Rabu, 7 November 2007

Peta Lokasi Himpunan 100 Ribu BERSIH



Written by Herman Samsudeen

Wednesday, 07 November 2007

Sumber : http://10nov. himpunan. info

Bagi memudahkan rakyat menyertai Himpunan Aman 100 ribu anjuran BERSIH, dilampirkan peta lokasi dan pengangkutan awam ke Dataran Merdeka.

Para peserta digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti, Bas, LRT Star, LRT Putra dan komuter. Berdasarkan maklumat yang diterima, jumlah penyertaan dari seluruh negara pada masa ini telah melebihi 100 ribu. Oleh itu pengangkutan awam amatlah sesuai pada hari berkenaan dan segala kenderaan dari luar bolehlah di letakkan di stesen-stesen pengangkutan awam dipinggir Kuala Lumpur.

Para peserta Perhimpunan yang masuk ke Kuala Lumpur sebelum pukul 3 petang, boleh berkumpul di tempat-tempat berikut;

1. Kompleks SOGO : Berhenti di Stesen Bas Sogo @ Stesen Komuter Bank Negara @ Stesen LRT STAR Bandaraya

2. Masjid Jamek KL : Berhenti di Stesen Bas Masjid Jamek @ LRT STAR @ PUTRA Masjid Jamek

3. Masjid Negara : Berhenti di Stesen Komuter @ Stesen Kereta api Kuala Lumpur

4. Pasar Seni : Berhenti Stesen Bas Bangkok Bank @ LRT Putra Pasar Seni

Disetiap tempat ini akan ada pmpinan dan sekretariat BERSIH yang akan menunggu. Pada pukul 3 petang semua akan berkumpl di Dataran Merdeka.

Para peserta dinasihatkan untuk membawa sedikit makanan dan minuman beserta anggota keluarga kerana Perhimpunan Aman ini juga adalah untuk semua. Kita datang dengan aman dan kita berkelah beramai-ramai di Dataran sambil mendengar amanat pimpinan BERSIH sebelum berarak ke Istana Negara.

Bagi peserta muslim, dinasihatkan untuk bersolat Zohor lebih awal atau melakukan Solat Jamak bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur.

Written by amdang81 Tuesday, 06 November 2007

BERSIH tidak kotor. Sekalipun BERSIH meminta jari tangan ditanda dakwat hitam. Hitam itu bukan bermakna kotor. Tapi memberi makna ketelusan. Ketelusan itulah tandanya bersih. Bersih bilamana tiada penipuan, tiada penyelewengan dan tiada lagi yang mengundi dua kali. BERSIH tidak kotor!

BERSIH tidak kotor. Sekalipun meminta menghapuskan undi pos. Menghapuskan bukan bermakna membunuh atau berlaku jahat, tetapi menghapuskan sistem yang kotor dan jahat. Sistem yang berat sebelah. Bukan sedikit yang berat sebelahnya, tetapi semuanya. Memang berat sebelah. Makanya, BERSIH menghapuskan undi pos bagi membersihkan undi yang berat sebelah. BERSIH tidak kotor!

BERSIH tidak kotor. Sebab itu BERSIH minta dibersihkan daftar pemilih. Buang sahaja nama-nama mereka yang sudah membusuk menjadi mayat. Buang juga nama-nama pendatang asing yang diberikan kad pengenalan palsu. Bersihkan juga pengundi hantu yang munculnya entah dari mana. Pembersihan inilah yang BERSIH mahukan. Sebab itu BERSIH itu tidak kotor.

BERSIH tidak kotor. Meminta akses kepada media yang sama rata dan adil bukan bermakna BERSIH pengotor. Media patut tidak dikotorkan peranan mereka dalam menjelaskan isu sebenar kepada masyarakat. Kotornya media bilamana mengikut jari telunjuk yang kotor. Kotornya media apabila menjadi pihak yang berat sebelah. Di sinilah bersihnya tuntutan BERSIH.

BERSIH mahu berhimpun dengan keadaan AMAN dan bersih. Melihat kepada empat tuntutan BERSIH itu, tiada niat BERSIH untuk mengotorkan negara dengan kekacauan. Berhimpun secara AMAN dan tenteram.

Pergerakan jika dikawal dan mendapat kebenaran akan menjadi lebih TENANG dan menyenangkan. Arahan akan dipatuhi, kerjasama akan membuahkan toleransi. Bukan mahu kecoh-kecoh, apatah lagi mahu gaduh. Usah mulakan provokasi, kerana dalam ramai-ramai itu terselit juga yang berani. BERSIH akan membuktikan yang BERSIH adalah bersih. BERSIH tidak kotor.

Ayuh! Mari bersama BERSIH. Berhimpun bagi membersihkan Pilihanraya supaya bersih dan adil. Menuntut keadilan dan hak bagi setiap warganegara. Tidak guna jika terus berpilihanraya, tetapi keputusan sudah di tangan mereka. Ini bukan membangkang namanya. Tetapi berjuang menuntut hak yang sepatutnya ada. Memang hak kita. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk kita, generasi kita dan akan datang. Masih untuk negara. Yakinlah kita tetap patriotik. Dan yakinlah BERSIH tidak kotor!

Jadi, kenapa perlu takut untuk bersama BERSIH?



Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude