Sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan hak dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan kerjasama di antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga dan masyarakat kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM.
Antara amalan harian dan prinsipnya adalah seperti berikut:-
1. Fikir, lihat, semak, fahami, tanya. Apa yang kita lakukan haruslah memberi menfaat kepada Ummah;
2. Sentiasa ingat, Umat islam adalah bersaudara. Bersatu di atas persamaan dan ketepikan perbezaan yang kecil tapi merosakkan; Umat Islam harus saling bantu membantu dan kasih mengasihi;
3. Memberi keutamaan kepada usaha membantu menjana ekonomi pengusaha Islam walaupun agak susah sedikit;
4. Amalkan sedikit pengorbanan dalam kehidupan seharian dalam membantu sesama kita walaupu mengalami kesukaran (di mana mungkin). Amalan inilah yang membawa kejayaan kepada bangsa-bangsa yang berjaya di dunia;
5. Cari produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha Islam di mana mungkin;
6. Jangan beli produk yang kotor;
7. Jangan beli produk yang syarikatnya memusuhi umat Islam, menghina atau membantu musuh Islam;
8. Cari syarikat yang "Muslim Friendly Organisation (MFO)" jika berurusan dengan syarikat. Menghormati pekerja Islam, ada surau yang baik dll;
9. Jangan beli produk yang syarikatnya TIDAK MENGHORMATI, tidak peka terhadap keperluan Islam;
10. Jangan sokong syarikat yang tidak beretika kerana kalau dulu mereka boleh menipu siapa kita nak jamin mereka tidak tipu lagi di masa akan datang!;
11. Jangan sokongan syarikat yang biasa menipu para pengguna dan umat Islam jika dapat dielakkan, seperti roti high 5 kerana banyak lagi syarikat lain seperti Roti Iman, Roti Azan atau faderal Bakery ataupun Roti Gardenia jika tiada syarikat roti 100% Islam.
Semak kembali apa yang kita beli seharian dan adakah kita dalam usaha membantu menjanan ekonomi atau tidak. Teliti pembelian rempah, sos, restoran, mee, kopi, insurans, minyak masak, gas masak, klinik doktor, peguam, surat khabar, kedai jahit, kek, kicap, .......
" Ingatlah, mencari yang halal itu fardu, mengembalikan hak dan maruah adalah jihad dan semua kejayaan perlukan pengorbanan yang besar..."
Sekian terima kasih.
- PPIM -
http://www.muslimco nsumer.org. my/ppim/news. php?extend. 250
Tiada ulasan:
Catat Ulasan