Selasa, 6 Mei 2008

Mahkamah benar permohonan Herald



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan akhbar Herald untuk menyemak semula arahan kerajaan yang melarangnya menggunakan "Allah" dalam seksyen bahasa Malaysia.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, dari bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas, membaca keputusan tersebut di mahkamah yang penuh sesak hari ini.

Beliau menolak hujah peguam kanan persekutuan, Azizah Haji Nawawi bahawa pengisytiharan yang dipohon oleh Herald itu sepatutnya didengar dalam saman sivil dan bukannya melalui semakan penghakiman, yang hanya terhad kepada arahan-arahan yang dibuat oleh kementerian berkenaan.

Archbishop Murphy Pakiam, bagi pihak Herald, memohon:

bullet button Kebenaran untuk memohon bahawa arahan kementerian melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya adalah batal dan tidak sah; dan Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya dan bahawa perkataan "Allah" bukan eksklusif untuk agama Islam sahaja.

bullet button Kebenaran untuk membatalkan keputusan kementerian melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

bullet button Mendapatkan perintah untuk Herald terus menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya sehingga pihak mahkamah membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Editor Herald, Father Lawrence Andrew yang kelihatan tersenyum selepas penghakiman tersebut dibaca, berkata: "Kita menanti keadilan. Kita akan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya."

Pada 19 Mac lalu, pemohon, Titular Roman Catholic Archbishop dari Kuala Lumpur memfailkan permohonan semakan penghakiman terhadap menteri dalam negeri dan pihak kerajaan berhubung arahan melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam seksyen bahasa Malaysia akhbar tersebut.

Kementerian tersebut telah menahan permit Herald, yang diterbitkan setiap minggu, tahun lalu berhubung perkara tersebut, tetapi permitnya diperbaharui tanpa sayarakat selepas mendapat bantahan daripada masyarakat Katholik.

Ulasan : Kes ini jika tidak ditangani dengan bijaksana dan wajar, dibimbangi akan mencetuskan konflik antara agama. Kita yakin ada muslihat kenapa editorial Herald berkeras ingin menggunakan perkataan Allah bgagi menggantikan perkataan God dalam penerbitan mereka.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude