
Dalam tempoh seminggu ini, negara digemparkan dengan penemuan semula virus HN 51 di Paya Jaras dan banjir kilat di ibu negara. Bagi saya, itu merupakan ingatan dari Tuhan Pencipta agar kita lebih berwaspada.
Lihat saja pembinaan terowong SMART yang kononnya dapat mengelakkan banjir kilat dan kesesakan-ternyata tidak berjaya. Ini kerana, bagi saya mungkin perancangannya tidak dibuat begitu rapi ataupun mungkin kerana kenyataan angkuh beberapa pihak yang berkenaan.
Justeru,dengan suasana yang agak membimbangkan ini, diharapkan pemerintah telus menyampaikan maklumat terkini kepada rakyat. Janganlah kerana hendakkan sokongan, maka semua cerita yang tidak enak dipadamkan begitu saja,sedangkan keadilan perlu ditegakkan!
11 Jun 2007, 25 Jamadil Awal 1428,
1.15 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan