Isnin, 26 Mei 2008

Pakaian pelajar perempuan: Ketua Muslimat PAS bidas Hishamuddin

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar dibidas Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh.

Beliau yang kesal dengan kenyataan Hishamuddin memberitahu bahawa aspek pakaian sama ada pelajar mahupun orang dewasa telah ditentukan oleh Islam kepada penganutnya bagi mengelakkan gejala tidak bermoral berlaku dengan berleluasa.

"Tuntutan agama ialah menutup dan menjaga aurat termasuk memakai tudung bagi pelajar perempuan Islam. Oleh itu Kementerian mestilah mengambil kira cadangan pelbagai pihak khususnya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk memastikan soal berpakaian ini dititik beratkan.

"Walaupun si pelaku atau penjenayah seks tidak mengira soal pakaian namun bagi semua pihak khususnya kaum wanita tidaklah boleh memandang remeh bab pakaian ini bahkan agama memberi garis panduan yang jelas tentang pakaian yang boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nuridah menyatakan bahawa sesuatu kejadian itu terutama yang melibatkan maksiat ataupun jenayah seks tidak akan berlaku sekiranya tidak melibatkan kedua-dua pihak atau keadaan sekekeling yang mengundang kepada perbuatan tidak senonoh itu.

"Pintu rangsangan itu mestilah ditutup terlebih dahulu sebagai langkah awal kerana sudah jelas bahawa pakaian yang menjolok mata seperti pakaian seragam sekolah yang nipis dan telus (transparent) mengundang nafsu orang lain melihatnya.

"Saya harap Hishamuddin merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan seweang-wenangnya malah mesti dilihat mahu membuat perubahan demi keselamatan pelar-pelajar sekolah khususnya perempuan," katanya

Beliau juga mahu ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.

Sungguhpun begitu, beliau tidak mahu perubahan drastik dilakukan ke atas pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.

"Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai," katanya memberi saranan.

Ulasan : Kepada ibu bapa yang faham tentang tuntutan agama, berusahalah membeli pakaian sekolah yang tebal sedikit dari biasa untuk mengelakkan ia terlalu jarang. Dan berusahalah mendidik anak-anak perempuan khususnya menutup aurat dengan memakai tudung yang panjangnya melepasi bawah dada.

Husam ajak Ezam sertai PAS


Naib presiden PAS mengundang bekas ketua Angkatan Muda PKR Mohamad Ezam Mohd Noor menyertai parti itu.

Datuk Husam Musa, yang mengakui rapat dengan Mohamad Ezam berkata, pelawaan itu kerana bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu belum lagi mengumumkan untuk menyertai Umno.

"Dia belum buat keputusan hanya media Umno yang buat bising.

"Biarlah Ezam buat keputusan dulu. Mana tau esok dia masuk PAS," katanya, lapor Bernama.

Sementara itu di Kuala Lumpur, ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Umno boleh menerima Ezam sebagai ahli biasa.

Ketika ditanya mengenai sama ada bekas tokoh utama PKR itu ditawarkan jawatan tertentu sekiranya menyertai Umno, Muhammad berkata: "Beliau adalah ahli biasa. Saya tidak mempunyai kedudukan untuk menawarkannya sebarang jawatan. Itu terpulang kepada pucuk pimpinan."

Beliau berkata Umno tidak ada masalah untuk menerima Ezam dan juga mana-mana individu yang berminat menyertai parti itu sama ada mereka bekas anggota yang keluar parti atau anggota baru.

"Saya fikir beliau seorang bekas anggota parti yang ingin kembali semula kepada parti. Kalau ada keinginan, saya fikir Umno tidak ada halangan seperti yang berlaku pada masa yang lepas," katanya selepas melancarkan buku 'Politik Hantu' di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Ulasan : Diharap Ezam dapat membuat pemilihan yang tepat parti mana yang akan disertainya. Selaras dengan perjuangannya dalam GERAK, beliau harus memilih parti yang mempunyai dasar yang selari dalam membanteras rasuah. Tepuk dada tanya iman!

Khamis, 22 Mei 2008

Dua bekas presiden mahu UM batalkan cadangan jual tanah


Dua bekas presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mahu universiti berkenaan membatalkan niat untuk menjual tanah seluas 11 hektar di kampus utama Lembah Pantai kepada pihak pemaju yang bercadang mendirikan kondominium mewah di situ.

Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan Muhammad Haji Husain (Pasir Puteh) dalam satu sidang akhbar di parlimen hari ini berkata cadangan ini menunjukkan pihak universiti tertua itu gagal membuat penilaian wajar terhadap kepentingan masa depan kawasan milik pusat pendidikan yang strategik dan mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi.

Tindakan penjualan ini sekiranya benar-benar dilaksanakan kata Mohd Nasir akan membawa pelbagai implikasi termasuk menghilang dan menghakis peranan dan integriti universiti dalam usaha membina intelektual kelas pertama.

Menurut beliau dalam kegemparan Universiti Malaya begitu merudum dalam "ranking" kecemerlangan di peringkat antarabangsa, sepatutnya pihak pengurusan bertungkus lumus menggunakan segala yang ada untuk mengembalikan kedudukan asal pusat pengajian ternama itu dan bukannya sibuk untuk melepaskan harta kepunyaan sendiri kepada pihak lain.

"Kita masih terus menerus mendengar rintihan para pelajar yang tidak cukup tempat kediaman dan terpaksa menyewa di luar dalam keadaan kos yang terus meningkat sekarang maka seharusnya pihak universiti memberi keutamaan untuk menggunakan kawasan yang masih ada untuk tujuan kritikal ini," ulas beliau.

Beliau turut mendedahkan bahawa kawasan yang cuba dijual itu kini sedang digunakan oleh beberapa unit penting universiti berkenaan termasuk PALAPES, persatuan kakitangan akademik dan persatuan Alumni universiti.

"Dengan melepaskan kawasan strategik ini kepada pihak lain, ke mana unit-unit penting di universiti ini akan menjalankan aktiviti mereka?," soal beliau lagi. - ILHAM Centre

Ulasan : 2 tokoh yang saya kagumi kini menjadi Ahli Parlimen. Siapa sangka, ketentuan Allah melangkaui segalanya. Ustaz Muhammad Hussin-ex Presiden PMIUM tahun 1983, manakal Ustaz Nasir Zakaria-ex Presiden PMIUM tahun 1999. Moga kesepaduan mereka dapat gegarkan Parlimen dan memperjuangkan kebajikan rakyat. Syabas dan tahniah ustaz.

MT sokong Abdullah


KUALA LUMPUR 21 Mei – Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat lebih tiga jam sehingga lewat tengah malam ini memutuskan memberi sokongan kepada Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus memimpin parti dan menggerakkan pelan pemulihan politik UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang diminta oleh Abdullah membentangkan apa yang telah diputuskan pada mesyuarat itu, berkata, dalam mesyuarat khas itu MT juga membincangkan pengisytiharan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk keluar daripada UMNO.

“Mesyuarat MT telah mengambil maklum bahawa Tun Dr. Mahathir telah mengutuskan surat secara rasmi kepada UMNO untuk keluar parti.

“MT berharap Tun dapat kembali kepada parti satu masa nanti,'' kata Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Menara Datuk Onn di sini.

Ditanya adakah kenyataannya itu bermakna pucuk pimpinan UMNO menerima keputusan Dr. Mahathir itu, Timbalan Perdana Menteri mengulangi bahawa MT menerima dan mengambil maklum namun menzahirkan harapan agar bekas Presiden UMNO dan perdana menteri selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu akan kembali kepada parti.

“Ini bukan kehendak kita, (Tun) ambil keputusan sendiri untuk keluar parti,'' ujarnya.

Isnin lalu, Dr. Mahathir mengumumkan beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah yang juga Perdana Menteri meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

Mengenai rancangannya untuk menemui Dr. Mahathir, Najib berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa tetapi semua pihak sedia maklum pendirian bekas Perdana Menteri itu pada masa ini.

Terdahulu, Abdullah mengumumkan mesyuarat tersebut membincangkan dua perkara iaitu surat Dr. Mahathir dan pelan pemulihan politik UMNO.

Menurut Perdana Menteri, rangka pelan itu telah dibincangkan sebanyak dua kali oleh MT dan hanya perlu diperhalusi sekali lagi untuk dimuktamadkan.

Beliau kemudian menyerahkan sesi sidang akhbar kepada timbalannya untuk menjelaskan dengan lebih lanjut kedua-dua perkara tersebut.

Najib memberitahu, pelan pemulihan itu akan menjadi landasan kepada UMNO untuk bergerak bersungguh-sungguh memperkasakan parti dan mengembalikan kepercayaan ahli-ahli dan rakyat.

Ditanya sama ada isu peralihan kuasa antara beliau dan Abdullah disentuh pada mesyuarat malam ini, Najib berkata: “Ia tidak dibincangkan... ini saya akan bincang dengan Perdana Menteri.”

Mengenai kedudukan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir, beliau memberitahu perkara itu juga tidak dibincangkan.

MT, kata Najib, menyerahkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO untuk menangani isu itu.

Timbalan Perdana Menteri juga ditanya tentang kemungkinan ramai ahli UMNO mengikut jejak Dr. Mahathir meninggalkan parti.

Beliau menolak kemungkinan dengan berkata: “Kita tidak jangkakan ramai yang keluar. Kita yakin ahli-ahli parti setia pada UMNO dan akan kekal dalam UMNO... kalau ada apa-apa masalah ia mesti diselesaikan dalam UMNO,” katanya.

Diminta menjelaskan secara terperinci bentuk pelan pemulihan politik yang akan dilaksanakan UMNO, Najib meminta semua pihak bersabar menanti pengumumannya tidak lama lagi.

Ulasan : Nampaknya semua masih bersikap tenang walaupun hakikatnya besar kesan keluarnya Tun Mahathir dari UMNO. Semua cool and steady seolah-olah tiada apa-apa. Apapun kita tunggu dan lihat apa pelan pemulihan yang dicadangkan oleh UMNO.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude