Isnin, 16 November 2009

PAS teguh bersatu menghadapi musuh



1) Kini, kelihatan usaha terancang dan licik pihak musuh yang ingin merobohkan kesatuan PAS, sebagai jamaah Islam di Malaysia yang memilih pilihanraya sebagai wasilah untuk memerintah negara.

2) Seminar khas yang dilangsungkan baru-baru ini, telah merumuskan betapa kerjasama Pakatan Rakyat perlu diperteguhkan.

3) Kini imej Tuan Guru Nik Aziz diserang habis-habisan dengan isu tajaan haji sebanyak RM65,000.

4) Tiada apa yang diharapkan, melainkan Allah melindungi Tuan Guru Nik Aziz dari terus diperlekeh dan dipersenda keperibadiannya. Disebabkan segelintir pihak yang mengambil kesempatan, kini media massa milik UMNO terus menerus menekan Tuan Guru Nik Aziz yang kononnya merestui "rasuah" pada pandangan mereka.

5) Pandangan Merdeka Centre juga tidak harus dipandang ringan. Kajian mereka menunjukkan BN mempunyai peluang cerah jika PRU ke-13 diadakan sekarang, untuk kembali menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen.

6) Didoakan kepimpinan PAS teguh bersatu dalam menghadapi serangan bertali arus yang semakin hebat, hanya atas satu tujuan-matlamat menegakkan pemerintahan Islam digagalkan!


16 November 2009, 28 Zulqaedah 1430 Hijrah,

11.12 pagi, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude