Isnin, 26 November 2007

Macam-macam ragam 8

LAHORE 25 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif kembali menjejakkan kaki ke bumi Pakistan hari ini selepas cubaan pertamanya September lalu tidak berhasil.

Keputusan terbaru Nawaz untuk kembali ke negara ini setelah bertahun-tahun hidup dalam buangan di Arab Saudi dijangka mewarnai lagi masa depan Pakistan yang kini terlibat dalam pergelutan kuasa politik yang tidak menentu.

“Kami hanya mahukan demokrasi dan saya berada di sini untuk memainkan peranan ke arah itu dan melepaskan negara ini daripada genggaman diktator,” tegas Nawaz kepada stesen BBC ketika dihubungi dari London.

Nawaz yang digulingkan oleh Presiden Pervez Musharraf dalam satu rampasan kuasa tentera pada 1999 dan diusir ke Arab Saudi, membuat cubaan pulang pada September lalu tetapi diusir semula ke Arab Saudi beberapa jam kemudian.

Kira-kira 100 orang penyokong fanatik beliau turut merempuh sekatan polis untuk memasuki balai ketibaan di lapangan terbang di sini sebaik mendapat tahu pesawat yang membawa Nawaz selamat mendarat.

Pihak polis menggunakan batang buluh untuk menghalang mereka tetapi seramai 1,500 lagi penyokong Nawaz berjaya berhimpun di tempat letak kereta di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal sejam sebelum pesawat yang dinaiki Nawaz mendarat.

Nawaz berlepas dari Riyadh, Arab Saudi bersama-sama beberapa ahli keluarga beliau dengan pesawat khas yang disediakan oleh Raja Abdullah.

Sementara itu, jurucakap parti pimpinannya, Ahsan Iqbal mendakwa, seramai 1,800 aktivis di wilayah Punjab telah ditahan sejak lewat semalam.

Bagaimanapun, kenyataan itu disifatkan sebagai perbuatan “sengaja membesar-besarkan cerita” oleh Menteri Penerangan, Nisar Memon.

“Tiada tangkapan sebegitu dibuat, hanya sekitar 100 orang ditahan supaya tidak menimbulkan kekecohan. Kami tidak mahu kejadian yang sama berlaku seperti mana yang terjadi di Karachi sebelum ini,” kata Nisar.

Beliau merujuk kepada perarakan besar menyambut ketibaan seorang lagi bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto pada bulan lalu.

Sambutan kepulangan itu dicemari oleh insiden pengeboman berani mati yang meragut kira-kira 150 nyawa.

Benazir dan Nawaz telah bersumpah untuk kembali berkuasa melalui pilihan raya Parlimen yang bakal diadakan pada 8 Januari depan.

Ulasan : Pakistan semakin gawat. Keahlian dari Komanwel digantung. Diharap agar keamanan kembali pulih di Pakistan ; salah sebuah negara umat Islam yang telah pun memiliki peluru berpandu yang hebat.


KUALA LUMPUR 25 Nov. – Perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) di ibu kota hari ini bertukar menjadi ganas, tidak seperti yang dijanjikan oleh penganjurnya dengan penyokong pertubuhan itu bertindak agresif melontar batu dan besi ke arah polis.

Kumpulan itu yang berpecah di beberapa lokasi di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Yap Kwan Seng sejak pukul 6.30 pagi tidak mengendahkan nasihat polis untuk bersurai, turut mengeluarkan kata-kata kesat dan berbau perkauman.

Sebahagian daripada mereka membuka baju dan melakukan pelbagai provokasi kepada pihak polis yang mengawal persekitaran bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang, di sini, tempat Hindraf dijadual menyerahkan petisyen kepada kerajaan British.

Keganasan yang dicetuskan oleh para penyokong Hindraf itu telah menyebabkan empat anggota polis cedera, dua daripadanya parah akibat dibaling dengan batu dan besi.

Malah, sebuah jentera bomba yang melalui Jalan Yap Kwan Seng dalam perjalanan pulang memadam kebakaran di Pasar Besar Datuk Keramat telah dibaling batu sehingga cermin depan dan sisi kenderaan itu pecah.

Pasukan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan bom air setelah peserta demonstrasi itu enggan mematuhi nasihat supaya bersurai.

Kehadiran beribu-ribu penyokong Hindraf itu jelas tidak menghiraukan perintah mahkamah yang melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Perhimpunan haram itu turut menimbulkan rasa takut dan kegelisahan di kalangan warga kota, para peniaga dan pelancong.

Sejak seminggu ini, mereka terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya berikutan langkah polis mengadakan sekatan jalan raya untuk menghindari anasir jahat memasuki ibu kota.

Hari ini, sebahagian besar premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Ampang Park ditutup kerana para peniaga takut dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Selain itu, orang ramai dan pelancong terkandas tidak dapat ke tempat kerja dan destinasi pelancongan di sekitar Jalan Ampang berikutan perkhidmatan awam dihentikan sementara waktu.

Jalan-jalan utama menuju ke Suruhanjaya Tinggi British turut ditutup sejak awal pagi ini.

Dalam perhimpunan haram yang berakhir kira-kira pukul 2 petang itu, seramai 241 penyokong Hindraf ditahan dan 105 orang daripadanya dibebaskan setelah melalui proses dokumentasi.

Kumpulan itu akhirnya menghantar petisyen mereka kepada kerajaan British melalui faksimile ke Suruhanjaya Tinggi British pada pukul 1.30 tengah hari.

Ulasan : Saya tidak pasti apa tjuan HINDRAF dan siapa dalang di sebaliknya. Masyarakat India perlu menolak keganasan seumpama ini.

JOHOR BAHRU 25 Nov. – Kerajaan disaran membeli keseluruhan pegangan saham dalam syarikat konsesi lebuh raya bagi membolehkan lebuh raya-lebuh raya di bawah syarikat terbabit dijadikan milik awam.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Shahrir Samad berkata, dengan pengambilalihan aset syarikat-syarikat swasta itu, beban kenaikan tol yang dihadapi oleh para pengguna dari semasa ke semasa diyakini dapat diatasi.

Menurut beliau, pembelian aset seperti dari Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) itu membolehkan beban kenaikan caj tol akibat perjanjian dengan pihak konsesi terbabit dialihkan daripada rakyat.

Katanya, pendekatan itu membolehkan tol yang dikenakan kepada pengguna adalah semata-mata bagi tujuan pembiayaan penyelenggaraan lebuh raya.

“Masalah penswastaan ini berlaku kerana ia dibiayai oleh pihak bank dan sebab itu pulangannya adalah berdasarkan faktor komersial.

“Saya mencadangkan agar kita strukturkan semula pegangan swasta ini untuk dijadikan pegangan awam yang secara tidak langsung masalah kenaikan tol ini dapat diatasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Johor Bahru di sini hari ini.

Khamis lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan di Dewan Rakyat, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan tahun hadapan.

Sebanyak lapan syarikat konsesi lebuh raya dijadual menaikkan kadar tol masing-masing pada 1 Januari ini, sementara sebuah lagi pada 1 Oktober.

Antara syarikat konsesi yang terlibat ialah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang, Lebuh Raya Utara-Selatan-Hubungan Tengah, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dan Lebuh Raya Kulim-Butterworth.

Jelas Shahrir, beliau melihat kepentingan rakyat perlu lebih diutamakan dan cadangan radikal bagi pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi terbabit merupakan antara langkah penyelesaian mengurangkan beban rakyat.

“Buat permulaan, kerajaan mungkin boleh membeli Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum Lebuh Raya Lembah Klang Baru, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dan sebagainya,” katanya.

Ulasan : Ini cadangan yang baik dari Pengerusi PAC. Diharap kenaikan tol tidak akan dibuat menjelang 1 Januari 2008.


MARANG 25 Nov. – Lapan buah rumah di Kampung Wakaf Tapai di sini, musnah dalam satu kebakaran petang ini mengakibatkan kira-kira 21 orang tinggal sehelai sepinggang.

Antara rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut adalah milik bapa Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn. Bhd., Datuk Manja Ismail iaitu Ismail Ali, 83.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kebakaran itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang itu, kebakaran dipercayai bermula di ruang tamu salah sebuah rumah penduduk iaitu Surayawati Awang Abdullah, 33.

Surayawati ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia sedang berniaga goreng pisang di pasar berkenaan ketika kebakaran itu bermula.

‘‘Apabila dimaklumkan oleh jiran, saya bergegas pulang dan mendapati api sedang marak di bahagian ruang tamu rumah saya,” katanya.

Peniaga itu bagaimanapun, melahirkan kesyukuran kerana ketika kejadian suami dan empat orang anaknya tiada di rumah.

‘‘Saya tidak tahu apa puncanya kerana tiada sebarang peralatan elektrik diletakkan di ruang tamu rumah saya,’’ jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Muhammad Taib berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu kira-kira pukul 2.12 petang.

Beliau memberitahu, pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira dua minit selepas menerima panggilan tersebut dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 2.45 petang.

‘‘Seramai 25 anggota bersama empat jentera dari tiga balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang dan Kuala Berang dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

‘‘Bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan api disebabkan tekanan air rendah dan terpaksa bergantung kepada air daripada jentera dan perigi berdekatan,’’ ujarnya.

Menurutnya, punca kejadian dan nilai kerugian masih disiasat.

Ulasan : Moga musibah yang menimpa mereka dapat dihadapi dengan tenang dan tabah. Pihak yang berkenaan, hulurkanlah bantuan.


LUBUK ANTU 25 Nov. – Penduduk Sarawak sentiasa mengalu-alukan pegawai dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di negeri ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili hari ini.

Kata beliau, sebagai penduduk yang peramah, rakyat Sarawak sentiasa mengalu-ngalukan mereka ke negeri ini dengan tangan terbuka dalam menghargai bakti, komitmen dan pengorbanannya semasa berkhidmat kepada penduduk di sini.

“Adalah tidak benar bahawa penduduk Sarawak anti orang Semenanjung Malaysia yang didakwa oleh sesetengah individu yang menyebarkan cakap-cakap ini bertujuan menjejaskan hasrat murni kerajaan dalam meningkatkan hubungan yang lebih baik antara rakyat Malaysia menerusi program integrasi nasional,” katanya pada program orientasi bagi pegawai Persekutuan baru yang dihantar berkhidmat di Sarawak, di sini.

Mengenai program orientasi ini, beliau berkata, objektifnya adalah untuk mendedahkan pegawai baru itu kepada budaya tempatan dan menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran baru.

Menurutnya, program itu yang dianjurkan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, telah menerima maklum balas yang positif dan ia telah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Melalui program ini, saya percaya bahawa anda akan memperoleh sedikit pengetahuan mengenai cara kehidupan orang tempatan dan membolehkan mereka bergaul dengan lebih baik dalam menjalankan tugas yang lebih baik,” kata beliau.

Seramai 16 pegawai Persekutuan dari Semenanjung Malaysia dan empat orang dari Sabah menghadiri program ketiga itu tahun ini yang bermula dari Jumaat lepas sehingga Selasa ini.

Ongkili menyeru ketua jabatan Kerajaan Persekutuan untuk terus bekerjasama dengan membenarkan pegawai mereka membabitkan diri dalam acara yang dianjurkan oleh jabatan masing-masing.

Terdahulu, Setiausaha Persekutuan, Ngah Senik berkata, program orientasi itu akan melengkapkan pegawai baru tersebut dalam menyesuaikan diri kepada persekitaran dan tempat kerja baru apabila mereka mula bertugas di negeri ini.


Ulasan : Insya allah, jika kena cara kita bergaul dengan masyarakat Sarawak, mereka akan menerima kita. Hampir setahun saya di sini, penerimaan mereka cukup baik dengan orang Semenanjung.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya harap polis yang cedera parah itu jatuh koma dan mati. anjing!

hamba berkata...

HINDRAF. Bahaya jika guna sentimen kaum dan agama. Tuntutan dilakukan tidak melayakkan anda menjadi warganegara Malaysia.. Sejarah adalah pengajaran bagi insan yang berakal. kita tidak boleh mengubah sejarah tetapi kita boleh menggunakan sejarah untuk mengelak perkara sama daripada berlaku. guna sejarah untuk mengubah sesuatu perkara atau masa depan ke arah yang lebih baik.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude