Sabtu, 10 November 2007

Selamatkan Generasi Muda


KUALA LUMPUR: Di sebalik kemerdekaan negara selama 48 tahun, ada penduduk di negara ini terutama generasi muda yang masih belum memenuhi takrif merdeka menurut Islam, kata Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid.



Beliau berharap pihak berkenaan menghayati semangat itu mengikut acuan Islam bagi mengelakkan masyarakat terus terjajah minda oleh idealisme asing yang menyusup menerusi satelit, internet dan media, tanpa disedari.“Sehingga hari ini, kita melihat penjajahan minda masih dominan dalam pemikiran anak muda sekarang. Tidak sayukah hati kita apabila melihat anak muda berpeluk dan bercium dalam rancangan hiburan yang disiarkan secara terus?” katanya sebelum merasmikan Seminar Islam Hadhari - Kefahaman Mengenai Rakyat Berjiwa Merdeka, di sini, semalam.



Beliau berkata, kefahaman dan erti sebenar kemerdekaan itu diharap dapat diperjelaskan menerusi seminar dua hari anjuran IKIM di Dewan Besar IKIM, di sini, bermula semalam. Ahmad Sarji berkata, kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin.“Umat yang merdeka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW,” katanya.



Beliau berkata, erti sebenar kemerdekaan bagi generasi muda pada masa kini semakin luntur serta tidak dihargai dan ia terbukti apabila berlakunya pelbagai kes membabitkan golongan itu seperti buli dan samseng selain lumba haram.“Erti kemerdekaan berbeza bagi setiap orang, bagi golongan veteran yang berjuang dengan darah dan air mata, ia sesuatu amat berharga apabila dapat bebas daripada penjajah tapi bagi golongan muda, mereka menganggap ia sebagai hari cuti umum,” katanya. Selain itu, Ahmad Sarji berharap semua pihak mempertahankan kemerdekaan negara daripada anasir jajahan kuasa besar seperti menerusi tekanan ekonomi yang terselindung di sebalik bantuan kewangan sehingga menyebabkan beberapa negara kini bergantung harap kepada pihak terbabit.


“Penjajahan pada masa sekarang datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz walaupun sebelum ini mereka datang dengan kapal dan senjata. “Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita,” katanya.

Sumber : Berita Harian 23/08/2005

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude