Khamis, 22 Mei 2008

Dua bekas presiden mahu UM batalkan cadangan jual tanah


Dua bekas presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mahu universiti berkenaan membatalkan niat untuk menjual tanah seluas 11 hektar di kampus utama Lembah Pantai kepada pihak pemaju yang bercadang mendirikan kondominium mewah di situ.

Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan Muhammad Haji Husain (Pasir Puteh) dalam satu sidang akhbar di parlimen hari ini berkata cadangan ini menunjukkan pihak universiti tertua itu gagal membuat penilaian wajar terhadap kepentingan masa depan kawasan milik pusat pendidikan yang strategik dan mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi.

Tindakan penjualan ini sekiranya benar-benar dilaksanakan kata Mohd Nasir akan membawa pelbagai implikasi termasuk menghilang dan menghakis peranan dan integriti universiti dalam usaha membina intelektual kelas pertama.

Menurut beliau dalam kegemparan Universiti Malaya begitu merudum dalam "ranking" kecemerlangan di peringkat antarabangsa, sepatutnya pihak pengurusan bertungkus lumus menggunakan segala yang ada untuk mengembalikan kedudukan asal pusat pengajian ternama itu dan bukannya sibuk untuk melepaskan harta kepunyaan sendiri kepada pihak lain.

"Kita masih terus menerus mendengar rintihan para pelajar yang tidak cukup tempat kediaman dan terpaksa menyewa di luar dalam keadaan kos yang terus meningkat sekarang maka seharusnya pihak universiti memberi keutamaan untuk menggunakan kawasan yang masih ada untuk tujuan kritikal ini," ulas beliau.

Beliau turut mendedahkan bahawa kawasan yang cuba dijual itu kini sedang digunakan oleh beberapa unit penting universiti berkenaan termasuk PALAPES, persatuan kakitangan akademik dan persatuan Alumni universiti.

"Dengan melepaskan kawasan strategik ini kepada pihak lain, ke mana unit-unit penting di universiti ini akan menjalankan aktiviti mereka?," soal beliau lagi. - ILHAM Centre

Ulasan : 2 tokoh yang saya kagumi kini menjadi Ahli Parlimen. Siapa sangka, ketentuan Allah melangkaui segalanya. Ustaz Muhammad Hussin-ex Presiden PMIUM tahun 1983, manakal Ustaz Nasir Zakaria-ex Presiden PMIUM tahun 1999. Moga kesepaduan mereka dapat gegarkan Parlimen dan memperjuangkan kebajikan rakyat. Syabas dan tahniah ustaz.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude