
1) Saya yakin kemelut ini dapat ditangani dengan penuh hikmah dan bijaksana oleh pimpinan PAS.
2) Tanpa cenderung kepada mana-mana pihak, asas dari panduan Allah di atas diambil, agar segala permasalahan dalaman digantung pengharapan kepada Allah, setelah berusaha melalui syura dan rundingan.
3) Benar, dalam konflik yang berlaku kini, ada yang pro kepada Tuan Guru Haji Hadi dan ada yang pro kepada Tuan Guru Nik Aziz. Pandangan saya, adab bila berbahas elakkan dari kita menghina, memaki hamun dan menggunakan bahasa yang kesat kepada 2 tokoh yang berwibawa ini.
4) Dengan tumbuhnya blog umpama cendawan selepas hujan, masing-masing bebas memberikan pandangan, tetapi berbahaslah atas dasar fakta dan rasional.
5) Seumpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerakan. Saya menganggap ini suatu lagi proses Tasfiyyah di dalam PAS-bagi menyaring mereka yang ikhlas berjuang demi agama, dan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.
6) Apabila kamu berazam(dalam sesuatu perkara, setelah syura), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang bertwakkal kepadaNya.
27 Oktober 2009, 8 Zulqaedah 1430 Hijrah,
9.28 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan