Prof diraja Dr Ungku Abdul Aziz hari ini mendakwa bahawa tidak wujud kontrak sosial secara fizikal antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.
Bercakap selaku salah seorang panelis forum ulangtahun ke-25 Dasar Pandang Ke Timur di Shah Alam hari ini, beliau berkata tidak wujud kontrak sosial seumpama itu.
Panelis lain termasuklah mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Ismail Adam.
Sebaliknya, kata Ungku Aziz, sosial kontrak itu merupakan satu fantasi yang diwujudkan oleh ahli-ahli politik bergantung kepada kepentingan mereka.
Ungku Aziz berkata, kontrak sosial itu sepatutnya dipanggil ‘kontrak' untuk menjustifikasikan tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk kumpulan paling memerlukannya.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut dan berkata beliau akan berbuat demikian di forum yang lain.
Dr Mahathir tidak setuju
Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr Mahathir bagaimanapun tidak bersetuju dengan Ungku Aziz dan menegaskan bahawa kontrak sosial wujud walaupun tidak dalam bentuk bertulis.
Jelasnya, kontrak sosial memang tidak ditulis secara rasmi, tetapi kefahaman tentangnya memang wujud di kalangan pemimpim utama Perikatan - Tengku Abdul Rahman dan pemimpin Perikatan yang lain ketika itu.
"Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan," katanya.
Katanya, kefahaman kontrak sosial itu juga memberi kesan terhadap perlembagaan apabila ia memberi hak kepada orang Melayu dan juga memberi hak kepada orang Cina dan India.
"Bukan sahaja Melayu akan menjadi bahasa rasmi yang diajar di sekolah-sekolah kebangsaan, tetapi bahasa Cina dan India juga diajar di sekolah-sekolah masing-masing.Dan itu hak-hak yang diberikan," jelasnya yang juga mantan presiden Umno.
Hak semua kaum
"Dan orang Melayu tidak boleh mempersoal dan mencabar hak kewarganegaraan orang Cina dan India dan di situ kita dapat melihat keseimbangannya," tambahnya.
Beliau berkata, begitu juga dengan agama. Islam yang telah menjadi agama rasmi negara dan semua orang bebas untuk mempraktikkan kefahaman agama mereka tanpa perasaan takut.
"Rakyat selalu bercakap tentang hak orang Melayu dalam parlimen, tetapi tidak melihat hak orang Cina (dan India) dalam perlembagaan," tambahnya.
Menurutnya, kontrak sosial ini meliputi perkongsian kuasa, kuasa dalam politik, perkongsian ekonomi dan pertumbuhannya.
Dan daripada pertumbuhan itu, katanya, ia diagihkan sebahagian besar kepada orang Melayu dan bumiputera. Kontrak sosial itu memang tidak ditulis tetapi ia termasuk semua aspek sosialisasi dalam negara ini.
Ulasan : 2 tokoh utama dalam negara duduk bersama dalam satu dialog. Walaupun berbeza pandangan, saya yakin kita sebagai pemerhati dapat menilai. Kontrak sosial mungkin tidak wujud secara hitam putih, tetapi ia difahami hasil persetujuan pimpinan terdahulu. Walau bagaimanapun, dengan dunia yang semakin berubah, kontrak sosial ini perlu dinilai kembali adakah ia benar-benar wujud dalam konteks hari ini, sebagaimana pandangan Pak Ungku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan