Oleh Herman Samsudeen*
Perhimpunan 100 ribu rakyat pada 10 November bakal menjadi sejarah dalam tawarikh demokrasi Malaysia. Pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun. Himpunan ini kerana satu perkara yang kita semua sama-sama perlukan iaitu Pemulihan Demokrasi yang telah korup dan tercemar oleh kuku-kuku besi berwarna ‘Biru Tua’. Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan semua masalah dapat diselesaikan secara bersama.
Perhimpunan 100 ribu rakyat pada 10 November bakal menjadi sejarah dalam tawarikh demokrasi Malaysia. Pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun. Himpunan ini kerana satu perkara yang kita semua sama-sama perlukan iaitu Pemulihan Demokrasi yang telah korup dan tercemar oleh kuku-kuku besi berwarna ‘Biru Tua’. Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan semua masalah dapat diselesaikan secara bersama.
Perkara yang perlu anda bawa/sediakan
- Pakaian atau riben, topi, arm band berwarna kuning
- Bendera Malaysia atau negeri masing-masing
- Kad pengenalan
- Air mineral, sedikit makanan atau gula-gula
- Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
- Kain tuala kecil untuk lap peluh atau tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata
- Payung kecil untuk elakan hujan atau cuaca panas
- Lampin, jika bawa anak
- Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
- Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama & no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
- Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di himpunanrakyat@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
Perkara yang tidak dibenarkan dibawa
- Jangan bawa sebarang bendera atau logo parti atau organisasi anda bagi NGO
- Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
- Jangan bawa terlalu banyak wang atau barang yang tidak perlu
- Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
- Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti molotov cocktail dan mercun.
- Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
- Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
- Jangan bawa anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah bagi mengelakan sebarang masalah.
Perkara yang perlu anda lakukan
Sebelum perhimpunan
- Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa
- Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
- Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
- Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini
- Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi
- perhimpunan. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
- Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
- Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
- Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
- Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni atau Masjid Negara.
- Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
- Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian
- Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke arah Dataran Merdeka.
Semasa Perhimpunan dan perarakan
- Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni atau Masjid Negara) dan berarak beramai-ramai ke Dataran Merdeka.
- Ikutilah arahan dari Unit Amal atau pimpinan BERSIH sepanjang program
- Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan
- Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di himpunanrakyat@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
- Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
- Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
- Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan
- Elakkan mencerca atau memaki hamun semasa perhimpunan berlaku.
- Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni
- Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
- Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
- Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
- Ikutilah laungan pimpinan jika perlu
- Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
- Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan
Selepas Perhimpunan
- Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai
- Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
- Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
- Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di himpunanrakyat@ yahoo.com
Apa anda perlu buat jika Polis buat provokasi dan serbuan.
- Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
- Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila Polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
- Duduk jika pimpinan arahkan
- Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
- Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan Polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
Apa yang anda perlu buat jika ditahan
- Jangan banyak cakap dengan Polis. Diamkan dan tenangkan diri.
- Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
- Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
- Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
- Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yan sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut.
Jangan jawab soalan yang tidak perlu. - Minta berjumpa dengan penguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar Balai jika anda ditahan,
- Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah.
- Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi Polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
- Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
- Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Apa yang anda buat selepas dibebaskan
- Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
- Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
- Ceritakan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
- Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
- Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
- Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
- Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
- Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
- Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
- Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan tekanan kepada perosak Demokrasi dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem demokrasi negara kita.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
Herman Samsudeen adalah moderator Web Himpunan Rakyat :
http://10nov. himpunan. info
http://10nov. himpunan. info
Tiada ulasan:
Catat Ulasan