Isnin, 5 Oktober 2009

Min al-'A'idin wa al-Fa'izin



1) al-'A'idin bermaksud golongan yang kembali kepada fitrah asal sebagai insan dan hamba Allah. Menyucikan diri dengan bertaubat di atas dosa dan noda seumpama bayi yang baru lahir.

2) al-Fa'izin pula bermakna golongan yang memenangi pertarungan antara iman dan hawa nafsu sepanjang Ramadhan. Meraikan Syawal dengan kemenangan dan takbir raya bersemangat, menandakan tewasnya nafsu yang berusaha menggagalkan kita agar tidak meraih segala bonus yang disediakan Allah pada bulan Ramadhan.

3) Hari ini, 16 Syawal bermaksud kita telah berada di pertengahan Syawal, dan bertanya kembali kepada diri kita adakah benar-benar kita termasuk dalam golongan al-'A'idin wa al-Fa'izin.

4) Di antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam keghairahan kita menyambut Aidilfitri :

a) Menjaga solat. Oleh kerana sibuk melayan tetamu, ada yang melalaikan waktu solat dan meninggalkannya dengan sengaja.

b) Menjaga aurat. Seorang ayah dan suami bertanggungjwab menjaga aurat isteri dan anak perempuannya. Baju raya bukan sekadar cantik tetapi perlu dipastikan aurat benar-benar terpelihara.

c) Memandu dengan cermat. Sebelum memulakan perjalanan mulakan dengan bacaan doa menaiki kenderaan kerana selain mengambil kira keselamatan kenderaan, doa dan tawakkal adalah tanda pengharapan mukmin kepada Allah.

d) Berhibur dalam batas yang ditentukan syara'. Janganlah oleh kerana rancangan di TV hebat dan best, kita meninggalkan semangat Aidilfitri dengan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.

e) Mempunyai sifat al-Khauf(bimbang dan takut amalan sepanjang Ramadhan kita tidak diterima Allah) dan sifat al-Raja'(tetap berharap agar Allah menerima segala amalan kita). Justeru, ucapan yang dianjurkan Nabi SAW apabila bertemu ialah "Taqabballalahu minna wa minkum"-Mudah-mudahan Allah menerima (amalan) daripada kita semua dan kamu.

5) Akhir kalam, moga dalam kesibukan kita menghadiri rumah terbuka, tidak melalaikan kita merebut peluang untuk berpuasa sunat 6 hari pada bulan Syawal.



5 Oktober 2009, 16 Syawal 1430 Hijrah,

9.41 pagi, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude