
1) Isu kelemahan sistem keselamatan pengawalan jentera penting di Kementerian Pertahanan mula diragui.
2) Ini berbangkit akibat kehilangan bukan satu, tetapi 2 enjin jet TUDM. Semestinya kejadian ini sesuatu yang serius, kerana ia melibatkan benteng pertahanan negara yang mudah dicerobohi dan dikhianati orang dalam yang tidak berintegriti.
3) Kehilangannya seawal 2007 sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan dan kembali panas pada akhir tahun 2009 sewaktu Zahid Hamidi sebagai menterinya.
4) Rakyat mula tertanya-tanya tentang isu sebenar yang berlaku. Zahid Hamidi menafikan seorang Brigider Jeneral diarahkan bersara kerana kes ini selepas dilaporkan akhbar semalam.
5) Dan komitmen PM untuk tidak menutup kes ini dialu-alukan. Cuma yang sedikit musykil, mengapa setelah 2 tahun enjin jet pesawat TUDM bernilai RM50 juta hilang, baru diketahui kini? Adakah di sana ada konspirasi untuk mencemarkan imej Najib, sebagaimana hampir tumbangnya kerajaan UMNO dan BN, akibat ramai dari ahli Parlimen mereka yang tidak hadir sewaktu meluluskan bajet?
6) Kita berharap agar dalang di sebalik kehilangan enjin jet ini dihadapkan di muka pengadilan meskipun mungkin melibatklan VIP.
22 Disember 2009, 5 Muharram 1431 Hijrah,
9.18 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan