Isnin, 10 Disember 2007

Konsert Jom Heboh menghancurkan jati diri ummah !


Salam buat pembaca budiman sekalian. Seakan tidak tertanggung lagi perasaan ini untuk meluaskan ketidakpuashatian terhadap pengajuran konsert demi konsert di negara kita. Yang terkini, malam tadi berlangsung Konsert Jom Heboh yang terakhir yang diadakan di Shah Alam. Artis seperti Mawi, Ella, Ramlah Ram, Ruffedge, Hattan, Noryn adalah antara yang dijemput untuk menghiburkan penonton.

Nampaknya, di kala kita bergelut untuk memulihkan ketelusan sistem pilihanraya dengan himpuan BERSIH baru-baru ini, sehingga beberapa pimpinan BERSIH ditangkap, rakyat teramai terus dihidangkan dengan hiburan untuk menimbulkan rasa tidak pedulisme(rujuk www.saifulislam.com).

Diharap pihak pemerintah tidak sewenang-wenangnya menidakkan hak rakyat untuk memastikan sistem pilihanraya benar-benar bersih dan bebas dari sebarang penipuan. Siri tangkapan yang dibuat semalam - 9 Disember, yang melibatkan peguam dan aktivis BERSIH adalah suatu yang amat malang, di kala kita mewar-warkan kitalah juara demokrasi berparlimen.

Saya berharap agar sama-sama kita solat hajat memohon kepada Allah, agar keadilan dan kebenaran kembali tertegak dalam negara yang kita cintai ini.

(Link utk tayangan Konsert Jom Heboh malam tadi-9 Disember 07 :

http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=313&ShowID=310&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=10079&VideoID=5495


10 Disember 2007, 30 Zulkaedah 1428 Hijrah,
1.47 ptg, Malaysia Timur.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude