
1) Difahamkan pihak Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan perhimpunan membantah tindakan kerajaan Mesir yang menyekat terowong ke Ghaza selepas solat Jumaat hari ini di hadapan Kedutaan Mesir. Dan yang terbaru isu konvoi Viva Palestina yang dihalang masuk ke Ghaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.
2) Meskipun Rosmah Mansor dapat berhubung dengan Suzanne Mubarak-isteri Presiden Mesir dan atas rundingan itu, pelajar Malaysia dibebaskan, namun kenyataan beliau yang tidak menggalakkan pelajar terlibat dengan aktiviti bantuan kemanusiaan seumpama itu, sebaliknya hanya menumpukan akademik semata-mata, adalah kenyataan yang dangkal. Ia langsung tidak merangsang kepekaan selaku seorang mahasiswa Muslim yang kasihkan saudaranya di Ghaza.
3) Sementara itu, difahamkan PERKASA, UMNO dan Ngo Islam diketuai ABIM juga akan melaksanakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.
4) Seperti biasa yang berlaku adalah double standard. Jika Pakatan Rakyat yang berdemonstrasi, sudah pasti kawalan ketat akan dibuat. Namun jika mereka berdemosntrasi, tidak disentuh pun para peserta demonstrasi, bahkan hanya dilihat dan dipantau sahaja.
5) Apapun kita berdoa, agar dalam isu kalimah Allah tunjukkan kebijaksanaan kita dalam mengawal emosi dan tidak cepat melatah. Pintu rundingan dan penerangan bersama pimpinan utama agama lain perlu digerakkan. Islam agama yang perlu dihormati namun tidak sekali-kali bersifat ekstrem dan melampau.
6) Didoakan perhimpunan aman di ibu negara selepas Jumaat ini berjalan lancar, tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Kami di Malaysia Timur hanya mampu memberikan penerangan melalui medan khutbah Jumaat hari ini Insya Allah. Siru 'ala barakatillah.
8 Januari 2010, 22 Muharaam 1431 Hijrah,
8.34 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan