Rabu, 5 Disember 2007

Fenomena Hiburan di Malaysia

TEGURAN juri yang mengatakan Azman Adnan menari seperti kayu atau kaku, sedikit pun tidak meninggalkan kesan pada bekas pemain bola sepak kebangsaan itu.

Sebaliknya, suami kepada penyanyi As dari kumpulan Feminin itu menerima segala kritikan dan teguran dengan hati terbuka.

Jelas Azman, dia adalah seorang yang berfikiran terbuka dan tidak pernah berkecil hati dengan teguran daripada Linda Jasmine dan Fathee Abdullah kerana apa yang dikatakan adalah benar.

“Saya adalah seorang yang realistik dan menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Mereka kata saya menari seperti kayu, saya tidak marah kerana ia benar. Saya akui saya bukanlah penari yang baik kerana ini bukan kepakaran saya.

“Apa pun selama tempoh empat minggu saya dan isteri telah cuba memberikan yang terbaik. Paling menggembirakan saya, isteri sentiasa memberi dorongan biarpun dia tahu saya tidak pandai menari,” katanya pada media selepas pengumuman penyingkirannya dan isteri.

Pasangan yang mewakili Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) telah berjaya mengumpul wang RM4,000 untuk diberikan kepada persatuan tersebut.

Azman dan As merupakan pasangan ketiga tersingkir daripada program televisyen (TV) realiti Astro Ria Sehati Berdansa selepas Radhi OAG bersama Lin Sharif dan penyanyi Haiza yang berdansa dengan suami, Hanafpe.

Jelas As, dia tidak kecewa dengan penyingkiran mereka kerana pada malam persembahan lagi perasaan akan tersingkir sudah dirasai.

“Walaupun kami hanya berpeluang sampai ke minggu keempat sahaja tapi saya bangga dengan suami kerana dia sentiasa membuat yang terbaik.

“Pada malam persembahan, saya sudah dapat rasa tidak ada harapan lagi kerana ketika menari dengan muzik sahaja pun dia tidak dapat ikut. Ini pula dengan iringan penyanyi. Apa pun saya gembira kerana sejak menyertai Sehati Berdansa, dia tampak lebih penyayang dan senang dibawa berbincang,” katanya terus terang.


Ulasan : Satu demi satu program hiburan ditonjolkan. Yang terkini, di Astro ; Sehati Berdansa yang melibatkan artis yang telah berkahwin akan menari dengan pasangan masing-masing dengan tujuan untuk membantu anak yatim. Saya tak pasti adakah niat yang baik boleh menghalalkan cara, tetapi walaupun ia melibatkan suami isteri-alangkah baiknya kemesraan itu tidak terlalu ditonjolkan, apalagi menari bersama di khalayak ramai. Mungkin penggiat seni di negara telah pupus idea untuk mereka bentuk program baru?


Artis lama sememangnya diketahui semakin sukar mendapat undangan untuk acara-acara hiburan memandangkan mereka sudah lama tidakm menghasilkan album baru dan semakin kurang dikenali oleh generasi baru.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak berlaku kepada Khadijah Ibrahim atau Kathy kerana walaupun telah lama tidak menghasilkan album baru, dia masih tetap mendapat undangan mengadakan persembahan untuk majlis korporat.

Terbaru, penyanyi tinggi lampai itu diberi penghormatan mengadakan showcase sempena sambutan Krismas di Sunway Resort Hotel & Spa’s Avanti Italian-American Ristorante, Petaling Jaya.

Persembahan Coming Home for Christmas with Kathy Ibrahim itu akan diadakan pada 24 Disember ini bermula pada pukul 7 hingga 10.30 malam.

Menurut Kathy, sepanjang persembahan, dia akan diiringi dengan petikan piano oleh Richard Gomez yang merupakan anggota kumpulan Freedom. Sementara penyanyi latarnya ialah kumpulan Situasi yang dianggotai oleh anaknya, Siti Hajar serta anak-anak saudaranya, Nelly dan Rohani.

“Pada malam itu nanti, saya akan menyanyikan lagu-lagu popular yang berkaitan dengan sambutan Hari Natal. Semua yang datang nak gembira, jadi lagu-lagunya pasti ceria.

“Selain mendendangkan lagu-lagu Inggeris, saya juga akan menyanyikan lagu-lagu hits saya serta memenuhi permintaan penonton. Kalau ikut durasi persembahan saya adalah satu jam lebih. Saya tidak kisah berapa lama, asal penonton terhibur,” katanya yang ditemui pada majlis sidang akhbar, baru-baru ini.

Ujar Kathy, ini bukanlah persembahannya yang pertama di sini. Malah tiga tahun lalu dia pernah menjayakan Hari Ibu dan sambutannya amat menggalakkan.

Dia yang sudah 30 tahun membabitkan diri dalam bidang seni berkata, menjayakan persembahan untuk korporat berbeza dengan umum.

“Untuk persembahan orang ramai, saya perlu banyak latihan kerana yang datang terdiri daripada pelbagai lapisan penonton. Kalau korporat, kita tahu golongan penonton macam mana.

“Persembahan di tempat tertutup lebih mendekatkan penyanyi dengan penonton dan sebab itulah saya perlu tahu siapa audiens,” jelasnya yang sudah berpengalaman luas itu.

Ulasan : Saya tidak pasti samada pihak berkuasa memantau perkara ini. Menyanyikan lagu sempenan perayaan Krismas oleh seorang Muslimah, boleh menjejaskan aqidah. Mungkin ada komen dari pembaca?



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salaaam alaikum w.b.t..... apa kabar ya akhi? Thanx for ziarah n ana ziarah balik nii hehe. I will put ur link at my blog, keep up the nice work bro!! Baarokallahulakum

c u :)

http://hikmatun.wordpress.com

iskandar zulkarnain berkata...

sama-sama syeikh. terus memblog kerana Allah

Tanpa Nama berkata...

ana pinjam anta punyer entry ni untuk diskusi dalam blog ana yek..

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude