Sabtu, 5 Julai 2008

Iktibar Dari Protes 678 (6 Julai 2008)






Salam buat semua pembaca budiman. Saya kira dalam masa 2-3 hari ini, isu kegagalan Protes akan terus dibincangkan oleh media massa dan para bloggers. Tidak seperti Himpunan Bersih pada Februari 2008 yang lalu, Protes kali ini kelihatan gagal untuk menarik sebahagian besar masyarakat untuk turun memprotes kenaikan harga minyak dan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Dicemari insiden penyanyi kumpulan underground yang cuba melondehkan seluar di depan khalayak(walaupun beliau menyatakan ada unsur sabotaj dan terlampau makhsyuk dengan lagu yang didendangkan), sebagai rakyat Malaysia dan individu Muslim, sukar kita menerima hiburan seumpama ini.

Boikot oleh Unit Amal PAS seramai 700 orang membuktikan PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam tidak akan berkompromi dengan hal sebegini. Biarpun Hishamduddin Rais sebagai Pengarah Persembahan, mengaku bertanggungjawab, tetapi ia ibarat akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Insiden ini dijadikan modal oleh pemerintah untuk menafikan keupayaan penganjur Protes dalam mengendalikan perhimpunan secara profesional dan teratur.

Bagi saya, pengalaman bersama dengan kumpulan sosialis yang diterajui Hishamuddin Rais yang berpusat di Bangsar, menyedarkan saya bahawa walaupun namanya Islam, tetapi jauh dari penghayatan agama. Benar mereka sangat menentang rasuah, kronisme dan juga penyelewengan dalam pentadbiran negara, tetapi pada waktu yang sama ada di antara mereka yang mengabaikan solat, seks bebas dan dicandukan dengan hiburan underground.

Iktibar dari Protes 678, sebagai ahli Pakatan Rakyat, pimpinan PAS dan ahli PAS sewajarnya berpegang teguh dengan prinsip mereka di samping bertolak ansur dalam perkara yang selama mana tidak bercanggah dengan syarak. Masih ada ruang dan peluang untuk berdakwah dengan ahli Pakatan Rakyat yang lain seperti PKR dan DAP.

Benar, matlamat dan tujuan PR sama-tetapi ahli PR perlu menghormati prinsip ahli PR yang lain. Saya tetap yakin, Islam adalah agama yang terbaik. Insya allah jika kena cara dan strateginya, tidak mustahil PAS mampu mengetuai Pakatan Rakyat di sebalik isu samar kebenaran liwat yang menimpa Anwar Ibrahim, yang masih sukar diramal strategi dan pendekatan politiknya.

Marliah kita berdoa, agar Pakatan Rakyat terus teguh. Jangan hanya kerana tersilap langkah dan tidak berfikir bijak, akhirnya Pakatan Rakyat jadi rapuh dan lalu roboh !


7 Julai 2008, 4 Rejab 1429 Hijrah


Malaysia Timur, 6.50 petang.

Akuan berkanun tidak boleh ditarik balik

Akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak boleh ditarik balik, kata Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

Katanya, akuan bersumpah itu dibuat mengikut prosedur betul dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

"Akuan bersumpah adalah dokumen yang mengandungi keterangan yang diberi di bawah ikrar. Pengakuan bertulis di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dalam kes ini semua keterangan diberi secara bersumpah tidak boleh ditarik balik," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu akuan bersumpah boleh diselitkan tambahan atau pembetulan dan seperti dalam kes di mana seorang saksi memberi keterangan palsu di mahkamah dan sesiapa yang membuat akuan bersumpah palsu boleh melakukan satu kesalahan," katanya kepada Bernama semalam.

Semalam, Balasubramaniam, yang pernah memberi keterangan sebagai saksi pertama pendakwaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, mengedarkan akuan bersumpah setebal 16 muka surat pada 1 Julai dengan mendakwa wanita Mongolia yang dibunuh itu mempunyai hubungan dengan Najib.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 11.30 pagi ini, Balasubramaniam , menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya dengan mengatakan kandungan akuan itu mengenai Najib adalah tidak benar.

Sementara itu, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama kes pembunuhan Altantuya, berkata Balasubramaniam mempunyai hak untuk menggantikan akuan bersumpahnya dengan yang baru.

Komen peguam tertuduh

"Beliau tidak perlu melalui proses di mahkamah untuk akuan bersumpah yang baru, tetapi apakah status akuan yang sebelumnya?. Adakah ia satu penipuan?.

"Terserah kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan ke atasnya," kata Hazman yang dihubungi Bernama.

Peguam Hasnal Redzua Marican yang mewakili Koperal Sirul Azhar Omar, tertuduh kedua kes yang sama, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan akuan bersumpah ditarik balik.

Peguam Amer Hamzah Arsyad berkata perbuatan Balasubramaniam adalah tidak wajar dan seolah-olah mempermainkan undang-undang negara.

Tambahnya, bekas anggota polis itu sepatutnya berpendirian teguh dengan setiap dakwaan dalam kenyataannya sebelum ini.

Ulasan : Semacam ada sesuatu di sebalik penarikan akuan bersumpah Bala. Apapun kita berdoa kepada Allah agar kebenaran akan tertegak-hanya Allah, malaikat, jin, Najib, Altantuya, Rosmah, Anwar, Saiful yang tahu perkara yg sebenarnya!

Jumaat, 4 Julai 2008

SMAP Kajang juara Bahas Piala Perdana Menteri

PUTRAJAYA 4 Julai - Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor muncul juara Bahas Piala Perdana Menteri ke-35 setelah menewaskan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SMSRTAS), Ipoh, Perak pada pertandingan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kemenangan kali ketiga SMAP Kajang sejak 2003 itu menjadi lebih bermakna apabila salah seorang pembahasnya, Mohamad Hisyamuddin Ghazali dipilih sebagai pendebat terbaik.

Menurut Mohamad Hisyamuddin, semangat berkumpulan dan latihan berterusan yang diamalkan oleh ahli kumpulannya memberi kesan yang cukup besar apabila diumumkan sebagai juara pertandingan itu.

''Selain membuat kajian terperinci mengenai tajuk yang dibahaskan, kami turut membuat latihan vokal dan gaya persembahan supaya memantapkan lagi perbahasan kumpulan kami," katanya yang pernah menjadi juara Kejohanan Debat Sekolah Malaysia anjuran Universiti Islam Antarabangsa, baru-baru ini.

Selain Mohamad Hisyamuddin, SMAP Kajang diwakili Mohammad Mustaqim Malek, Mohd. Nur Afiq Mohd. Yasim dan Hairul Izlan Mohd. Shamsudin.

SMSRTAS pula diwakili Muhammad Aleiff Tajuddin, Muhammad Adzlan Syazni, Muhammad Nazrul Anas Zunaidi dan Nisreen Afifah Nadzri.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.

Sementara itu, bagi kategori debat bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor muncul juara mengetepikan pencabar mereka dari Maktab Tentera Diraja (MTD).

Mereka diwakili N. Mahheran, Ahmad Hazim Ahmad Sofian, Muhammad Asyrani Abdullah Zawawi dan Nur Shuhada Musa, manakala MTD diwakili oleh Cleophas John Gordon, Amirul Arzahar, Ahmad Amir Azfar Shahidan dan Syed Sadiq Syed Abdul Rahman.

Sebanyak 55 buah sekolah berasrama penuh mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij yang bertujuan melahirkan pemimpin dinamis, cerdas dan bijaksana di peringkat sekolah.

Ulasan : Tahniah buat adik-adik SMAPIAN yang mengharumkan nama SMAP Kajang. Setelah hampir 11 tahun meninggalkan SMAP Kajang, saya akur banyak perkara yang saya belajar di sana dalam soal mematangkan diri dalam menjadi seorang pemimpin yang baik. Kenangan SPM pada tahun 1997, batch saya mendapat 100% pangkat 1 dalap SPM. Kini ramai di antara mereka yang berkaya dalam larier masing-masing-ada yg jadi PTD, Lecturer, Lawyer, Dr, Engineer, Kerja sendiri dll. Buat SMAPIAN 1997-You all are the best !

Teori Konspirasi-A Kadir Jasin

NEGARA kita Malaysia tidak syak lagi adalah antara negara di dunia yang mempunyai suasana politik yang paling cergas, kompleks dan sensasi.

Bercakaplah dengan mana-mana diplomat, pelabur, penyelidik dan wartawan asing mereka pasti mengakui hakikat ini.

Ada yang mengatakan ini merugikan dan tidak kurang pula berkata ia adalah contoh demokrasi yang sihat.

Apa pun kebenarannya, hakikat bahawa Malaysia berdiri teguh sebagai salah sebuah negara bekas tanah jajahan yang paling berjaya adalah hasil daripada suasana ini.

Tentunyalah dalam suasana politik yang cergas, kompleks dan sensasi ini wujud aspek-aspek yang kurang sihat dan kurang produktif. Justeru itu ada yang mengatakan kita menghabiskan terlalu banyak masa berpolitik.

Antara ciri yang kurang sihat itu, pada pendapat sesetengah pihak, adalah keterdedahan politik kita kepada teori konspirasi (conspiracy theory) atau teori persekongkolan.

Teori konspirasi ditakrifkan sebagai teori yang diajukan untuk menerangkan sesuatu kes atau perkara sebagai satu plot atau percubaan oleh kumpulan atau pakatan sulit.

(A theory seeking to explain a disputed case or matter as a plot by a secret group or alliance rather than an individual or isolated act.)

Maka tidak hairanlah jika wujud begitu banyak teori konspirasi mengenai pelbagai kejadian dan perkembangan semasa yang sedang berlaku dalam arena politik Malaysia.

Yang terbaru dan paling sensasi adalah mengenai Surat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) Raja Petra Kamaruddin dan aduan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Dalam ketaasuban membentuk dan mempopularkan teori persekongkolan ini, fakta dan realiti sering dilupakan atau sengaja diketepikan. Yang menjadi pertimbangan bukan isu pokok tetapi siapa yang terbabit menggembar-gemburkannya.

Antara teori konspirasi yang popular mengenai dua kes ini adalah:-

1. RPK tidak bertindak berseorangan. Dia bersekongkol dengan individu atau kumpulan tertentu. Matlamatnya adalah untuk menjatuhkan atau setidak-tidaknya menyekat kemaraan Mohd Najib Abdul Razak;

2. Mohd Saiful Bukhari b Azlan tidak bertindak berseorangan. Dia bersekongkol dengan individu atau kumpulan tertentu. Matlamatnya adalah untuk menjatuhkan atau setidak-tidaknya menyekat kemaraan Anwar; dan

3. Bahawa semua ini sengaja diada-adakan bagi menutup kelemahan kerajaan dalam menangani kenaikan kos sara hidup dan kegagalan Anwar memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional berpaling tadah.

Dalam kes surat akuan bersumpah RPK, antara pihak yang didakwa berpakat adalah Anwar atau kumpulannya kerana RPK adalah antara penyokong Anwar yang paling lantang ketika gerakan Reformasi tahun 1999.

Teori ini berlandaskan hujah bahawa musuh politik utama Anwar bukanlah Abdullah Ahmad Badawi tetapi Mohd Najib. Jadi, menjatuhkan Mohd Najib adalah antara matlamat utama Anwar dalam usahanya untuk kembali berkuasa.

Mengapa tidak Abdullah sedangkan dialah Perdana Menteri dan Presiden Umno?

Pertama Anwar jarang sekali menyerang Abdullah secara peribadi. Kedua Anwar menganggap Abdullah sebagai sudah berada di pintu keluar bagi kedua-dua jawatan itu.

Ketiga Anwar mempunyai perasaan kasihan terhadap Abdullah sebagai orang senegeri (Pulau Pinang). Keempat dia berasa terhutang budi kepada Abdullah kerana pembebasannya daripada penjara dan tuduhan liwat berlaku sebaik sahaja Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Dan kelima kerana Abdullah dan menantunya, Khairy Jamaluddin, telah memudahkan pemergiannya ke luar negara (Jerman) untuk rawatan perubatan sebaik sahaja dibebaskan pada tahun 2004.

Hakikat bahawa RPK mungkin memperjuangkan kebenaran dan keadilan nampaknya tidak begitu penting kepada pencipta teori konspirasi ini. Yang penting adalah implikasi politik akuan bersumpah beliau terhadap Mohd Najib.

Malah lebih sensasi daripada itu adalah hakikat bahawa para pencipta teori konspirasi tidak menolak kemungkinan berlaku persekongkolan antara RPK dengan Kem Abdullah.

Ini adalah kerana Mohd Najib dilihat sebagai pencabar paling berwibawa kepada Abdullah untuk jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Mohd Najib, walaupun nampak tidak yakin dan sering berdolak-dalik mengenai kesetiaannya kepada Abdullah, sebenarnya berada di ambang pintu untuk mengumumkan kesediaannya bertanding jawatan Presiden Umno Disember ini.

Hakikat bahawa RPK adalah pengkritik utama dan paling keras Pentadbiran Abdullah melalui portal berita Malaysia-Todaynya tidak diambil endah oleh para pencipta teori konspirasi.

Malah ada yang mengatakan ini adalah cara PRK berlaku adil kepada semua pihak. Ada pemerhati melihat RPK sebagai jelmaan atau gabungan antara seorang pejuang kebenaran dan keadilan dengan seorang anarkis (anarchist) yang matlamatnya memporak-perandakan keadaan.

Semua pihak yang didakwa oleh RPK dalam Surat Akuan Bersumpahnya telah menafikan pembabitan mereka. Dua daripada mereka iaitu pasangan suami isteri Lt. Kol. Abdul Aziz Bin Buyong dan Lt. Kol. Norhayati Hassan telah mengemukakan saman malu ke atas beliau manakala Rosmah Mansor, isteri Mohd Najib, telah menafikannya dalam kenyataan kepada polis.

Promoter teori konspirasi mengenai tuduhan liwat terhadap Anwar pula melihatnya sebagai ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

Mereka menggunakan maklumat domain awam seperti laporan blog, gambar dan cakap-cakap kedai kopi untuk mengemukakan teori bahawa laporan liwat itu ada kaitan dengan Mohd Najib atau pihak-pihak yang bersangkutan dengannya.

Ia dilihat sebagai tindak balas kepada Surat Akuan Bersumpah RPK.

Bagi mereka, gambar-gambar blog yang menunjukkan Saiful Bukhari beraksi di ruang legar Pejabat TPM dengan bertemankan pegawai khas Mohd Najib yang dikenali sebagai Khairil Anas adalah “gospel truth” – kebenaran mutlak – bahawa sesuatu yang rahsia telah berlaku.

Mengapa tidak? Adalah luar biasa bagi seorang pemuda kacak yang nampak begitu intim dengan para pembesar Umno tiba-tiba menjadi pembantu khas Anwar ketika pilihan raya umum lalu.

Bunyi seakan-akan plot dan watak dalam novel-novel perisikan dan konspirasi John le Carré (aka David John Moore Cornwell).

Antara soalan yang perlu dijawab di arena politik, kepolisan dan kehakiman untuk mematikan pelbagai teori konspirasi ini adalah:

1. Adakah pihak-pihak tertentu di Pejabat Abdullah, Pejabat Mohd Najib, Umno, PDRM dan Kamar Peguam Negara mempunyai maklumat awal sebelum Saiful Bukhari membuat laporan polis?;

2. Apakah kaitan antara Saiful Bukhari dengan Khairil Anas sekadar bergambar kenang-kenangan di ruang legar Pejabat Timbalan Perdana Menteri?;

3. Bagaimana seorang muda berusia 23 tahun dan berupa pemimpin pelajar Universiti Tenaga Nasional merelakan dirinya dicabul berulang kali sebelum membuat laporan polis?;

4. Apakah relevannya tarikh-tarikh tertentu dalam time-line dakwaan liwat itu serta individu-individu yang dikatakan terbabit? (Dalam proses siasatan, Saiful Bukhari pasti akan disoal mengenai siapa yang ditemuinya sebelum dan selepas membuat laporan itu.); dan

5. Adakah peranan beberapa nama yang turut disebut-sebut sebagai “the players” dalam drama ini seperti Ezam, Rohaimi dan Khairil?

Memecah dan menafikan teori-teori konspirasi ini adalah penting bagi mempertahankan kewibawaan dan integriti apa jua tindakan undang-undang yang akan diambil berkaitan akuan bersumpah PKR dan laporan liwat terhadap Anwar.

Bukan tugas mahkamah mengadili teori konspirasi atau apa jua teori. Tugas mahkamah adalah mengadili sama ada apa yang didakwa itu berlaku “tanpa sebarang keraguan” atau tidak.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude