Jumaat, 30 November 2007

Macam-macam ragam 10

PENDANG 29 Nov. – Teh Bah Chuan, 47, hanyalah seorang pesawah biasa di Bukit Raya dekat sini yang mewarisi pekerjaan itu daripada bapanya sebelum terlibat dengan kerja-kerja penyenggaraan mesin jentuai padi.

Walaupun menamatkan pelajaran setakat tingkatan tiga, Bah Chuan cekap dan mahir dalam penyenggaraan mesin jentuai padi sehingga membolehkan dia mendapat ilham untuk mencipta sebuah jentera bajak yang mempunyai lima fungsi.

Lebih menarik, jentera ‘bajak lima dalam satu’ itu yang dipercayai satu-satunya seumpama itu di negara ini, mampu menjimatkan kos sehingga puluhan juta ringgit.

“Jika ia digunakan secara meluas di negara ini, saya jangka ia boleh menjimatkan secara keseluruhannya RM20 juta kos diesel dan RM40 juta kos pembajakan sawah padi,” katanya pada sidang akhbar di kilang syarikat pengedar beras Jati, Serba Wangi Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Menurutnya, jentera bajak tersebut bukan sahaja boleh melakukan kerja-kerja membajak sawah tetapi juga boleh menyisir tanah, menekan rumput rumpai ke dalam tanah, meratakan tanah, menyembur racun rumpai di batas sawah dan meracun siput.

Bah Chuan berkata, kelima-lima kerja itu boleh dilakukan serentak dalam satu masa oleh jentera berkenaan yang dihasilkannya sejak sembilan bulan lalu dengan kos kira-kira RM100,000.

“Asalnya ia adalah jentera biasa yang saya beli secara terpakai dan dipertingkatkan kegunaannya untuk kelima-lima kerja itu.

Ulasan : Alhamdulillah semakin banyak penciptaan baru yang terhasil untuk memudahkan kerja kita pada hari ini. Semoga ia memudahkan pesawah kita. Namun di mana ciptaan orang Islam kita seperti mana Encik Zul yang selalu merekacipta benda yang baru? Sayangnya ia tidak dihighlightkan seperti kejayaan di atas.


KUANTAN 29 Nov. – Pasangan Datuk Roslan Hashim dengan Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan yang melangsungkan perkahwinan tahun lalu dengan wang hantaran berjumlah RM444,444.44, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan di sini hari ini.

Lafaz cerai itu disahkan oleh Roslan, 50, yang juga kontraktor kelas A dan pemilik Merak Melaka Beach Resort setelah persetujuan bersama antara kedua-dua pihak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunos.

Puteri Shahanaz, 25, yang juga bekas model sambilan dan penari kebudayaan negeri Pahang melalui peguamnya, Dzulkarnain Mohamad memfailkan permohonan cerai pada 4 Oktober lalu.

Sebelum melafazkan cerai, Abdul Rahman memberi kebenaran kepada pasangan tersebut untuk bersalam, namun Puteri Shahanaz dilihat menggelengkan kepala tanda tidak mahu berbuat demikian.

Roslan yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, bersetuju menceraikan Puteri Shahanaz dengan bayaran mutaah RM100,000 termasuk nafkah idah RM5,000 sebulan.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 8 September tahun lalu dengan mas kahwin RM22.50 dengan tambahan RM22,222.22 sementara wang hantaran pula berjumlah RM444,444.44.

Utusan Malaysia difahamkan, keluarga pihak lelaki memberikan 23 dulang hantaran termasuk sebuah kereta BMW 320i bernilai RM250,000, barang-barang kemas bernilai RM150,000, cincin berlian RM20,000 dan seutas jam jenama Rolex bernilai hampir RM25,000.

Kos keseluruhan perkahwinan itu dianggarkan sebanyak RM3.5 juta.

Ulasan : Asas perkahwinan yang diredhai ialah apabila pasangan suami isteri meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah dan bukannya atas dasar lain seperti ingin menunjuk dan bermegah dengan kemewahan yang ada!



MANILA 29 Nov. – Sekumpulan kecil askar Filipina yang mengambil alih sebuah hotel mewah di sini dalam usaha mengadakan rampasan kuasa menjatuhkan Presiden Gloria Macapagal Arroyo, akhirnya menyerah diri selepas pasukan tentera elit menyerbu masuk hotel.

Tentera kerajaan bertindak melepaskan gas pemedih mata ke dalam lobi Hotel Peninsular di sini dan menggunakan kereta perisai untuk memecahkan pintu kaca sebelum menyerbu masuk dengan melakukan tembakan ke udara secara berterusan. Tiada yang terkorban dalam kejadian itu.

Salah seorang ketua pemberontak itu, Senator Antonio Trillanes yang pernah mengetuai percubaan rampasan kuasa terhadap Arroyo pada 2003 dibawa pergi oleh askar dengan tangan bergari.

Beliau sebelum itu memberitahu wartawan, mereka akan menyerah diri secara aman dalam konfrontasi dramatik yang dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia.

“Kami akan keluar demi keselamatan semua orang. Kami tidak mahu hidup menanggung rasa bersalah jika ada antara kamu cedera atau terbunuh dalam kejadian berbalas-balas tembakan,” kata Trillanes selepas kenderaan berperisai merempuh masuk ke lobi Hotel Peninsula dengan disusuli oleh askar elit.

‘‘Ini adalah cara yang salah bagi mereka yang mahu menentang kerajaan atau tentera dan polis,’’ kata Arroyo dalam ucapan ringkas di televisyen.

Ulasan : Pemerintah Filipina perlu melihat apa punca pemberontakan itu berlaku. Tentu ada kepincangan di sana sini.


IPOH 29 Nov. – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan warga Malaysia agar sentiasa menghormati undang-undang dan institusi penguat kuasa undang-undang negara serta mengambil pendekatan secara bertamadun dan bersopan tanpa mengorbankan keamanan dan kerukunan negara dalam apa juga tindakan mereka.

Baginda bertitah, perbuatan mencabar undang-undang dan institusi penguat kuasa undang-undang dengan mengimport dan memperkenalkan budaya kekerasan bukan merupakan budaya berpolitik yang sihat dan konstruktif.

“Keamanan dan kerukunan negara tidak harus dikorbankan kerana kepentingan atau matlamat perjuangan jangka pendek mana-mana kumpulan. Untuk itu, warga Malaysia, wajib menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara.

“Jika hari ini proses yang menghormati undang-undang dibenarkan untuk dirampas oleh kumpulan tertentu hingga proses undang-undang tersebut boleh runtuh, dibimbangi negara ini sedang berada pada titik permulaan untuk terheret menuju kepada satu anarki,” titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Ke-160 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.

Raja Nazrin menyeru warga Malaysia supaya sentiasa mengamalkan pemikiran dan tindakan secara rasional dalam ruang lingkup undang-undang negara dan bertiangkan budaya bangsa.

Menurut baginda, negara telah mencapai banyak kemenangan dan mencipta banyak kejayaan melalui budaya rundingan, budaya perbincangan dan budaya muafakat.

“Budaya bertindak yang asing dengan budaya kita hendaklah ditolak dan tidak dibenarkan bertapak di bumi ini. Seruan beta, pilihlah jalan yang baik - pilihlah cara yang baik, pilihlah kaedah yang baik dalam hasrat mahu mencapai niat yang baik,” titah baginda.

Ulasan : Benar baginda. Kami sebagai rakyat menyokong titah baginda. Tetapi pihak yang berkenaan perlu memastikan saluran pilihanraya di negara ini dijalankan secara adil dan telus.


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta MIC menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, Perdana Menteri berkata demikian kepadanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, semalam.

Namun, kata Samy Vellu, MIC selaku parti terbesar mewakili masyarakat India di negara ini telah pun menubuhkan jawatankuasa khas seumpamanya pada Jun lalu, bagi meneliti masalah yang dihadapi oleh kaum tersebut.

Katanya, parti itu mengkaji pelbagai perkara meliputi soal pendidikan, sosial dan ekonomi kaum India.

‘‘Kita telah pun tubuhkan jawatankuasa ini Jun lalu. Bagaimanapun setelah kajian-kajian baru disiapkan, (barulah) kita akan mengemukakan laporan tersebut kepada Perdana Menteri.

‘‘Ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan beliau (Abdullah) amat prihatin kepada masyarakat India,’’ katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini hari ini.

Katanya, MIC bukan kumpulan ‘pemalas’ yang tidak melakukan sebarang usaha dan sanggup meminggirkan masyarakat India.

‘‘Kita buat kerja setiap hari untuk menjaga kepentingan masyarakat India tanpa publisiti tetapi ada segelintir pihak yang tidak memahaminya,’’ ujarnya.

Ulasan : Ada yang tidak kena di sebalik isu HINDRAF yang tengah heboh sekarang. MIC juga wajar dipersalahkan jika benar perjuangan membantu nasib rakyat India tidak menyeluruh.


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ketegangan hubungan antara dunia Barat dan Islam akan berterusan selagi isu dan konflik Israel-Palestin tidak ditangani serta diselesaikan dengan segera.

Beliau berkata, konflik itu masih menjadi isu utama dunia hari ini, dan penyelesaiannya bukan sahaja mampu merapatkan hubungan Barat dan Islam malah menyelamatkan banyak nyawa yang tidak berdosa di kedua-dua belah pihak.

“Penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin amat menyedihkan kerana nasib mereka diabaikan menyebabkan jalan penyelesaian gagal ditemui,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Sambutan Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin yang diadakan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini hari ini.

Perutusan itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Joseph Salang yang turut dihadiri oleh Duta Palestin, Abdul Elaziz Abu Ghoush.

Sejak 1977, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) memilih Hari Perpaduan ini bagi memperingati penderitaan rakyat Palestin yang menekankan perlunya mencapai penyelesaian adil terhadap perjuangan mereka berdasarkan prinsip hak bagi menentukan nasib sendiri.

Pendudukan rejim Israel juga perlu ditamatkan bagi membawa kepada penubuhan negara Palestin yang merdeka dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Ulasan : Malaysia sebagai Pengerusi OIC perlu lebih proaktif dalam menyelesaikan isu Palestin. Don't just talk-work through it!


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mewujudkan pangkalan data bagi memasarkan graduan bumiputera lulusan institusi pengajian tinggi tempatan dalam usaha mengatasi masalah pengangguran.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pangkalan data itu adalah antara sebahagian projek Pusat Sumber Kerjaya (PSK) yang diwujudkan oleh Mara sebagai pusat sehenti untuk para graduan mencari peluang pekerjaan serta menjalani kursus jangka pendek dalam bidang tertentu.

Program tersebut yang dibangunkan bersama sebuah syarikat swasta akan turut menganjurkan kursus bagi graduan yang menghadapi masalah penguasaan bahasa Inggeris serta masalah kemahiran berkomunikasi, katanya selepas melancarkan PSK di ruang legar Bangunan Mara di sini hari ini.

Beliau juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Ketua Pengarah Mara, Datuk Nan Marthinin dan Pengarah Eksekutif Syarikat IA Group Sdn. Bhd., Datuk Dr. Hamzah Kassim.

Ulasan : MARA perlu menggiatkan lagi usaha mengenalpasti mahasiswa yang masih menganggur. Bantuan yang diberi perlu bersifat melatih mahasiswa berdikari bukan hanya mengharap bantuan semata-mata.


KOTA BHARU 29 Nov. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pentadbirannya terbuka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menjalankan siasatan.

‘‘Saya beri peluang mereka siasat... ‘25 jam’ tentang apa saja di Kelantan. Itu keterbukaan kami,” katanya kepada pemberita pada majlis pembukaan cawangan Bank Al-Rajhi di sini semalam.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai dua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional yang membuat laporan BPR, semalam.

ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik dan ADUN Paloh, Nozula Mat Diah turut mengemukakan pelbagai dokumen berhubung sembilan perkara utama yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan oleh beberapa pemimpin negeri, jabatan dan agensi kerajaan.

Ulasan : Inilah ketelusan yang kita mahu. MB Kelantan telah merintisnya.


GARDEN CITY, New York 29 Nov. – Seorang bekas pegawai polis hari ini memfailkan aduan persekutuan dalam usahanya untuk kekal memiliki plat lesen kereta yang memaparkan perkataan ‘GETOSAMA.’

Arno Herwerth berkata, beliau telah membuat permohonan mendapatkan plat anti-Osama bin Laden pada awal bulan ini.

Beliau, bagaimanapun terkejut, apabila mendapat tahu Bahagian Kenderaan di Jabatan Negara mahu plat itu dipulangkan semula setelah dia berjaya mendapatkannya.

Agensi itu dalam surat yang dikeluarkan pada 15 November lalu menyatakan, peraturan yang ada melarang plat yang dianggap sebagai ‘lucah, cabul, biang dan bersifat menghina.’’

Herwerth, 42, memberitahu dia merasakan plat itu penting supaya mangsa yang terlibat dalam kejadian serangan pengganas dalam kejadian 11 September 2001 lalu akan terus diingati.

“Saya mahu menyimpan mesej ini selama-lamanya, kerana (Osama) yang mendalangi peristiwa serangan itu dibunuh atau ditangkap,” kata beliau.

Ulasan : Fobia kepada Osama Laden masih terus kukuh di ingatan rakyat Amerika sehingga kini. Seolah-olah mereka takutkan bayang-bayang sendiri!


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Beberapa ahli Parlimen hari ini mempertikaikan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam mengatasi penggunaan bahasa rojak jika badan itu hanya menceduk istilah bahasa Inggeris untuk dimelayukan.

Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) meminta DBP menjelaskan mengapa wujudnya kecelaruan bahasa Melayu sehingga menyaksikan istilah bahasa Inggeris dimelayukan tanpa batasan.

“Polis gunakan Cif Inspektor, sedangkan cif itu bermaksud ketua. Saya cadangkan kalau ada kita boleh guna istilah bajet maka ketua boleh diganti dengan cif, misalnya Ketua Pengarah DBP menjadi Cif Pengarah DBP,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pula mempersoalkan kegagalan sebenar yang menimpa pengurusan DBP sehingga kelihatan tidak berupaya menjadi satu badan berkanun untuk terus memartabatkan bahasa Melayu.

“Adakah disebabkan campur tangan politik, birokrasi atau pelantikan pihak atasan DBP terhadap kakitangan, menyebabkan kehilangan nilai kecenderungan dan minat untuk membangunkan bahasa Melayu?

“Mengapa dulu DBP boleh ‘berdiri’ dan banyak berjasa dengan memberi keagungan kepada bahasa Melayu supaya dijadikan bahasa dunia, bahasa ilmu tetapi mengapa tidak hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, sebelum menuduh DBP mengalami kemandulan minda, punca sebenar yang menyebabkan berlakunya kegagalan peranan badan itu perlu dikenal pasti.

Sementara itu, Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berkata, memang wujud kelemahan dalam bahasa Melayu sejak dari dulu.

Ada istilah ‘saya’, ‘aku’, ‘hamba’ dan sebagainya tetapi ketika bercakap, masih ada yang guna ‘i’.

“Selain itu, bahasa-bahasa yang digunakan pada papan tanda dan buku-buku mestilah tepat,” katanya.

Ulasan : DBP perlu melakukan introspeksi ke dalam organisasi-kenapa perkara ini berlaku? Mungkinkah boileh diminta bantuan ilmuwan di luar DBP seperti tokoh bahasa-Prof Dr Awang Sariyan?

Air

Dalam bahasa Spanish, air di panggil "Acuatico" atau "Agua", Jepun pula "Mizu" atau "Gogyou". Orang French pulak panggil air "Arrosez" atau "Eau". Apa juga nama yang digunakan, air ialah keperluan asas bagi manusia selain api. Dunia mengandungi 70 % air. Badan manusia pula mengandungi 70% air juga. Hebat bukan? Proses kitaran air juga menakjubkan. Bermula dari air di bumi, naik ke atmosfera dan turun semula kebumi. Iaitu air disejat oleh cahaya matahari yang panas. Lalu bertukar kepada bentuk gas wap air. Gas wap air naik ke langit dan bertukar kepada awan. Awan yang berkumpul akan bertukar pula kepada titisan air yang dinamakan hujan. Dan air ialah satu-satunya benda semulajadi di dunia yang melalui 3 kitaran ini.

Teringat masa Butter kecik kecik dahulu bila mana setiap malam Ahad kita orang akan belajar bab bab Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Bila masuk bab air, Ustaz suruh hafal 4 jenis air iaitu

1. Air mutlak yang suci dan menyucikan.

2. Air mustakmal yang suci tapi tak menyucikan (eg. air nescafe, air yg kurang 2 kolah)

3. Air musyammas (air yang terjemur dlm bekas yang berkarat) dan

4. Air mutannajis.

Adapun, hanya air mutlak jer boleh digunakan utk ambik air sembahyang. Air mutlak tu pulak kalau tak silap ada 7 jenis. Sila semak kitab kalau nak tau lebih lanjut.

Dari zaman para nabi sehingga sekarang, air, api atau angin boleh menjadi bala atau bencana kepada umat manusia. Pada zaman dulu, kaum Nabi Noh telah ditimpa banjir yang besar. Begitu juga dengan Firaun yang tenggelam didalam laut semasa mengejar


Nabi Musa. Di zaman moden ini kita dikejutkan dengan banjir besar yang menimpa Aceh melalui bencana Tsunami beberapa tahun lalu. Dan kuasa air ni amatlah dasyat sehingga boleh membunuh lebih 100,000 nyawa.


Air adalah salah satu makhluk Allah. Sama seperti api dan angin. Adakah air itu hidup? Mengikut Prof. Masuru Emoto, air mempunyai perasaan dan boleh mendengar. Dalam kajian beliau, air yang disebut perkata "LOVE" akan bertukar kepada bentuk kristal yang cantik (gambarajah sebelah). Begitu juga jika air yang telah disembahyangkan atau yang disebutkan perkataan-perkataan yang baik-baik. (lihat gambarajah sebelah -sebelum & selepas). Perkataan yang buruk pula akan menukarkan molekul-molekul air ke kristal yang hodoh atau pecah. Nak tahu lebih lanjut, boleh visit www.hado.net. Atas kepercayaan ini, Prof. Masuru mempercayai yang air ialah "spirit" atau roh. Tak dinafikan, Prof. Masuru ni memang bijak. Tapi orang bijak yang tak berlandaskan iman, boleh membawa kesesatan. Nak buat macamana kan, dia memang kafir. (Sila baca siri temubual dia). (sebelah ialah gambarajah air yang dinyanyikan muzik Benthovan). Apa yang menariknya ialah dengan penemuan Prof. Masuru ini, ianya telah memberi impak atau kefahaman yang besar kepada perubatan yang berasaskan air. Dulu lagi tok nenek kita selalu suruh kita minum air yasin, air jampi, air penerang hati. Budak yang nakal selalunya dibawa untuk berjumpa Ustaz dan diberi minum air jampi supaya mudahan mudahan bertukar perangai nya jadi baik. Selain dari doa Ustaz itu, mungkin air jampi nya juga memberi pengaruh yang positif kepada budak itu.


Prof. Masuru juga mendapati air yang di pergunungan Jepun yang tidak tercemar mempunyai kristal yang cantik daripada air yang tercemar. Tetapi dalam banyak-banyak air di dunia ini, apakah air yang paling hebat??? Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban. Butter tak dapat cari gambarajah molekul air zam-zam ni tapi Butter yakin molekulnya pasti yang tercantik. Jadi, mulai hari ini, Butter nak amalkan sikap bercakap dengan air seperti sebelum minum baca bismillah...(walaupun tahu tapi kadang-kadang tak buat dan lupa!!). Mengikhlaskan hati, bercakap baik dan bersikap positif juga memberi pengaruh kepada air dan tenaga didalam badan kita.


Keajaiban Molekul Air

Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup” (QS. Al Anbiya : 30).
Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air.


Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambarkan dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.


Percubaan diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.
Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.


Semasa di suatu seminar yang rata – ratanya dihadiri oleh bukan Islam , Prof .Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya.Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah , berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan . Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”


Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Ibu Pejabat PBB di New York untuk membentangkan penemuannya pada bulan Mac 2005 dulu.


Ternyata air boleh”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan , seperti pita magnetik atau compact disk.


Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan, semakin dalam pesanan yang terhasil pada molekul air . Air boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang didoakan boleh menyembuhkan si pesakit.


Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah.


Dengan izin Allah, pesanan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari. Rasulullah SAW bersabda, “Zamzam lima syuriba lahu”, “Air zamzam akan melaksanakan pesanan dan niat yang meminumnya.” Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan penyakit, dia akan sembuh.


Subhanallah… Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat, karena dia menyimpan pesan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim AS. Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Qur’an tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan , daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air.


Solat fardhu wajib air wudhu 5 kali sehari. Solat sunat , memegang al –Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi.Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Mati pun jenazah wajib dimandikan dan lain-lain keadaan.


Kita mestilah menghormati air . Jaga kebersihan dan jaga adab – adab serta jangan membazir.
Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Qur’an dan hadits. Wallahu a’lam.



Nak couple ?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.


Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.


Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya, mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, ...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandanga n dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”[1]

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29) , ayat 38:

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh menghampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah- Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan. (21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22) .

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah( 45) ayat 7-11:

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. (9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul- Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).”

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah( 45) ayat 23:

“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

[1] Sahih Muslim, hadis ke 2281

[2] Sahih Muslim, hadis ke 2282



Yusamir



Ikhtilat menurut Islam

Apa itu ikhtilat?
Ikhtilat bermaksud pergaulan dalam Bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar khalata iaitu bercampur. Percampuran ini boleh berlaku di kalangan manusia, haiwan atau benda.

Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai khalwat.

Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.

Hukum Asal
Pada dasarnya, tidak terdapat sebarang hukum bagi pergaulan yang jelas. Meskipun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ianya tidak haram malah harus, namun berdasarkan dalil-dalil yang bakal dikemukakan, adalah jelas bahawa hukumnya adalah tetap haram. Ini juga kerana pandangan ini disokong oleh majoriti ulama fuqaha, dan ahli hadith.

Dalil-Dalil
Pengharaman pergaulan antara lelaki dan perempuan meskipun tidak terdapat satu nas yang qatie (jelas), namun pengharamannya hanya berasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum tersebut terdapat unsur-unsur pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi. Oleh itu, nas-nas tersebut boleh dijadikan sebagai petunjuk pengharaman pergaulan. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita, hukum solat Jumaat bagi wanita dan beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk wanita.

Pemakaian Urf dan Maslahah dalam Penentuan Hukum Pergaulan
Dalam konteks persoalan berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan di
Malaysia, meskipun hukum asalnya adalah haram seperti mana yang telah dihujahkan sebelum ini [rujuk perbincangan tentang hukum asal pergaulan], namun apabila dilihat dari sudut pendekatan pemakaian uruf masyarakat di Malaysia, ternyata beberapa kelonggaran tetap wujud seiring dengan prinsip iaitu mengambilkira suasana setempat dan semasa di Malaysia. Persoalan yang turut perlu dipertimbangkan contohnya:

· Kaum wanita turut keluar mencari rezeki dengan bekerja, malahan wanita di Malaysia kini hampir seimbang dominasi peratusan mereka yang bekerja dengan lelaki· persoalan tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa belajar. Di universiti, keadaan sama berlaku.

Pengecualian Bagi Hukum Asal
Unsur Darurat
pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

Apabila Wujud Keperluan atau Hajat

· Muamalat Maliyyah (urusan harta)
Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

· Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.

· Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.

· Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

· Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.

Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dnegan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

Pergaulan semasa belajar
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di
Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam

· > Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.

· > Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.

· > Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.

· > Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.

· > Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.


Untuk Perbincangan Lanjut sila Rujuk
http://www.fiqhmala ysia.com/ v1/modules/ news/article. php?storyid= 9

Sebarang perbincangan, dan komen adalah amat di alu-alukan

Adi Hanif Mohamed



Khamis, 29 November 2007

Macam-macam ragam 9

Kontinjen Sukan SEA negara meraih pingat emas pertama dan satu perak sebaik cabaran temasya edisi ke-24 itu bermula secara tidak rasmi semalam menerusi acara menembak yang membuka tirai saingan paling awal.

Daripada lima pingat emas yang ditawarkan menerusi tiga acara akhir yang berlangsung pada hari pertama itu, acara 50m rifel prone wanita berpasukan berjaya menjelmakan emas sulung.

Manakala perak disumbang Nur Suryani Mohd. Taibi dalam kategori individu acara yang sama.

Sebanyak 24 pingat emas kesemuanya ditawarkan menerusi menembak sepanjang lima hari acara itu berlangsung di Bangkok, Thailand.

Ulasan : Taniah buat penembak wanita negara. Sedikit teguran, apa salahnya bersukan dengan menutup aurat. Kawan di sebelah elok pakai tudung, takde masalah pun !


RAWALPINDI 27 Nov. – Presiden Pervez Musharraf mengucapkan selamat tinggal kepada angkatan tenteranya hari ini, sehari sebelum beliau tunduk kepada tekanan antarabangsa dengan meletak jawatan sebagai ketua turus tentera untuk menjadi pemimpin awam Pakistan.

Pervez berbuat demikian semasa mengadakan lawatan dua harinya yang terakhir sebagai jeneral tentera ke markas tentera di sini.

Sekutu rapat Amerika Syarikat (AS) itu, yang menghadapi kemarahan yang semakin hebat di dalam dan di luar negara akibat perintah darurat yang beliau isytiharkan tiga minggu lalu, dijadual meletak jawatan sebagai ketua turus tentera esok.

Pada hari Khamis, Pervez akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan untuk penggal kedua selama lima tahun, tetapi kali ini tanpa uniform yang beliau ibaratkan seperti kulitnya.

Tempat persinggahan pertamanya hari ini ialah Markas Ketua Staf Bersama, yang menggabungkan pejabat panglima tertinggi angkatan tentera udara, laut dan darat.

Pervez yang memakai uniform istiadat yang dilengkapi dengan pingat-pingat dan selempang hijau, menerima kawat hormat dengan iringan muzik yang dimainkan oleh sebuah pancaragam tentera.

Beliau juga mengadakan pertemuan selama 15 minit dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Tariq Majid dan bertukar-tukar cenderamata.

Para pegawai berkata, Pervez turut melawat ibu pejabat tentera laut dan udara yang berasingan.

“Jeneral Pervez akan mengadakan lawatan ke beberapa buah markas tentera hari ini dan esok untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata jurucakap Presiden, Tashid Qureshi.

Esok, beliau dijadual melawat ibu pejabat tentera darat untuk menyerahkan jawatannya sebagai ketua angkatan tentera bersenjata nuklear kepada penggantinya, bekas ketua perisik Jeneral Ashfaq Kiyani.

Dengan meletak jawatan daripada pasukan tentera, Pervez yang merampas kuasa pemerintah pada 1999, menunaikan tuntutan utama daripada rakyat Pakistan dan juga daripada masyarakat antarabangsa.

Ulasan : Baguslah dah letak jawatan. Tetapi rakyat Pakistan masih bimbang apa langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh beliau. Diharap pilihanraya yang akan berlangsung pada Januari tahun depan berlangsung dengan telus.


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Selepas 25 hari bertarung nyawa setelah menjalani pembedahan pemindahan jantung serta paru-paru serentak dan pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Siti Salmah Jasni, 18, menghembuskan nafas terakhirnya di sini, hari ini.

IJN dalam kenyataannya hari ini memberitahu, Siti Salmah meninggal dunia akibat septisemia dan jangkitan yang teruk.

Menurut kenyataan itu, selepas pembedahan pemindahan itu, Siti Salmah tidak menunjukkan sebarang tanda yang organ-organ baru itu tidak diterima oleh tubuhnya.

Bapanya, Jasni Zainal, 52, berkata, Siti Salmah meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi ini dalam keadaan tenang di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.

Semalam, tiub pernafasan Siti Salmah dibuka pada sebelah pagi tetapi dipasang semula pada sebelah petang untuk membolehkan doktor melihat perkembangan organ barunya itu.

Menurut Jasni, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Utusan Malaysia, IJN, Institut Perubatan Respiratory (IPR) terutama doktor-doktor yang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan anaknya hingga ke saat akhir.

“Namun ramai yang tidak mengetahui, kedua-dua belah kaki arwah sebenarnya terpaksa dipotong selepas enam hari menjalani pemindahan serentak itu,” katanya.

Ulasan : al-Fatihah untuk adik Siti Salmah. Setelah berikhtiar, Allah menentukan jua Dia lebih menyayanginya. Moga rohnya dirahmati Allah.


NEW DELHI 27 Nov. – Penulis Bangladesh, Taslima Nasreen yang bersembunyi di India selepas menerima ancaman maut kerana dituduh menghina Islam, menemui seorang sekutu yang pernah dituduh membuat pakatan sulit dalam pembunuhan penduduk Islam semasa rusuhan agama pada 2002.

Akhbar Economic Times hari ini melaporkan, Ketua Menteri Gujarat, Narender Modi telah mempelawa Taslima tinggal di negerinya di bahagian barat India selepas beliau melarikan diri dari Benggala Barat yang diperintah oleh pihak komunis, minggu lalu.

“Taslima dipelawa datang dan tinggal di Gujarat. Beliau boleh meneruskan kerjayanya dalam bidang penulisan dan berkhidmat untuk kemanusiaan.

“Saya mengalu-alukan kedatangannya walaupun beliau mengkritik saya dalam bukunya,” kata Modi kepada akhbar itu.

Ulasan : Anda masih ingat Taslima ; penulis wanita yang menulis dalam bentuk penghinaan kepada Islam. Orang sebegini perlu dikenakan hukuman yang setimpal!


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Seramai 124 daripada 136 orang yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) di ibu negara Ahad lalu, akan didakwa termasuk 101 orang daripadanya dihadapkan di mahkamah, esok.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan haram.

Bagaimanapun, kesemua 101 suspek yang tamat perintah tahanan reman tiga hari telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini tetapi diperintahkan hadir ke mahkamah esok untuk menghadapi tuduhan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, 55 orang akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur manakala 46 orang lagi di Mahkamah Majistret Selayang dekat Gombak.

Menurutnya, 23 orang lagi yang dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi, akan didakwa dalam tempoh terdekat iaitu selepas masing-masing diserahkan notis hadir ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan yang sama.

Tambahnya, 12 orang yang juga dibebaskan malam tadi tidak akan didakwa kerana siasatan tidak dapat mengaitkan mereka dengan perhimpunan itu.

“Perintah tahanan reman ke atas semua 136 suspek tamat hari ini dan kita buat keputusan untuk mendakwa 124 orang dengan 101 daripadanya dituduh di mahkamah esok.

“Seramai 23 orang lagi patut dituduh bersama-sama tetapi memandangkan mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis, kita perlu serah notis hadir ke mahkamah untuk tuduhan sama tidak lama lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Menurut Christopher, pihaknya juga sedang mengenal pasti peserta perhimpunan haram itu yang mencetuskan keganasan dengan mencederakan empat anggota polis dalam kejadian itu.

Katanya, siasatan kes tersebut belum ditutup dan beliau tidak menolak kemungkinan sebilangan mereka yang didakwa esok mungkin dituduh pula atas kesalahan kedua iaitu mencederakan anggota polis.

“Kita telah buat siasatan rapi berhubung kes menyertai perhimpunan haram dan juga perbuatan mencederakan anggota polis.

“Tindakan menghadapkan mereka ke mahkamah esok adalah bukti bahawa pihak polis tidak pernah bertolak ansur dengan sesiapa saja yang mengadakan atau menyertai perhimpunan haram dan mencetuskan kekacauan sehingga menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Christopher memberitahu, bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang prosiding pendakwaan berlangsung esok, pihak polis akan mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, pihaknya akan menempatkan sejumlah anggota polis untuk berkawal di kedua-dua mahkamah majistret itu bagi menghalang sebarang kekacauan yang mungkin tercetus.

Kelmarin, dalam perhimpunan haram yang berakhir kira-kira pukul 2 petang itu, seramai 241 penyokong Hindraf ditahan tetapi 105 orang daripadanya dibebaskan setelah melalui proses dokumentasi.

Perhimpunan haram Hindraf itu bertukar menjadi ganas tidak seperti yang dijanjikan penganjurnya dengan penyokong pertubuhan itu bertindak agresif melontar batu dan besi ke arah polis.

Keganasan dicetuskan para penyokong Hindraf itu menyebabkan empat anggota polis cedera, dua daripadanya parah.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Penjara Pudu di sini yang menempatkan semua 136 tahanan tersebut mendapati kira-kira 150 ahli keluarga dan rakan yang menunggu pembebasan mereka mula berkumpul di pekarangan bangunan penjara berkenaan sejak pukul 11 pagi lagi.

Turut dilihat berada di luar penjara itu ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Bagaimanapun, tiada kekecohan yang berlaku dan sejumlah anggota polis ditempatkan di sekitar luar penjara itu untuk mengawal keadaan.

Dari pukul 2.30 hingga 4 petang, kumpulan pertama yang dilepaskan ialah empat lelaki termasuk seorang warga emas berusia 72 tahun yang dilihat berjalan keluar dari pintu besar penjara.

Ulasan : Penganjur HINDRAF yang sepatutnya ditahan. Isu yang dibawa berbau perkauman. Masyarakat India perlu sedar hal ini dan tidak sepatutnya mengocak keamanan negara.


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Kabinet hari ini bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol bagi empat buah lebuh raya termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, pengumuman tersebut dibuat setelah Kabinet bermesyuarat hari ini dan ia hanyalah untuk tempoh setahun iaitu pada tahun 2008 sahaja.

``Lebuh raya lain yang terlibat adalah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Ulu Klang (PROLINTAS), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) Kerinchi dan Damansara Link,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Ekoran langkah tidak menaikkan tol itu, kata Samy Vellu, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada PLUS sebanyak RM145 juta, Jambatan Pulau Pinang sebanyak RM39 juta, SPRINT RM32 juta dan PROLINTAS sebanyak RM26 juta.

Kerajaan juga katanya, perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta bagi tahun 2008 kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60.

Selain itu, jelas beliau, kerajaan juga perlu membayar sebanyak RM27 juta kepada Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) bagi tempoh 2005 hingga 2007.

``Keseluruhan pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya adalah sebanyak RM344 juta,’’ katanya.

Jelas beliau, jumlah pampasan tersebut merupakan anggaran sahaja dan tertakluk kepada jumlah trafik sebenar.

Samy Vellu berkata, keputusan untuk tidak menaikkan kadar tol tersebut ialah kerana kerajaan tidak mahu membebankan pengguna yang banyak menggunakan lebuh raya tersebut.

Bagaimanapun beliau menafikan pengekalan kadar tol tersebut adalah sebagai helah pilihan raya umum.

Sementara itu, Samy Vellu berkata, kadar tol di enam lebuh raya lain akan dinaikkan mengikut perjanjian konsesi.

Lebuh raya itu adalah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah; Lebuh Raya Kulim Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam.

``Kadar minimum bagi kenaikan tersebut adalah tujuh peratus dan maksimum sehingga 50 peratus,’’ ujar beliau.

Katanya, kenaikan itu dibuat kerana tidak ramai pengguna jalan raya yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Jelas beliau, sebagai contoh, hanya terdapat 16,000 pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura setiap hari.- Utusan

Ulasan : Hanya 4 dari sepuluh tol yang tidak dinaikkan dengan alasan yang naik itu kerana tidak ramai orang yang menggunakan jalan tersebut. Nampaknya naik juga tol tahun depan. Apakah saranan dari Pengerusi PAC ; Datuk Shahrir Samad supaya kerajaan membeli saham PLUS dan syarikat konsesi tol yang lain tidak diambil kira?


SHAH ALAM 28 Nov – Imej dua lelaki Melayu yang dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) Hotel Malaya Jalan Hang Lekir, Kuala Lumpur yang didiami wanita Mong olia, Altantuya Shaariibuu sebelum dilaporkan hilang, disahkan wajah tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

Ketua Unit Siasatan, Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Supritendan Amidon Anan berkata, imej berkenaan dikesan ke tika beliau membuat pemerhatian dan penelitian ke atas pergerakan mereka ketika berlegar-legar di lokasi tersebut.

Amidon, 56, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau pada mulanya dibekalkan dengan tiga keping gambar kaku iaitu ID 340 A (tertuduh pertama, Azilah) manakala B dan C (tertuduh kedua, Sirul Azhar) oleh pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP) Tonny Lunggan.

Berbekalkan gambar kaku tersebut, jelas Amidon, beliau diminta untuk membuat perbandingan dengan imej bergerak seperti yang dirakamkan oleh CCTV sebelum menjurus kepada satu keputusan.

Dengan bantuan Pengurus Operasi Hotel Malaya, Jimmy Loo Mow Chan (saksi pendakwa ke-17), kata Amidon, pita rakaman tersebut telah dimainkan mengikut tarikh 18 Oktober 2006 bermula pukul 16:50 (4.50 petang) hingga 17:00 (5 petang).

“Bagi memuaskan pandangan agar tidak tersilap pandang, pita tersebut telah dimainkan sebanyak dua kali. Saya berjaya mengenal pasti sebanyak lapan raut wajah (kerangka wajah) yang dikenal pasti sebagai wajah atau imej ID 340 A dan B (kini bahan bukti P340 A dan B),” jelas Amidon yang menjalankan pemerhatian tersebut pada 29 Mei lalu.

Ulasan : Moga keadilan akan terzahir. Kes ini sudah memakan masa yang agak lama. Konspirasi di sebalik kes ini perlu didedahkan.


KUALA LUMPUR 28 Nov - Kabinet yang membincangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman klip video perbualan telefon seorang peguam terkemuka dengan seorang hakim kanan untuk mengatur pelantikan hakim di negara ini, hari ini memutuskan terma-terma rujukan suruhanjaya tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, telah mengambil maklum semua pandangan berhubung pembentukan suruhanjaya itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bagaimanapun berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan senarai ahli yang akan menganggotai suruhanjaya berkenaan.

Sebaliknya, kata beliau, senarai ahli Suruhanjaya Diraja itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri selepas ini.

``Bila dan siapa (anggota Suruhanjaya Diraja), itu kita serahkan kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri sendiri yang akan membuat pengumuman,'' katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Ulasan : Diharapkan penggubalan TOR(Term of Reference) Suruhanjaya ini tidak ditangguhkan dan dibuat secepat mungkin. Imej badan kehakiman perlu dibersihkan jika benar komplot mengatur hakim berlaku.


PUTRAJAYA 28 Nov — Kira-kira 2.02 juta pekerja asing yang sah dan ekspatriat di negara ini kini diwajibkan memiliki I-Kad, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don.

Beliau berkata, mereka diberi tempoh hingga Ogos tahun depan untuk memiliki kad pintar berteknologi canggih tersebut.

Penggunaan I-Kad yang sebelum ini diperkenalkan kepada pelajar asing adalah bagi memudahkan proses semakan dan penguatkuasaan ke atas golongan berkenaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Ia sebagai satu dokumen perjalanan untuk menggantikan pasport bagi pekerja asing yang sah. Apabila mereka pergi bekerja dengan membawa pasport, dikhuatiri pasport tersebut akan rosak terutama bagi mereka yang bekerja dalam sektor seperti binaan dan perladangan,” katanya.

Wahid berkata, kad tersebut berbeza dari segi warna berdasarkan sektor pekerjaan iaitu warna emas bagi ekspatriat, pasangan mereka berwarna emas berbelang merah, pas lawatan sosial untuk program My Second Home (perak), pas lawatan kerja sementara (biru), pembantu rumah (ungu), perladangan (merah berbelang kuning), sektor-sektor lain (merah) dan pas pelajar (hijau).

Beliau berkata, tiada sebarang bayaran dikenakan bagi pengeluaran kali pertama kad tersebut tetapi jika berlaku kehilangan, bayaran akan dikenakan yang kadarnya akan ditentukan kelak.

Imigresen telah mengambil lebih 100 pekerja sambilan iaitu pegawai tadbir sementara untuk membantu mempercerpatkan proses pendaftaran bagi mengeluarkan kad tersebut, katanya.

Beliau berkata dari jumlah 2.02 juta yang diwajibkan memiliki kad tersebut, 726,561 (35.9 peratus) merupakan pekerja asing dalam sektor perkilangan, perladangan (343,280/17 peratus), pembantu rumah (317,537/15.8 peratus), pembinaan (285,943/14.1 peratus), perkhidmatan (192,200/9.5 peratus) dan pertanian (155,578/7.7 peratus).

Sementara itu Wahid kesal dengan segelintir kolej swasta yang tidak mengambil berat untuk mendaftar pelajar asing mereka bagi memiliki I-Kad.

Katanya, daripada 36,872 pelajar asing yang terdapat di dalam negara, seramai 26,016 daripadanya telah didaftarkan sementara kira-kira 10,000 lagi belum berbuat demikian.

Ulasan : Semoga idea yang diperkenalkan oleh Imigresen dapat membendung kemasukan PATI yang semakin ramai.


SUBANG 27 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangani perhimpunan haram apabila keadaan memerlukan untuk tindakan sedemikian.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun buat masa ini kerajaan masih menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat penilaian dan mengambil tindakan wajar bagi menjamin keselamatan negara.

‘‘ISA adalah satu tindakan pencegahan supaya kita dapat pelihara negara kita daripada berlaku sesuatu yang tidak baik yang boleh jejaskan keamanan, jadi saya tak tahulah (bila akan digunakan), tapi ISA tetap ada dan bila wajar digunakan akan digunakan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sekembalinya daripada lawatan ke Mesir dan menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Uganda di sini hari ini.

Abdullah mengulas perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) Ahad lalu yang bertukar menjadi ganas, tidak seperti yang dijanjikan oleh penganjurnya dengan penyokong pertubuhan itu bertindak agresif melontar batu dan besi ke arah polis.

Kumpulan itu yang berpecah di beberapa lokasi di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Yap Kwan Seng sejak pukul 6.30 pagi tidak mengendahkan nasihat polis untuk bersurai, turut mengeluarkan kata-kata kesat dan berbau perkauman.

Terdapat laporan beberapa siri perhimpunan haram oleh Hindraf akan diadakan lagi bulan depan bagi meneruskan tuntutan mereka.

Dalam pada itu, Abdullah yang dimaklumkan rasa tidak berpuas hati sesetengah pihak kononnya kerajaan terlalu berlembut terhadap Hindraf dan mahukan langkah tegas termasuk ISA dikenakan, beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata: ‘‘Yakah, saya sangat terkejut kerana ada orang mahukan ISA, saya ingat mereka tidak mahu ISA.’’

Menurut Perdana Menteri, perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Hindraf dan beberapa perhimpunan lain sebelum itu diadakan berikutan terdapat tanggapan bahawa pilihan raya umum semakin hampir.

‘‘Mereka anggap pilihan raya dah dekat, jadi timbullah bermacam-macam tuduhan kepada kerajaan. Tuduhan seperti ini bila dekat dengan pilihan raya, memang berlaku dulu,’’ jelasnya.

Mengenai kandungan memorandum Hindraf yang antara lain mendakwa UMNO menjadi dalang kepada pembunuhan 100 orang India di Kampung Medan pada tahun 2001, Abdullah menegaskan: ‘‘Dia kata orang UMNO bunuh, tak apa, UMNO kena ambil tindakan kalau macam itu.

‘‘100 orang UMNO yang bunuh, kita nak tahu mana bukti dia, ini tuduhan yang berat. Orang UMNO itu orang Melayu, bunuh 100 orang India, betulkah, awak (wartawan) pun tak tahu.’’

Memorandum itu yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dan ditandatangani penasihat undang-undang Hindraf, P. Uthayakumar dan dipapar dalam blog mereka antara lain turut meminta kerajaan Britain merujuk Malaysia ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana melakukan jenayah terhadap kaum minoriti India.

Pampasan

Perdana Menteri menambah, beliau juga dimaklumkan Hindraf telah meminta pampasan berjumlah trilion pound daripada kerajaan Britain atas dakwaan mengeksploitasi kaum India sebagai buruh.

‘‘Mereka nak minta sekian banyak wang, itu yang janji tiap-tiap orang India akan dapat RM1 juta. Suruh dia janji kepada semua orang India, mereka boleh sokong dia, semua akan dapat seorang sejuta, kayalah, Hindraf pandaikan,’’ ujarnya.

Menurut Abdullah, beliau turut kesal kerana segala dakwaan tidak berasas seperti yang terkandung di dalam memorandum itu telah disebarkan di dalam Internet.

‘‘Kebebasan Internet sekarang ini sudah dinodai oleh setengah orang dalam membuat tuduhan yang bukan-bukan.

‘‘Saya tak mahu mereka melakukan ini semua, kita tahu mereka ada kebebasan tetapi kalau mereka muat turun, siar dan sebarkan risalah yang membuat tuduhan seperti ini, sudah tentulah tindakan boleh diambil,’’ tegasnya.

Ditanya tindakan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Cameron Highlands, S. K. Devamany yang mempersoalkan dasar kerajaan yang dikatakan meminggir kaum India, Abdullah berkata, kerajaan bersikap adil dalam melaksanakan dasarnya tanpa bertumpu kepada satu kaum sahaja.

‘‘Kita tahu apa yang kita laksanakan tak semestinya semua 100 peratus orang suka.

Kita perlu mengimbangi daripada segi pengagihan supaya pembangunan disebarkan ke seluruh negara dan ini mesti menjadi satu usaha kita semua, bukan hanya kerajaan,’’ jelasnya.

Ulasan : Pak Lah menjawab untuk menjelaskan keadaan. HINDRAF perlu faham perkara ini. Namun ISA bukan penyelesaiannya. Masih ada akta lain yang boleh digunapakai untuk mendakwa dalang di sebalik perhimpunan HINDRAF tempoh hari.


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan kerajaan akan mengenakan kenaikan kecil harga minyak domestik berikutan peningkatan bahan bakar itu yang kini hampir mencecah AS$100 (RM336) setong.

Pengarah Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berpendapat, kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen adalah munasabah berbanding spekulasi sebanyak 80 sen.

“Macam-macam spekulasi dibuat berhubung kadar kenaikan harga minyak, ada yang menyatakan kerajaan akan menaikkan harga minyak sebanyak 80 sen seliter.

‘‘Tetapi selepas mengambil kira kenaikan minyak yang berterusan ini, bagi saya kenaikan sebanyak 30 sen adalah munasabah,’’ katanya ketika ditemui pada Forum Tinjauan Ekonomi Kebangsaan 2008-2009 di sini hari ini.

Menurut Mohamed Ariff, kadar kenaikan itu sebenarnya masih rendah berbanding kenaikan yang berlaku di negara-negara lain.

Malah, katanya, Malaysia merupakan negara kedua yang menikmati harga minyak paling rendah di dunia.

Mohamed Ariff berkata, kenaikan harga minyak pasti berlaku kerana kerajaan tidak mungkin berupaya menampung jumlah subsidi minyak yang lebih besar.

“Sekarang kerajaan membelanjakan sebanyak RM16 bilion untuk subsidi minyak dan tidak mungkin kerajaan berupaya untuk terus menanggung subsidi minyak yang semakin meningkat.

“Harga minyak akan naik, cuma masanya sahaja yang tidak dapat ditentukan,’’ jelasnya yang yakin kerajaan akan mengenakan kenaikan harga minyak yang sedikit untuk mengurangkan beban rakyat.

Katanya, kenaikan harga minyak domestik bakal memberi implikasi terhadap keseluruhan perbelanjaan rakyat berikutan kenaikan kos pengangkutan akan menyebabkan harga barangan turut naik.

Berikutan itu, tambah beliau, kadar inflasi negara juga dijangka meningkat kepada tiga peratus tahun depan.

Menurut Mohamed Ariff, walaupun kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak namun pendapatan kerajaan tidak terjejas kerana Malaysia merupakan negara pengeksport minyak bersih.

Malah, katanya, Malaysia dijangka memperoleh peningkatan pendapatan hasil daripada kenaikan harga minyak mentah.

Selain itu, tambah beliau, pengukuhan ringgit juga membolehkan negara mengimport barangan pada harga yang lebih murah.

Ulasan : Memang harga minyak akan naik memandangkan harga di pasaran dunia semakin meningkat. Kepada pemerintah, lakukanlah sedaya upaya untuk mengelakkan kenaikan harga minyak yang akan mencetuskan teori domino(harga barang juga akan naik).


KAJANG 27 Nov. – Kementerian Pelajaran bersedia menguatkuasakan hukuman rotan terhadap pelajar perempuan yang melanggar peraturan sekolah, mulai tahun hadapan.

Selain itu, kementerian akan menguatkuasakan larangan penggunaan telefon bimbit di kawasan sekolah walaupun tindakan itu pernah mendapat bantahan keras termasuk daripada ibu bapa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, kedua-dua peraturan itu adalah cadangan dan mandat pelbagai pihak termasuk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) yang dikemukakan pada Seminar Kebangsaan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2007 yang berakhir hari ini.

Menurut beliau, kaedah merotan itu akan diperincikan secara teliti kerana hukuman tersebut sebelum ini tidak pernah dikenakan terhadap pelajar perempuan.

Noh selaku Pengerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin Murid berkata, kedua-dua tindakan itu yang merupakan antara 21 cadangan yang dicapai dalam resolusi seminar akan dibincangkan oleh jawatankuasa teknikal dalam tempoh terdekat.

Katanya, ia kemudian akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam tempoh dua bulan untuk diperhalusi supaya tidak bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan hak asasi kanak-kanak sebelum dikemukakan kepada Kabinet.

Ulasan : Merotan pelajar perempuan boleh dinilai kembali. Benar, pelajar perempuan kini semakin advance. Tetapi, mungkin ada cara lain yang lebih baik dari merotan mereka sebagaimana yang dilakukan kepada pelajar lelaki. Larangan penggunaan handset di sekolah juga ada pro dan kontra. Saya secara peribadi menyokong penggunaan handset di kawasan sekolah dilarang.


PUTRAJAYA 27 Nov. – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan meminta jabatan dan agensi kerajaan agar tidak mengamalkan gaya perbelanjaan yang hanya dilakukan pada hujung tahun semata-mata bagi menghabiskan peruntukan tahunan.

Menurut beliau, ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan telah diminta agar mempunyai jadual perbelanjaan dan melaksanakan projek dan pembelian yang dirancang dengan teliti.

‘‘Saya sudah menyatakan kepada semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan bahawa dalam aktiviti perbelanjaan jangan buat macam ‘Christmas shopping’.

‘‘Dia kena ada jadual pembelian barangan dan projek yang betul-betul dirancang, itu yang penting dan bukan setakat nak habiskan peruntukan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kualiti Jabatan Perdana Menteri 2007 di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sidek, perbelanjaan kerajaan pada tahun ini dilakukan tepat pada sasarannya tetapi pada masa ini, jumlahnya masih rendah memandangkan tempoh kewangan bagi tahun ini masih belum berakhir.

Malah, katanya, keadaan itu juga disebabkan terdapat syarikat swasta yang terbabit dengan projek-projek kerajaan masih terus mengamalkan sikap menunggu pada hujung tahun bagi menghantar bil tuntutan pembayaran.

Ini katanya, menyebabkan kerajaan tidak dapat membuat pembayaran tepat pada waktunya.

‘‘Kerja-kerja telah dilaksanakan tetapi biasanya syarikat swasta tidak semestinya menghantar bil tuntutan tepat pada waktunya dan suka tunggu pada hujung tahun,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat kementerian yang berjaya mencatatkan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 14 hari sebanyak 100 peratus dan dari segi puratanya sebanyak 80 peratus pembayaran dibuat dalam tempoh tujuh hari.

‘‘Ini adalah salah satu contoh penambahbaikan sistem penyampaian awam,” katanya.

Ulasan : Diharap ingatan KSU ini diambil perhatian oleh semua agnesi dan jabatan kerajaan. Anda mengurus harta dana awam untuk maslahah rakyat!


Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude