Selasa, 6 Mei 2008

Krisis makanan dunia semakin memuncak


Salam buat semua pembaca budiman. Dalam keadaan yang semakin rumit, hampir kebanyakan negara menghadapi krisis makanan. Negara kita juga tidak terkecuali. Dengan harga beras yang semakin meningkat, timbul suatu persoalan ; bagaimana beban yang ditanggung oleh rakyat kebanyakan yang majoritinya berpendapatan sederhana?

Justeru, kita menggesa agar pihak pemerintah agar bertindak proaktif dan mengambil tindakan konkrit bukan lagi kenyataan retorik dalam menangani isu ini. Jaminan Menteri KPDNHEP ; Datuk Shahir Samad masih melegakan kita dengan memberikan jaminan bahawa stok makanan negara masih cukup dan stok penimbal makanan sedang diusahakan.

Namun begitu, di peringkat kita sebagai pengguna, saya mencadangkan agar kita mengambil segala langkah yang perlu untuk berjimat cermat. Dari sudut gaya hidup, cara makan, kenderaan yang digunakan, utiliti yang dipakai-semuanya memerlukan perubahan di peringkat diri masing-masing. Benra bukan mudah untuk mengubah kesemuanya secara drastik, tetapi yakinlah jika ada kemhauan, maka di situ ada jalan.

Kita sedar bahawa segala sumber alam ini semakin kehabisan. Petroleum yang dibangga-banggakan oleh negara utama pengeluar minyak dunia, kini menghadapi krisi pengeluaran kerana tiada sumber baru yang diperoleh dalam jangaka masa yang terdekat. Begitu juga dengan usia dunia yang semakin uzur dengan pelbagai kerosakan oleh tangan manusia menyebabkan laipsan ozon semakin nipis, ais di Kutub Utara dan Selatan mula mencair dan pelbagai bencana alam mula melanda.

Yakinlah, apabila kita tidak lagi meletakkan hak alam sekitar dengan sewajarnya, maka alam akan bertindak balas ke atas kita mengikut ketentuan Allah. Di saat ini, kita terfikir alangkah baiknya sekiranya kita mampu menghayati gaya hidup Nabi Muhammad saw dan para sahabat yang sentiasa bersikap " wasatiyyah "(bersederhana) dalam urusan kehidupan mereka. Tepuk dada, tanyalah iman, apakah benar-benar kita mengahayati cara hidup mereka, ataupun kita terus leka dan lalai dengan kesenangan dan kemewahan yang melingkari kehidupan kita di akhir zaman ini.

11.34 pagi, Malaysia Timur

6 Mei 2008

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude