Assalamualaikum buat semua pembaca budiman, pencinta kebenaran dan penegak keadilan. Marilah sama-sama kita berdoa agar 10 November (Sabtu ini) tidak menimbulkan tragedi yang tidak dingini. Kita berhimpun secara aman bukan untuk melawan. Kita datang dengan hati dan niat yang bersih demi pilihanraya yang bersih!
Walaupun Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Kuala Lumpur telah mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak berhimpun di Dataran Merdeka pada 10 November ini, tolong faham hasrat kami. Kami berhimpun secara aman bukan secara haram demi memanifestasikan demokrasi dan ketelusan pilihanraya kembali ditegakkan. Kalau pihak Istana sudi menerima kedatangan wakil BERSIH, kenapa tidak anda wahai polis? Dunia tahu apa yang berlaku di
Apapun di bawah ini disertakan panduan kepada peserta himpunan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Wal iya zu billahi min zalik.
* Semasa ditahan di balai polis, selain pegawai perakam atau pegawai penyiasat mengambil keterangan biasa, mungkin ada SB (Polis Cawangan Khas) masuk untuk mendapatkan maklumat (intelligence report) daripada saudara. Saudara tidak diwajibkan untuk menjawab sebarang soalan SB tersebut bagaimana sekali pun SB itu menakut-nakutkan, mengancam atau mengugut saudara.
* Ketika direman, dalam soal-siasat tidak ada seorang pun pegawai penyiasat yang boleh memberi apa-apa tekanan bagi memaksa saudara memberikan keterangan atau pengakuan. Ingat sebarang kenyataan yang saudara berikan tentang apa-apa kesalahan jenayah boleh digunakan terhadap diri saudara di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan. Oleh itu jika saudara tidak pasti mana-mana kenyataan saudara boleh diimplikasikan oleh polis sebagai satu jenayah, maka lebih afdal saudara tutup mulut!
* Saudara mesti meminta seorang peguam untuk membela saudara semasa soal-siasat tahanan reman. Jangan sekali membuka mulut menjawab soalan pegawai penyiasat sehingga seorang peguam mewakili saudara. Selagi mana tiada peguam yang datang, selagi itulah saudara tidak perlu menjawab soalan polis. Sebagai contoh, jika majistret meluluskan
* Ingat, tidak memberi keterangan tanpa kehadiran peguam adalah hak saudara. Tetapi ingat, dalam tempoh itu saudara mesti berada dalam bilik soal-siasat dan bukannya dalam lokap. Jika dalam tempoh itu, dari pukul 6:30 pagi hingga pukul 6:30 petang saudara masih tidak dibawa keluar daripada lokap dan ditempatkan dalam bilik soal-siasat, maka bererti polis melakukan pelanggaran terhadap undang-undang. Kesalahan polis adalah menipu majistret kerana mendapatkan tempoh reman
*Jika perkara ini berlaku, setelah saudara bebas saudara boleh mengenakan tindakan sivil dan menuntut bayaran ganti rugi daripada pegawai polis yang terlibat dan Kerajaan
* Apa sahaja tindakan saudara untuk tidak mahu membuka mulut hendaklah saudara lakukan secara sopan santun dan tidak menjadikannya sebagai suatu yang bersifat peribadi terhadap mana-mana anggota polis. Saudara hanya mahu mendapatkan hak saudara yang diperuntukkan oleh undang-undang dan Perlembagaan. Saudara tidak bermusuh dengan polis. Polis juga tidak bermusuh dengan saudara.
* Sebaik sahaja tempoh reman berakhir, pihak polis mungkin secara rasmi mengemukakan dakwaan ke atas saudara, atau; membebaskan saudara dengan jaminan polis, atau; membebaskan saudara tanpa syarat.
* Jika saudara didakwa, biasanya dalam kes seperti menghadiri perhimpunan aman, saudara boleh diikat jamin. Pastikan peguam saudara memohon bayaran ikat jamin yang munasabah atau sebaik-baiknya yang paling minimum.
* Sebaik sahaja saudara bebas dari balai polis, hendaklah saudara pergi ke klinik untuk mendapatkan laporan doktor jika terdapat kesan-kesan luka, calar atau bengkak pada anggota saudara terutama jika saudara dikasari semasa berada di balai atau dalam lokap polis. Simpan laporan doktor itu dengan baik bagi tujuan tuntutan sivil yang mungkin saudara lakukan pada masa depan.
* Sebarang tindakan sivil terhadap polis dan Kerajaan
Saya doakan saudara tidak ditangkap dan dimasukkan ke lokap. Tetapi jika ia ditakdirkan berlaku ke atas saudara, saya boleh jamin apa yang saudara akan lalui itu bakal menjadi kenangan manis dan pengalaman yang cukup berharga dalam merakamkan sumbangan saudara dalam perjuangan untuk "Kembalikan Hak Rakyat!". Jangan takut!.
Selamat Berjuang
Tetapi, berjuang selalunya tak selamat! -
Saari Sungib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan