Sindiket antarabangsa taburkan kemewahan sebelum mangsa diminta lakukan 'tugas khas'
SEPANJANG tahun ini, 32 gadis dan wanita tempatan ditahan di luar negara kerana menyeludup dadah, kebanyakannya di Amerika Latin, Australia, China, Jepun serta Trinidad dan Tobago. Difahamkan, sebahagian besar mangsa sedar mereka diperalatkan sebagai penyeludup dadah, namun berani menanggung risiko itu semata-mata mahu mendapatkan kemewahan segera. Ini sekali gus memberi imej buruk kepada negara konon sebagai pusat merekrut penyeludup dadah ant arabangsa. Wartawan, HARDI EFFEN DI YAACOB dan NAHAR TAJRI menemubual Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin mengenai isu ini.
BAGAIMANA Datuk melihat masalah wanita dan gadis tempatan, termasuk pelajar universiti dan kolej di negara ini yang diperdayakan sindiket antarabangsa sebagai kurier atau pembawa dadah di luar negara?
Ini masalah serius yang memerlukan perhatian dan kesedaran semua pihak, terutama kalangan wanita dan gadis kita, termasuk ibu bapa. Sejak awal 2006, kita mengesan kewujudan trend sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menjadikan gadis dan wanita tempatan sebagai penyeludup barang terlarang, sama ada dari
Berapa banyak sindiket yang dikesan beroperasi di
Daripada maklumat risikan, ada dua sindiket antarabangsa bergiat aktif merekrut gadis dan wanita tempatan sebagai penyeludup dadah ketika ini. Kedua-duanya dikenal pasti didalangi warga Afrika, yang kita percaya dari
Daripada pengamatan Datuk dan laporan yang diterima sebelum ini, apakah punca sebenar wanita dan gadis ini mudah terpedaya dengan kegiatan ini?
Sebab utama mereka melakukannya ialah mendapat wang dengan mudah. Kebanyakan gadis dan wanita ini menganggap kerja membawa 'barang' keluar masuk dari sesebuah negara satu pekerjaan mudah. Mereka turut mengambil kesempatan ini untuk melancong ke luar negara secara percuma, lebih-lebih lagi turut diberikan wang saku AS$500 (RM1,700) dan disediakan kemudahan penginapan. Apabila berada di luar negara, anggota sindiket turut membawa mereka berhibur di pusat hiburan. Faktor lain, mereka melakukannya demi cinta. Kebanyakan mangsa rela diperalatkan anggota sindiket yang sudah menjadi teman lelaki mereka. Mangsa terjebak jauh dengan menjalinkan hubungan sulit dengan anggota sindiket, yang turut menjanjikan mereka pelbagai kemewahan hingga 'gelap mata.' Sikap mangsa yang mudah percaya bahawa membawa masuk dadah ke negara luar tidak menjadi satu kesalahan. Malah, mereka juga percaya pekerjaan itu menjanjikan pulangan lumayan, sedangkan media banyak menyiarkan berita mengenai kegiatan kumpulan sindiket lagak kasanova ini.
Apakah mangsa benar-benar diperdayakan seperti didakwa dalam akhbar atau sebaliknya menyedari diri mereka diperalatkan oleh sindiket terbabit, tetapi tetap melakukannya disebabkan unsur berkaitan seperti atas dasar cinta dan mahu mendapatkan kemewahan dengan cara mudah?
Daripada maklumat risikan, kebanyakan mangsa dalam kes ini sebenarnya tahu pemergian mereka ke luar negara untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Bagaimanapun, kebanyakan mangsa menyatakan pemergian mereka itu adalah untuk melancong sambil membawa masuk 'gold dust' yang sebenarnya dadah.
Kebanyakan wanita dan gadis ini ditahan di negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah. Bagaimana pandangan Datuk?
Memang benar kebanyakan wanita dan gadis terbabit ditahan di negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah. Negara yang memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan itu adalah dari Blok Asia, termasuk Asia Timur dan Asia Tengah. Manakala, negara Blok Barat seperti Eropah, Amerika, Australia, New Zealand dan Amerika Latin, selain Afrika tidak memperuntukkan hukuman mati kerana berpendapat ia bertentangan dengan hak asasi manusia. Kadangkala kita menghadapi kesukaran mendapatkan maklumat lanjut mengenai butiran penahanan rakyat kita di
Berdasarkan statistik, kaum manakah yang paling ramai terpedaya dengan kegiatan ini, begitu juga lingkungan umur dan jenis pekerjaan sebenar mereka?
Mereka yang paling ramai terbabit dalam kegiatan ini adalah Melayu, diikuti Cina dan
Datuk berpengalaman dalam hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang narkotik. Pada pandangan Datuk dan siasatan sebelum ini, bagaimana sindiket ini beroperasi hingga memperdayakan wanita dan gadis terbabit?
Anggota sindiket ini menggunakan taktik chatting di internet, yang pada mulanya mereka akan menjadi rakan untuk berbual dengan gadis atau wanita di Malaysia. Selepas berjaya meyakinkan mereka, anggota sindiket akan mengadakan pertemuan dengan sasaran mangsa, termasuk membuatkan mereka jatuh hati. Dalam tempoh berkawan dan bercinta, gadis dan wanita ini akan dimanjakan dengan pelbagai kemewahan, malah sanggup mengambil dan menghantar mereka dari rumah ke tempat kerja atau pusat pengajian. Kebanyakan gadis dan wanita yang menjadi sasaran sindiket adalah mereka yang mudah dipujuk rayu, selain memerlukan sumber kewangan dan menghadapi masalah keluarga.
Apakah mangsa boleh dibantu dari segi perundangan atau hubungan diplomasi jika benar mereka teraniaya?
Perlu diingatkan, setiap negara mempunyai undang-undang sendiri. Kita mesti menghormati kedaulatan undang-undang negara itu. Begitu juga sebaliknya. Jadi, apabila gadis dan wanita tempatan yang ditangkap di luar negara atas kesalahan dadah tidak banyak yang pihak kita dapat bantu kerana peruntukan undang-undang sesebuah negara luar tidak sama dengan
Kepada wanita dan gadis tempatan, boleh Datuk berikan pesanan supaya mereka tidak terpedaya dengan kegiatan sindiket pengedaran dadah di negara ini?
Kita minta mereka tidak mudah terpedaya dengan tawaran melancong ke luar negara secara percuma, selain tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan pulangan lumayan. Kita perlu fikirkan baik buruk tawaran itu walaupun datang daripada kawan. Jika difikirkan secara logik, mana ada individu atau syarikat yang boleh menawarkan pakej pelancongan secara percuma ke luar negara, terutama ke Amerika dan Eropah sedangkan ia membabitkan perbelanjaan tinggi. Cubalah berprasangka dan kaji dengan mendalam sesuatu tawaran yang diterima. Jangan tamak dan cepat mahu kaya cara mudah. Tiada perkara percuma dalam dunia ini.
Jenis dadah yang biasa diseludup wanita dan gadis yang diperdayakan sindiket berkenaan, dan apa sebabnya dadah jenis itu menjadi pilihan?
Bagi pasaran
Negara manakah yang menjadi tumpuan penyeludupan dadah oleh sindiket yang memperalatkan wanita dan gadis tempatan ini?
Seperti yang disebutkan tadi, negara yang menjadi tumpuan sindiket ialah China, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Australia bagi dadah sintetik, manakala Amerika Latin menjadi tumpuan bagi pengedaran dadah jenis konvensional, terutama kokain berikutan permintaan tinggi di kalangan penagih di rantau itu.
Bagaimana dadah ini diseludup oleh pembawa dadah terbabit?
Biasanya, ia diseludup dalam bentuk makanan seperti biskut dan kek. Bagaimanapun, ada ketikanya ia disorokkan di tempat khas yang diubah suai dalam beg pakaian, bingkai gambar dan pakaian dalam gadis atau wanita terbabit, kononnya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, terutama di lapangan terbang. Bagaimanapun, saya percaya pihak berkuasa di luar negara mempunyai peralatan, selain kepakaran dan pengalaman untuk mengesan dadah berkenaan walaupun penyeludup menggunakan apa cara sekalipun untuk menyembunyikannya.
Bagi Datuk, bagaimana perkara ini boleh diatasi dan apakah undang-undang dadah sedia ada cukup berkesan membendung penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini?
Seperti umum sedia maklum, undang-undang dadah di negara kita memperuntukkan hukuman berat terhadap pengedar dadah. Undang-undang kita cukup lengkap dan komprehensif, malah ia bukan satu isu yang perlu dipertikaikan. Kesedaran individu dan masyarakat serta pengisian rohani memainkan peranan penting untuk menghindarkan diri daripada terjebak dalam kancah penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Di samping itu, ibu bapa harus memainkan peranan, malah mereka kunci utama kepada proses didikan yang bermula dari rumah. Justeru, ibu bapa perlu sentiasa mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak. Walaupun anak-anak memberitahu mereka mereka mengikuti program anjuran kolej atau universiti, ada kemungkinan mereka terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang. Jika perlu, hubungilah pihak kolej atau universiti bagi mendapatkan kesahihan mengenai program yang dianjurkan itu. Polis juga sedang berusaha mengenal pasti sindiket terbabit, selain bekerjasama dengan pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya. Kebanyakan ahli sindiket mempunyai dokumen perjalanan sah, dan tidak melakukan kesalahan jenayah lain. Apa yang mereka lakukan cuma memujuk gadis dan wanita tempatan yang secara sukarela ke luar negara, manakala kesalahan penyeludupan dadah itu juga dilakukan mereka di luar negara.
Apakah nasihat Datuk kepada gadis atau wanita yang belum atau pernah menjadi mangsa?
Kepada semua gadis dan wanita di negara ini, saya nasihatkan jangan mudah percaya pada orang asing hingga sanggup menyerahkan segalanya demi cinta, selain mahu menikmati kemewahan dengan mudah. Jangan biarkan diri anda diperalatkan. Kepada mereka yang pernah menjadi mangsa, kita minta kerjasama mereka tampil memberi maklumat serta membuat pengecaman gambar terhadap beberapa suspek yang sudah kita kenal pasti. Ini dapat membantu siasatan polis dengan lebih berkesan, selain usaha memerangi sindiket ini hingga ke peringkat akar umbi. Yang penting sekali, kerjasama mereka dapat membantu polis menyelamatkan lebih ramai gadis dan wanita tempatan daripada menjadi mangsa sindiket itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan