
Agak terkejut saya malam tadi apabila Radhi OAG dan kumpulannya mendendangkan lagu Insya Allah. Ia berentak pop tetapi yag tidak manisnya lirik lagu itu menceritakan harapannya dengan seorang gadis.
Apatah lagi, saya merasakan perkataan Insya Allah dilagukan dengan sebegitu rupa. Saya yakin ramai di antara kita mungkin tercabar apabila mendengar lagu ini,kerana seolah-olah ia menyindir suatu lafaz yang sangat mulia dalam agama.
Insya Allah merujuk kepada dengan izin Allah. Ini bermakna, segala apa perbuatan yang kita telah rancang perlu disusuli dengan lafaz ini. Ia penting untuk mengingatkan kita, kerana Allah sebaik-baik penentu di atas segala usaha dan perancangan kita.
Yang saya pelik,kenapa lafaz Insya Allah dijadikan tajuk lagu dan cara alunannya yang sangat menyakitkan hati! Moga para ulama dan yag berkenaan dapat mengambil perhatian tentang perkara ini.
11 Jun 2007, 25 Jamadil Awal 1428
8.45 pagi, Malaysia Timur
4 ulasan:
ana terkejut dan hiba pabila baca artikel ustaz yang ini. perkataan ALLAH dan insyaALLAH dua kalimah yang teramat bisa dalam agama kita dijadikan bahan seloka dan hiburan.. Kali ini penampakannya lebih jelas, jika pun sebelum ini sudah ada model2 kalimah tempias agama digunakan oleh mereka yang 'tidak ingat Tuhan' ini..perkataan 'alhamdulillah, menang AF', syukur 'kerana diterima jadi model', insyaALLAH akan menjayakan konsert JomHeboh', 'insyaALLAh album rock akan laku' seumpamanya sudah menjadi mainan. ana melihat ini dari perspektif agamawan, apakah agamawan tidur dan tidak mampu menegur fenomena baru (yang tidak berapa baru ini?)dan menjadi subur dalam industri hiburan dan percakapan siapa saja di abad ini. ana terfikir apakah para agamawan tidak lagi punyai mekanisme utk menegur, berdakwah dan bersuara?? jika kita tidak bersuara, maka pastilah akan ada jua yg bersuara (dengan suara yang sumbang dan jauh dari nilai islam). jadi, marilah sama-sama kita berfikir dan bertindak terhadap bangsa dan maruah agama kita yang makin dicalari dan dihakis oleh mereka yang mengaku umatnya sendiri...jangan nanti 10 tahun lagi, anak anak kita bisa membaca bismillah sebelum berzina, menyebut insyaALLAh sebelum berjudi, dan menyebut alhamdulillah selepas meminum arak..wana`uzubillah min zaalik. AllAHUMMA SALLIMNA YA RABBANA..
Syukran di atas komentar yang baik. Yang penting di mana kita berada-suarakanlah kebenaran sekadar kemampuan kita moga mese Islam akan terus tersebar
Anda kenal Radhi OAG? Mgkin anda yang mencetuskan persoalan ini dan komen balas diatas seorg yg alim agama,tp anda tidak sepatutnya mempertikaikan kecetekan agama tiap insan bergelar artis.. Anda kenal Dr. Sam? Kenal bekas pelakon Ali Setan? Kenal Yusuf Islam? Kenal Aqeel Hayy? Siapa mereka di mata anda?
Tiap manusia terleka & punya silap.. Tidakkah persoalan ini hanya menyedarkan segelintir umat sahaja? Saya yakin penyataan ini menaikkan nafsu amarah sebahagian besar pembaca dan Radhi OAG nama yang dihighlightkan disitu menjadi mangsanya.. Anda yakinkah tiap pembaca akan sedar untuk menasihatkan Radhi? Malah akan memarahinya dan mgkin menjadi doa yang buruk buatnya. Maka jauh lagi taufik hidayat untuknya.. Tidakkah anda bersyukur akan lirik itu kerana sepanjang anda hidup berapa ramai rockstar yg menginginkan lagu ketuhanan? Bersyukurlah Ustaz2.. Spatutnya anda berjumpa dengan artis yg punya kesedaran ini yg mgkin sedikit terpesong dan menunjukkan jalan yg lebih baik utk mengaplikasikan bakat mereka. Hentam dan menghentam apa yg anada dapat? Mereka punya bakat kurniaan Allah yg sememangnya digilai ramai dan mampu menarik ramai lagi manusia. Ajarlah,beritahulah mereka dengan peluang mendekati manusia sebegitu mereka boleh menyampaikan berjuta kalimah hak. Biarpun anak-anak muda yg suka-suka menyanyikan lagu tersebut tp tidakkah Allah itu pemurah dengan memberikan ganjaran walaupun namaNya disebut tanpa niat yg sebenar drpd hidup berjuta tahun namun tidak sekali pun tersebut nama Allah.. Fikirkan dulu aras pengetahuan agama mereka, bersyukurkah anda dengan kesedaran ini namun memberi ruang untuk ramai pembaca membenci Radhi? Dia umat Nabi juga,sedara kita juga. Berhati-hati,jika alunannya menyakitkan hati namun pahalanya mgkin berganda dengan membuatkan ramai manusia yg ramai tidak membawa agama dlm hidup mereka menyebut nama Allah.. Penipulah anda jika anda semua tidak sukakan hiburan.. Adalah harus bagi manusia untuk berhibur ketika keadaan tertentu.. Muzik & hiburan haramkah? Rumah anda tiada TV? Radio? Handset silent 24jam ke? Kereta xde CD player? Iklan buka puasa malah pengumuman masuk waktu azan pun telah menipu anda dengan muzik padang pasir yg arrangementnya berasal drpd Israel.. Muzik dan hiburan bukan zat yg berdosa malah manusia yg membawanya berhak diberitahu sebelum diperlakukan begini.. Kita yg sedar akan perkara ini sepatutnya berjumpa beritahu mereka diluar sana. Janganlah begini,kesian Radhi OAG.. Beliau umat Nabi,nun berada di Masjid Seri Petaling berazam kuat untuk cuba mengislahkan dirinya.. Carilah,banyak lagi lagu Radhi yang liriknya seumpama lagu InsyaAllah ini.. Jelas pertikaian anda pada satu lagu ini sahaja menunjukkan anda bknnya mengkaji sedalam-dalamnya.. Maaf..
mengapa begitu kolot? maher zain nyanyi lagu inshaallah tak bising pulak? duhh
Catat Ulasan