Selasa, 12 Jun 2007

SMART Tunnel,Tol dan Samy



Kita bersimpati terhadap nasib warga kota Kuala Lumpur yang di timpa musibah berupa banjir besar yang berlaku semalam.Beberapa kawasan penting ibu negara telah ditenggelami air melebihi 1 meter. Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru, Keramat Kampung Chubadak dan Sentul. Masjid Jamek Jalan Bandar dan Dataran Merdeka, yang meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad turut ditenggelami air separas pinggang.



Walaupun kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, namun sesuatu perlu dilakukan segera bagi menangani masalah banjir di ibu kota ini. Kita berasa kesal dengan Jabatan Pengairan Dan Saliran yang gagal memberikan amaran awal kepada para penduduk bagi menghadapi banjir ini. Kenaikkan paras air di Sungai Gombak, Sungai Batu dan Sungai Kerayong telah diketahui lebih awal tetapi amaran awal tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak termasuklah Jabatan Bomba sehinggalah beberapa kawasan benar-benar ditenggelami air.

Kejadian seumpama ini telah berlaku sebanyak 3 kali sejak Kuala Lumpur menjejaki abad ke-21 dan ianya disifatkan yang terburuk di abad ini. Kita juga kecewa dengan sikap Menteri Kerja Raya Datuk Seri S.Samy Vellu yang sebelum ini telah mengumumkan dengan rasminya bahawa Projek Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) telah siap sepenuhnya. Kenyataan Samy telah dinafikan oleh Datuk Ir Keizrul Abdullah yang mengakui bahawa sistem pengurusan banjir terowong itu hanya akan berfungsi sepenuhnya pada Julai depan dengan siapnya kolam tadahan air di Kampung Berembang dan Taman Desa.

Penipuan ini benar-benar tidak dapat dimaafkan oleh rakyat kerana ianya menyebabkan kerugian yang banyak lantaran para penduduk menganggap bahawa kawasan yang mereka diami terutamanya di kawasan yang menjadi laluan terowong ini dikatakan selamat sebelum ini. Tindakan Samy yang mengumumkan kadar bayaran Tol sebanyak RM 2 Untuk pengguna Terowong SMART pada tengahari tadi benar-benar menyakitkan hati rakyat kerana rakyat kini tertanya-tanya sama ada terowong yang belum siap sepenuhnya ini selamat atau tidak? Bagaimana jika berlaku banjir lagi ? atau apakah yang akan berlaku sekiranya ada keretakkan atau runtuhan seperti mana projek-projek mega yang lain?

Penduduk kota belum lagi habis membersihkan sisa lumpur tinggalan banjir semalam tetapi Samy sudah mengumumkan pengutipan tol RM 2 yang akan bermula khamis ini (14 Jun 2006). Terowong ini dijangkakan akan gagal memikat hati pengguna jalanraya memandangkan fungsinya untuk melancarkan pergerakan lalulintas tidak tercapai kerana kesesakan tetap berlaku dihujung Tol SMART di Jalan Sg. Besi berhampiran Lapangan Terbang TUDM.

Justeru itu, kita menggesa agar Kerajaan mengambil satu inisiatif yang bijak dalam menangani 2 masalah utama rakyat di Kuala Lumpur ini. Banjir dan kesesakan jalan adalah 2 isu penting yang telah lama berlaku. Projek tebatan banjir, mendalamkan sungai dan menyiapkan terowong SMART ini perlu dilakukan dan disiapkan segera.

Selain itu, laluan keluar dari Terowong SMART ini perlu dibesarkan dan tol seharusnya ditutup kerana prasana rakyat ini telah dibayar oleh rakyat melalui cukai pendapatan mereka setiap tahun dan cukai-cukai lain termasuklah cukai jalan.
Kita juga berharap agar JPS, JKR, Bomba, Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL dapat bekerjasama bagi mewujudkan sistem amaran banjir di ibu kota ini bagi membantu mengurangkan kesan-kesan sampingan banjir seperti kehilangan nyawa dan harta benda.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude