Jumaat, 9 November 2007

MELAYU




Sajak yang dinukilkan oleh Sasterawan Negara ini cukup istimewa bagi saya. Apa yang diceritakan tentang Melayu dari segi feel perangainya, sikapnya dan akhlaknya, terkandung dalam sajak yang bertajuk ‘Melayu’ oleh Usman Awang.

Setelah meneliti ucapan Pak Lah dalam perasmian Perhimpunan Agung Umno kelmarin yang bertemakan ‘Mengorak Keyakinan ; Meneroka Era Baru’, ternyata masih banyak sikap Melayu yang perlu diperbaiki. Melayu bukannya tidak berjaya kini. Anak Melayulah yang pertama dalam Negara bergelar angkasawan, anak Melayulah yang pertama menawan bumi Antartika anak Melayulah yang mengelilingi lautan seluruh dunia, anak Melayulah yang berbasikal merentasi 7 benua, anak Melayulah yang telah menawan puncak Everest dan pelbagai lagi kejayaan lain yang telah dicipta.

Namun persoalannya, adakah itu semua mencukupi? Orang Melayu jugalah yang menjuarai hampir setiap masalah sosial mutakhir ini! Baik penagihan dadah, seks bebas, sumbang mahram, mat dan minah rempit, pecah amanah dan rasuah ; seolah-olah ianya sinonim dengan Melayu. Kita juga ketinggalan dari sudut ekonomi. Prof Zainal Kling dari UM menyebutkan bahawa 60% golongan Melayu di luar bandar, tidak benar-benar menikmati segala pembangunan yang dirancang oleh pemerintah. Ini kerana, pembangunan yang dilaksanakan biasanya bertumpu di bandar. Semoga WPI,ECER dan NCER,tidak tinggal janji tetapi perlu dilaksana dan dikota, bahkan yang lebih penting, jangan sampai maruah negara tergadai dek tersilau dengan tawaran pihak luar, yang kononnya ingin membantu memajukan negara. Benarlah kata-kata Tengku Razaleigh Ahli Parlimen Gua Musang, adakah kita yakin perpaduan hari ini boleh kekal untuk 50 tahun akan datang?

Fenomena murtad dan gerakan Islam Liberal semakin berleluasa. Apatah lagi ia didokong oleh jaringan antarabangsa. Ia disokong oleh anak-anak perempuan pimpinan utama negara. Pluralisme agama atau jamak agama ; semua agama menuju ke syurga diwar-warkan. Kononnya, inilah konsep terbaik untuk masyarakat majmuk berbilang bangsa di negara kita. Peguam yang beragama Islam (Malik Imtiaz Sarwar)sanggup menjadi pembela kepada Lina Joy atas nama meperjuangkan kebebasan beragama. Dan siapa sangka bekas ustazah(Kamariah-juga pengikut Ayah Pin) boleh mengisyhtiharkan dirinya telah murtad? Astaghfirullah al-azim!

Lalu apalagi yang hendak kita banggakan dengan Melayu? Sebab itu Melayu tidak akan benar-benar berjaya jika tidak bertunjangkan Islam! Sesuatu bangsa mulia kerana Islam, bukan di atas nama bangsa semata-mata! Sebab itu, MB Kelantan membuat analogi mana mungkin UMNO dan PAS bergabung kerana ideologi yang berlainan ; ibarat perempuan dan lelaki yang bukan mahram.

Maka, segala titik penyelesaian kepada segala permasalahan kini perlu dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah. Mengkasi perogol bukan jalan untuk memberikan iktibar kepada masyarakat, yang kini hidup dalam bimbangkan keselamatan terancam. Al-Qur’an sebagai manual panduan hidup Muslim Mukmin, telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi saw untuk diikuti bukan diabaikan.

Hayatilah sajak di bawah, moga kita merenung, menghayati, berfikir sejenak inilah bangsaku Melayu. Adakah sanggup kita terus ’melayu’?

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka

Nukilan Usman Awang


9 November 2007, 28 Syawal 1428,

12.00 tgh malam, Malaysia Timur


Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude