Isnin, 12 Mei 2008

Moga Amy Search terus istiqamah di atas jalan kebaikan



Tersentuh saya melihat gambar di atas. Seorang bergelar Tuan Guru yang memimpin sebuah negeri hampir 18 tahun lamanya, iatu negeri Serambi Mekah ; Kelantan Darul Naim. Manakala seorang lagi, penyanyi kumpulan rock terkenal iaitu Amy Search. Saya juga membesar dengan lagu popularnya seperti Isabella dan Fantasia Bulan Madu.

Melihat kepada kemesraan mereka, maka saya berdoa agar Amy Search terus istiqamah di atas landasan kebaikan. Siapa sangka dari seorang yang menjadi idola kepada peminat rock, kini menjadi seorang usahawan yang membuka Restoran ala Cina Muslim. Yang terkini, khabarnya, beliau ingin membuka sekolah agama di Johor.

Melihat situasi ini, saya yakin peranan ulama akan terus relevan dalam usaha menyampaikan dakwah kepada golongan artis. Tinggal lagi, usaha dan metod yang tepat serta berhikmah perlu digunakan. Kini, kita melihat dunia artis dan dunia ulama seakan terpisah yang tiada titik pertemuannya.

Saya mendoakan Ustaz Asri Rabbani dan kumpulan nasyid yang lain, mampu menjadi contoh kepada golongan artis yang kebanyakannya tenggelam dengan dunia glamour dan popular. Semoga usaha mempertemukan Tuan Guru Nik Aziz dengan Amy Search ini, memberikan signifikan yang besar dalam dunia dakwah dan dunia hiburan. Sebagai daie, jangan cepat menghukum, sebaliknya jangan berputus asa dan sabarlah dalam menghadapi karenah mad'u yang pelbagai.

Kejayaan Ustaz Akhil Hayy dengan rancangannya Cafe Akhil Hayy di Astro Oasis 106 ; perlu dijadikan medium dakwah sebaiknya, dalam menasihati golongan muda Islam yang seolah-olah tidak tahu apa tujuan hidup mereka.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude