dis. – Seorang adik menteri Kabinet bersama rakannya, seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Tertuduh, Chan Kwong Loy, 44, adik Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, didakwa bersama Liang Tat Cheong, 40, memiliki satu paket plastik berisi serbuk berwarna putih disyaki ketamin yang dianggarkan berat kasar satu gram. Paket plastik berkenaan ditemui dalam satu sampul surat berwarna merah di atas tilam di sebuah rumah No. 532 Kampung Perting di sini kira-kira pukul 1 tengah hari, Isnin lalu.


Kwong Loy merupakan pengurus operasi sebuah syarikat di Kuala Lumpur dan Tat Cheong, didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali.
Bagi tuduhan kedua, Kwong Loy yang beralamat di apartmen Gohtong Jaya, Genting Highlands dan rakannya itu didakwa memiliki dua paket plastik berisi serbuk/ketulan kristal jernih disyaki syabu dianggarkan berat kasar dua gram.


Paket plastik berkenaan dijumpai bersama kad pengenalan milik Kwong Loy dalam sebuah beg berwarna hitam di bilik rumah terbabit semasa polis melakukan pemeriksaan. Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada waktu dan tempat yang sama serta didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama. Pegawai pendakwa, Cif Inspektor Aiman Fikri Abdullah bertindak mengendalikan pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Saranpal Singh Gill. Majistret Mohd. Rosly Mohamed Nawi menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin bagi tuduhan pertama manakala RM3,000 bagi tuduhan kedua.Kedua-dua tertuduh membayar wang ikat jamin tersebut.

Ulasan : Susah juga menjadi VVIP. Apa sahaja yang berkaitan dengannya akan disabitkan. Apalagi yang berkaitan itu perkara yang boleh menjatuhkan aib dan maruah seperti kes di atas.

LANGKAWI 5 Dis. – Syarikat penerbangan tambang murah terbesar Asia Tenggara, AirAsia Bhd. (AirAsia), hari ini menempah 25 pesawat Airbus A320, dengan pilihan untuk menempah 25 pesawat lagi pada pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007.


Tempahan itu akan meletakkan kumpulan itu - Malaysia AirAsia, Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia sebagai pengendali A320 terbesar di dunia, dengan 175 tempahan dan 50 pilihan pembelian, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu, Datuk Tony Fernandes. “Pembelian ini satu langkah penting bagi AirAsia kerana ia menandakan perancangan peluasan laluan yang agresif kami pada masa depan sejajar dengan pertumbuhan lalu lintas kami sepanjang beberapa dekad akan datang.


“Pesawat tambahan itu akan digunakan untuk menambah kekerapan di seluruh rangkaian laluan kami, memperkenalkan laluan baru dan menggantikan secara beransur-ansur kumpulan pesawat Boeing 737 sekarang di Thailand dan Indonesia,” katanya. Beliau dan Ketua Pegawai Operasi (Pelanggan) Airbus John Leahy menandatangani kontrak yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Fernandes berkata, penghantaran tempahan baru itu akan dibuat selepas 2013. AirAsia membuat tempahan asal untuk membeli 60 pesawat A320 pada Mac 2005, dengan tempahan semula untuk tambahan 40 pesawat pada Julai 2006 dan untuk membeli 50 lagi pesawat pada Januari tahun ini. Pesawat Airbus pertama diserahkan kepada AirAsia pada Disember 2005 dan kini ia mengendalikan 31 pesawat A320 bagi pasaran domestik dan juga serantau.

Ulasan : AirAsia perlu baiki perkhidmatannya. Pesawat yang selalu retimed. Ditambah caj bagasi yang akan dikenakan mulai tahun depan, seakan tidak membantu rakyat yang semakin terbeban dengan kenaikan pelbagai barang dan kos perkhidmatan.

PORTLAND 5 Dis. – Pasukan Pengawal Kebangsaan telah memindahkan mangsa-mangsa banjir di sebuah bandar kecil di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) selepas kawasan barat laut di negara itu di landa ribut kencang yang mengorbankan lima nyawa.


Jurucakap Pasukan Pengawal Udara Oregon, Mejar Mike Braibish semalamberkata, ribut itu yang mengganas sejak kelmarin, telah membawa bersama-sama angin kencang dan hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa ratus buah rumah dinaiki air, pokok-pokok tumbang dan jalan-jalan utama tersekat.


Braibish berkata, rakit-rakit getah telah digunakan untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir di bandar Vernonia, yang terletak di tebing Sungai Nehalem kira-kira 56 kilometer ke barat laut Portland di negeri Oregon.


Beliau menambah bahawa bandar Vernonia, yang mempunyai kira-kira 2,300 penduduk, telah terputus hubungan apabila jalan-jalan utamanya tersekat akibat tanah runtuh.Ribut berkenaan juga menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk bergelap apabila bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan, katanyaGabenor negeri Washington dan Oregon telah mengisytiharkan keadaan darurat bagi mempercepatkan usaha-usaha pemulihan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Ulasan : Mungkin ianya ingatan Allah buat mereka. Asas kepada bala Allah apabila alam dikhianati dan Allah diderhakai.

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Petroliam Nasional Bhd. (Petrons) mtenca atkaunu ueuntngan sebelum cukai sebanyak RM42.6 bilion untuk tempoh enam bulan tahun kewangan berakhir 30 September 2007 berbanding RM40.1 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu, naik 6.2 peratus.
Petronas dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pendapatan syarikat itu bertambah kepada RM102.9 bilion, meningkat sebanyak 15.8 peratus, daripada RM88.9 bilion pada tahun lalu.


Menurut Petronas, keuntungan bersih juga melonjak sebanyak 7.7 peratus kepada RM26.6 bilion berbanding RM24.7 bilion. Jumlah aset syarikat petroleum negara itu juga naik kepada RM309.6 bilion, kenaikan sebanyak 7.3 peratus berbanding RM288.5 bilion sepanjang tempoh tersebut, katanya. Petronas berkata, jumlah simpanan minyak mentah negara juga meningkat kepada 20.18 bilion tong berbanding 19.91 bilion tong pada tempoh yang sama.


Jumlah simpanan minyak antarabangsa Petronas juga naik kepada 6.31 bilion tong dalam tempoh enam bulan berakhir 30 September lalu berbanding 5.94 bilion tong pada tempoh yang sama 2006. Jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan simpanan minyak Petronas meningkat kepada 26.49 bilion tong berbanding 25.85 bilion tong.


Katanya, jumlah pengeluaran minyak Malaysia mencatatkan peningkatan kepada 1.603 juta tong setiap hari berbanding 1.550 juta tong sehari. Jumlah agihan Petronas Malaysia pula adalah 1.146 juta tong berbanding 1.091 juta tong pada tempoh yang sama tahun lalu.


Pengeluaran antarabangsa Petronas naik kepada 613,100 juta tong berbanding 538,500 juta tong, tambah Petronas. Pengeluaran keseluruhan Petronas juga meningkat kepada 1.759 juta tong berbanding dengan 1.63 juta tong. Dana pemegang sahamnya bertambah sebanyak 13.1 peratus kepada RM178.2 bilion daripada RM157.6 bilion.

Ulasan : Petronas untung lagi dan diharap keuntungan ini dikongsi bersama dengan seluruh rakyat Malaysia. Janganlah harga minyak dinaikkan!

PUTRAJAYA 5 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Talian Nur yang berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga.

Talian 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu difokuskan kepada mereka yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Ia akan beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan dibuka sepanjang tahun dengan 29 kakitangan telah ditugaskan untuk mengendalikan talian hayat itu yang beroperasi dari Kuala Lumpur.

Dalam ucapan pelancarannya, Abdullah berpesan jangan ada pihak yang membuat panggilan palsu melalui talian berkenaan kerana Talian Nur amat penting dan bernilai kepada mereka yang memerlukan bantuan.

“Saya berharap tidak ada mana -mana kumpulan nakal yang akan membuat panggilan palsu kerana kalau dibiarkan perbuatan nakal itu akan menjadi perbuatan jahat dan ia tidak baik. “Pada masa yang sama, talian itu perlu sentiasa berfungsi dan tidak terputus manakala kakitangan yang akan menyambut panggilan pula perlu aktif serta mengangkat panggilan dengan segera,” katanya pada majlis pelancaran talian itu di sini hari ini.
Ulasan : Kanak-kanak yang didera perlu diberi pembelaan. Harap talian ini berfungsi dengan baik.

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Jabatan Meteorologi memberi amaran kepada penduduk di selatan Pahang dan Johor supaya berjaga-jaga berikutan ramalan hujan lebat selama tiga hari bermula hari ini.

Pagi ini, jabatan itu mengeluarkan amaran peringkat jingga merujuk kepada hujan monsun sederhana yang akan melanda kawasan itu untuk beberapa hari akan datang. Menjelang pukul 7 malam, amaran itu ditingkatkan kepada peringkat merah yang bermaksud hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat.

Timbalan Ketua Pengarah (Ramalan) Jabatan Meteorologi, Che Gayah Ismail berkata, fenomena itu berpunca daripada perubahan aliran angin monsun timur laut yang menghala dari utara ke selatan Semenanjung.

Menurutnya, akibat perubahan aliran angin itu, banjir mungkin berlaku di kawasan rendah dan tebing sungai. ‘‘Hujan lebat berkenaan boleh menyebabkan bencana banjir, namun ia mungkin tidak seteruk seperti tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ulasan : Kepada penduduk di kawasan berkenaan, harap dapat bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

BAITULMAQDIS 5 Dis. – Pemimpin Israel dikutuk kerana cuba menghancurkan proses damai yang baru dilancarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), George minggu lalu. Rejim Yahudi itu dikutuk selepas mendedahkan rancangannya membina ratusan rumah baru di kawasan sekitar Baitulmaqdis.

“Rancangan ini satu percubaan untuk menghalang rundingan,” kata ketua perunding Palestin, Ahmed Qorei semalam. Kementerian Perumahan Israel sebelum itu mengumumkan, kerajaan telah mempelawa firma pembinaan untuk mengemukakan tender bagi membina kira-kira 300 buah rumah dan kedai di kawasan yang dikenali sebagai Har Homa oleh Israel dan Abu Ghneim oleh Palestin di Baitulmaqdis.

Ahmed menggesa Washington campur tangan untuk menyekat rancangan tersebut. “Tindakan ini terang-terangan mencabuli segala persetujuan di Annapolis. “Kami menuntut Israel membatalkan keputusan ini kerana tidak akan wujud proses damai jika mereka meneruskan aktiviti pembinaan kawasan penempatan Yahudi,” kata Ahmed.

Perbalahan terbuka itu adalah pertama antara Israel dengan Palestin sejak Bush mendapat persetujuan kedua-dua pihak bagi melancarkan semula rundingan damai rasmi di Annapolis, Maryland minggu lepas. Bush telah menyumbangkan banyak tenaganya sendiri untuk memajukan proses damai sebelum beliau berundur dari White House dalam masa setahun.
Ulasan : Israel pembohong dan pengkhianat besar, manakala US hanya tersenyum melihat perlakuan Israel, sambil pimpinan Palestin masih terus mengharap belas ihsan Washington yang sememangnya tak boleh diharap !

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude