IZINKAN saya, selaku guru kaunseling sebuah sekolah berasrama penuh, yang telah berkhidmat 12 tahun memberikan ulasan dan pandangan jujur tentang isu yang dibangkitkan oleh Dr. Ilias Zaidi, bertajuk Beri kemahiran khusus murid lemah UPSR sebagaimana tersiar dalam ruangan Pendapat, Utusan Malaysia, 20 November lalu.
Saya bersetuju dengan pandangan Dr. Ilias betapa di negara ini, fokus kita terlalu tertumpu kepada pelajar pintar. Pelajar lemah seakan-akan dipinggirkan.
Di dada akhbar, kita asyik membicarakan perihal 48,400 pelajar yang meraih 5A dalam UPSR tetapi kita terlupa mengenai 20,856 pelajar yang mendapat gred D dan E.
Malah ada Menteri Besar yang begitu berbangga, negerinya teramai sekali memperoleh semua A dalam UPSR.
Tidak salah dengan kebanggaan sebegini. Tidak ada silapnya meraikan pelajar cemerlang. Namun yang menjadi silapnya ialah apabila kita melupakan pelajar lain yang turut ingin mendapat perhatian.
Mengapakah pelajar yang dianggap ‘lembam’ terpinggir? Berdasarkan pengalaman peribadi, saya sebagai guru kaunseling di dua buah sekolah menengah harian dan sebuah sekolah berasrama penuh, terdapat beberapa sebab mereka dipinggirkan:
Keperluan pihak universiti atau sektor pekerjaan yang mewajibkan hanya syarat kelayakan akademik yang cemerlang untuk masuk ke IPTA, sama ada bagi menerima anugerah biasiswa, matrikulasi, diploma dan sebagainya.
Misalnya, janganlah bermimpi hendak mengambil bidang perubatan jika anda tidak meraih 1A dalam semua subjek Sains dan Matematik di peringkat SPM. Apatah lagi dalam sistem meritokrasi sekarang. Keperluan ini menjalar ke semua peringkat, termasuklah pengambilan pelajar ke sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah menengah agama dan sebagainya.
Lantaran keperluan ini, sistem persekolahan diasak dan didesak agar memburu kecemerlangan akademik. Pengetua dan guru besar diingatkan oleh PPD, Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran agar memastikan silibus dihabiskan oleh guru mengikut jadual, dan merapatkan jurang pencapaian.
Sekolah yang tidak meraih pencapaian cemerlang akan berasa terpinggir ketika mesyuarat post-mortem pencapaian di peringkat daerah, negeri atau kementerian selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan.
Jadi, falsafah pendidikan negara yang menekankan keseimbangan pengembangan potensi antara intelektual, rohani, emosi dan jasmani sebenarnya tidak lagi berlaku dalam hakikat sebenarnya di sekolah. Penekanan ditumpukan kepada akademik.
Bukan rahsia lagi sekarang, waktu untuk PJK, Sivik dan Kewarganegaraan akan diberikan atau ‘dipinjam’ oleh guru-guru akademik khasnya mata pelajaran elektif seperti Matematik Tambahan dan Fizik, demi memastikan pelajar tingkatan lima dapat semua A. Begitu juga di peringkat PMR dan UPSR.
Ibu bapa pula ghairah memastikan anak mereka cemerlang dalam pelajaran, malah memupuk dan memaksa kecemerlangan ini sejak anak berusia 3 dan 4 tahun lagi. Bukan rahsia lagi ada ibu bapa sudah pun menghantar anak mengikuti kelas renang, kelas membaca cepat, kelas itu dan ini sejak anak mereka baru pandai berjalan.
Sesudah anak mereka memasuki alam persekolahan, mereka menaruh harapan anak meraih semua A dalam UPSR, PMR dan SPM.
Masyarakat pula, bagai yang diuar-uarkan oleh media
Misalnya, kejayaan pelajar meraih 17 1A dalam SPM dibangga-banggakan, gambar pelajar cemerlang terpampang di dada akhbar, kelas tuisyen dan program motivasi bercambah macam cendawan dengan bayaran yang tinggi.
Dalam masa yang sama, jarang akhbar melaporkan pelajar yang gagal dalam peperiksaan, tetapi masih berjaya dalam hidupnya. Malah berita pelajar membunuh diri itu pun hanya disiarkan sesetengah akhbar.
Bagi saya, jika kita hendak mengubah senario ini, tidak adil berharap kepada Kementerian Pelajaran dan guru sahaja. Tidak adil juga menyalahkan dan berharap kepada ibu bapa.
Yang penting ialah bagaimana mengubah seluruh persepsi masyarakat. Bukanlah salah menggalakkan pelajar memburu kecemerlangan dalam akademik, tetapi sedarkan juga bahawa potensi manusia berbeza-beza dan hakikat kecemerlangan berbeza-beza.
Media perlu mendedahkan dan meuar-uarkan kisah manusia yang gagal di
Kisah Thomas Alva Edison gagal dalam proses penciptaan mentol sehingga mencecah lebih
Kisah Najmil, pelajar
Kisah J.K Rowling yang hidup merempat dan menderita hingga terpaksa menulis novel dalam kabin tetapi akhirnya muncul sebagai penulis tersohor dan mendapat royalti berbilion ringgit.
Kisah Bill Gates yang gagal dalam pengajiannya di universiti tetapi akhirnya menjadi kaya-raya dan tersohor dalam bidang teknologi maklumat dan komputer.
Banyak lagi kisah menarik yang boleh dipaparkan termasuk kisah pelajar kita yang mungkin gagal dalam pelajaran tetapi berjaya dalam sektor pertanian, industri malah jadi jutawan.
Saya juga bersetuju dengan langkah Lembaga Peperiksaan
Moga-moga, masyarakat kita dapat mengubah tanggapan bahawa akademik adalah segala-galanya dalam hidup, sedangkan pengertian ilmu lebih luas daripada itu.
– ESA ABD SAMAD,
Guru Kaunseling SBPI Rawang.
1 ulasan:
Salam...
Memang itulah realiti dan mentaliti dan senario dunia pendidikan di Malaysia...
Murid lembab, lembam, bermasalah pembelajaran tidak dipentingkan walaupun terdapat kemudahan kelas-kelas pendidikan khas dan pemulihan khas di sekolah-sekolah...
Yang paling sedih sekali Cikgu pun berfikiran sempit kerana mereka tidak punya anak-anak sedemikian rupa...
Hanya mereka yang ada anak dalam kategori ini sahaja yang tahu bagaimana jerihnya membesarkan anak ini yang saya kira tidak menjanjikan kejayaan dalam akademik sekadar untuk dapat menguruskan hal-halkehidupan di kemudian hari sahaja...
Boleh dibilang ramainya golongan-golongan ini yang bekerja di sektor awam atau swasta yang berjaya menempa nama mereka sebaris dengan golongan insan biasa tanpa gangguan seperti mereka...
Itulah dilema pendidikan kita kini mementingkan kecemerlangan melupakan murid yang gagal mengikuti pelajaran dalam tempoh masa wajib...
Malah ada cikgu yang sampai hati mengatakan murid itu akan gagal dalam hidup...salah siapa? Cikgu sekarang pun hanya kerja sebagai cikgu sahaja tak ada "feeling" sebagai seorang pendidik pun...masuk kelas keluar kelas...lantak lah apa nak jadi pada muridnya???
Lagi satu saya lihat kerajaan terlalu suka menceduk sistem pendidikan luar negeri untuk dipraktikkan di malaysia tapi tanpa ujikaji dan kajian maka gagal lah penghujungnya seperti PPSMI...
>Sekelumit rasa terbit dari dalam diriku sebagai pendidik...
Catat Ulasan